83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Mei 2022                        Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 23 – 27

 

Reviu Pasaran (Forex): Mei 16 – 20

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama berundur daripada paras tinggi di minggu lepas di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai risiko stagflasi di Amerika Syarikat, mengurangkan daya tarikan terhadap Dolar AS. Walaupun begitu, pelabur pada masa ini akan terus meneliti minit mesyuarat Rizab Persekutuan untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 102.65.

 

Pada masa ini, pakar ekonomi menjangkakan bahawa ekonomi AS mungkin akan menuju ke arah kemelesetan pada tahun hadapan di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat bahawa kos pinjaman yang semakin meningkat untuk pengguna dan perniagaan serta risiko inflasi yang tinggi boleh mencetuskan lagi sentimen yang pesimistik terhadap perkembangan ekonomi masa depan. Sementara itu, kadar inflasi, yang kekal menghampiri paras tertinggi 40 tahun telah menjadi cabaran utama bagi ekonomi dan bank pusat global. Rizab Persekutuan telah menaikkan kadar faedahnya sebanyak 75 mata asas sejak Januari 2022, manakala ahli Fed memberi isyarat lebih agresif terhadap keputusan kenaikan kadar untuk memerangi risiko inflasi yang meningkat. Sememangnya, sektor yang amat sensitif terhadap kadar faedah telah pun dijejaskan oleh kenyataan Fed di mana ahli-ahli Fed janji untuk mengekalkan keadaan dasar monetari yang ketat. Menurut kepada National Association of Realtors, Jualan Rumah Sedia Ada AS mencatatkan penurunan ketara daripada bacaan sebelumnya 5.75M kepada 5.61M, lebih rendah daripada ramalan pasaran pada 5.65M, menunjukkan bahawa permintaan terhadap rumah terus menurun. Di samping itu, Goldman Sachs juga menurunkan ramalannya untuk pertumbuhan ekonomi AS suku kedua susulan dengan gangguan rantaian bekalan berikutan dengan pencerobohan Rusia ke Ukraine serta pelaksanaan dasar penutupan di China.

 

Namun begitu, masih terdapat beberapa petunjuk ekonomi yang optimis untuk dipertimbangkan. Data ekonomi baru-baru ini menunjukkan bahawa pasaran pekerjaan dan perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat kekal kuat. Menurut CNBC, perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 2.7% pada suku terakhir. Kesimpulannya, momentum ekonomi keseluruhan untuk Amerika Syarikat kekal bercampur-campur manakala pelabur akan terus memerhatikan keputusan dasar monetari daripada Fed untuk mengukur pergerakan Dolar AS yang selanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY menurun pada minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 127.40. Pergerakan keseluruhan untuk pasangan USD/JPY kekal menurun di tengah-tengah kelemahan Dolar AS. Selain itu, kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemelesetan global serta risiko stagflasi juga telah mencetuskan peralihan dalam sentimen terhadap aset selamat seperti Yen Jepun, mendorong momentum penurunan harga pada pasangan USD/JPY.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD melonjak pada minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0570. Euro pulih dengan ketara berikutan dengan ahli Bank Pusat Eropah Francois Villeroy de Galhau menyatakan bahawa kelemahan Euro dalam pasaran mata wang boleh mengancam usaha Bank Pusat Eropah untuk memerangi risiko inflasinya. Para pelabur membuat spekulasi bahawa penurunan nilai Euro yang berterusan berkemungkinan tinggi akan mencetuskan manipulasi oleh ECB sambil mendorong kebarangkalian yang lebih tinggi untuk keputusan kenaikan kadar pada masa hadapan supaya dapat menarik pelaburan asing ke dalam pasaran Euro. Selain itu, beliau juga mengulangi bahawa mesyuarat majlis pentadbir ECB pada bulan Jun akan fokus pada perbincangan lanjut mengenai dasar monetari yang mengetatkan. Malah, pelabur sedang membuat spekulasi bahawa ECB berkemungkinan akan mengumumkan kenaikan kadar sekurang-kurangnya 25 mata asas semasa mesyuarat ECB di bulan Julai.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD meningkat pada minggu lepas sambil menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2500. Pound melonjak susulan dengan data ekonomi yang positif dari rantau UK minggu lepas. Menurut  kepada Pejabat Statistik Kebangsaan, Perubahan Kiraan Penuntut UK mencapai 56.9K, lebih baik daripada ramalan pasaran iaitu -42.5K. Sementara itu, Indeks Purata UK + Bonus dan jualan runcit UK untuk bulan lepas mencapai 7.0% dan 1.4%, di mana kedua-duanya lebih baik daripada jangkaan pasaran masing-masing pada 5.4% dan -0.2%. Memandangkan keputusan kedua-dua data yang melebihi jangkaan pasaran, ia mendorong spekulasi lanjut mengenai keputusan kenaikan kadar daripada BoE untuk masa hadapan.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 16 – 20

GOLD

Harga emas melonjak minggu lalu sambil menutup harga pasarannya pada $1854.30 se troy auns. Harga emas menerima momentum kenaikan harga yang ketara minggu lepas di tengah-tengah kebimbangan mengenai risiko stagflasi serta kemelesetan global yang terus mengurangkan selera risiko dalam pasaran kewangan global, yang mendorong pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka daripada pasaran ekuiti yang lebih berisiko kepada pasaran yang selamat seperti emas. Walaupun begitu, pelabur akan terus memberi tumpuan kepada keputusan dasar monetari terkini daripada Fed untuk mengukur arah aliran emas yang lebih lanjut.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas dan menutup harganya pada $110.80 setong. Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi berikutan pihak berkuasa China mula melonggarkan sekatan penutupan. Menurut CNBC, lebih ramai penduduk Shanghai dibenarkan keluar untuk membeli barangan runcit selepas penutupan yang selama hampir dua bulan. Selain itu, Shanghai tidak merekodkan jangkitan baharu di luar kawasan kuarantin untuk hari kelima berturut-turut. Pakar ekonomi menjangkakan bahawa aktiviti ekonomi di China akan mula pulih dengan perniagaan dapat beroperasi seperti biasa mulai awal Jun. Namun, pelabur akan memberikan tumpuan kepada pelan pelaksanaan sekatan dari EU ke Rusia untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya bagi pasaran minyak.

 

 

Tinjauan Pasaran: Mei 23– 27

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti GDP bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 23 – 27

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 23hb Mei 2022
16:00 EUR German Ifo Business Climate Index (May) 91.4 91.8
Selasa – 24hb Mei 2022
00:15 GBP BoE Gov Bailey Speaks
15:30 EUR German Manufacturing PMI (May) 54.0 54.6
16:30 GBP Composite PMI 58.2
16:30 GBP Manufacturing PMI 55.8
16:30 GBP Services PMI 58.9
22:00 USD New Home Sales (Apr) 750K 763K
Rabu – 25hb Mei 2022
00:20 USD Fed Chair Powell Speaks
02:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
10:00 NZD RBNZ Interest Rate Decision 2.00% 1.50%
11:00 NZD RBNZ Press Conference
14:00 EUR German GDP (QoQ) (Q1) 0.2% 0.2%
16:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
20:30 USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Apr) 0.6% 1.2%
22:30 USD Crude Oil Inventories -3.394M 1.383M 8.487M
Khamis – 26hb Mei 2022
02:00 USD FOMC Meeting Minutes
20:30 USD GDP (QoQ) (Q1) -1.4% -1.4%
20:30 USD Initial Jobless Claims 213K 218K
20:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (Mar) 2.0% 2.1%
22:00 USD Pending Home Sales (MoM) (Apr) -1.9% -1.2%
Jumaat – 27hb Mei 2022
09:30 AUD Retail Sales (MoM) (Apr) 1.0% 1.6%
20:30 USD Core PCE Price Index (MoM) (Apr) 0.3% 0.3%

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.