83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Ogos 2021              Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 23 – 27

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 16 – 20

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul sekumpulan enam pasangan mata wang utama telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu dengan latar belakang kenyataan yang hawkish dari Fed serta data ekonomi yang optimis dari A.S pada minggu lalu. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 93.45.

 

Menurut kepada Reuters, kebanyakan penggubal dasar Fed percaya bahawa ia adalah wajar bagi Fed untuk mula mengurangkan program pembelian bon dalam tahun ini berikutan dengan ekonomi telah bermula untuk memulih dengan ketara. Sebelum ini, Fed telah menetapkan sasaran untuk “perkembangan yang lebih jauh” dalam memulakan pengurangan pembelian bon. Sejak pertemuan bulan Julai, pasaran tenaga kerja dari A.S telah meningkat berikutan dengan ekonomi menghasilkan lebih dari 943,000 pekerjaan pada bulan lalu, menurut kepada Biro Statistik Buruh. Sementara inflasi yang sebelum ini dijangka oleh pengerusi Fed Jerome Powell adalah sementara waktu sahaja, ia kelihatan sudah mencapai puncaknya menurut kepada data inflasi sebelumnya. Selain itu, dolar A.S telah melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah data pekerjaan yang optimis pada minggu lalu dan mendorong prospek positif ke arah momentum ekonomi Amerika Syarikat. Menurut kepada Jabatan Tenaga Kerja, data Initial Jobless Claims A.S. telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 377K kepada 348K, melebihi ramalan pasaran sebanyak 363K.

 

Buat masa ini, para pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terbaru dari Fed semasa persidangan bank pusat Fed di Jackson Hole, Wyoming dalam minggu akan datang untuk menerima isyarat perdagangan lebih lanjut.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mengalami momentum penurunan pada minggu lalu dan mengakhiri pasaran pada sesi Jumaat lalu dengan harga 109.75. Momentum penurunan secara keseluruhan untuk pasangan USD / JPY adalah disebabkan terutamanya oleh penurunan selera risiko di pasaran kewangan global dan mendorong momentum kenaikan untuk Yen Jepun yang selamat. Jumlah dalam peningkatan varian Delta di seluruh dunia juga meningkatkan ketakutan terhadap pemulihan ekonomi dalam masa depan.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah jatuh sepanjang minggu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1755. Trend keseluruhan untuk EUR / USD kekal lemah di tengah kenaikan dolar AS. Walaupun begitu, oleh disebabkan kekurangan pemangkin yang penting dari rantau Eropah, pergerakan untuk Euro tetap lemah. Buat masa ini, para pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terbaru berkenaan dengan data ekonomi penting untuk mengukur kemungkinan pergerakan bagi pasangan EUR / USD.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah jatuh pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3625. Momentum penurunan secara keseluruhan bagi pasangan GBP / USD pada minggu lalu adalah disebabkan oleh kenaikan dolar AS. Selain itu, mata wang paun sterling melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah peningkatan dalam kebimbangan mengenai peraturan imigrasi Brexit di UK. Menurut kepada laporan dari Financial Times, perniagaan terpaksa mengurangkan skala operasi kerana keadaan imigrasi yang baru disemak semula telah mengakibatkan kekurangan kakitangan dalam perniagaan. Di samping itu, beratus-ratusan kakitangan perbankan telah kembali ke EU berikutan dengan penguatkuasaan syarat imigresen sejak awal tahun lalu. Para pelabur bimbang bahawa peraturan yang lebih ketat akan mengubah keadaan asas di UK sambil mengurangkan optimisme pasaran terhadap perkembangan ekonomi di U.K.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 16 – 20

GOLD

Harga emas telah didagang dengan rata pada minggu lalu dengan harga $ 1781,15 se troy auns di tengah sentimen pasaran yang bercampuran untuk emas yang selamat. Sebelum ini, pasaran emas mendapat momentum kenaikan setelah kerajaan Afghanistan telah runtuh dan meningkatkan risiko geopolitik sambil mecetuskan sentimen penghindaran risiko kepada aset selamat. Menurut kepada New York Times, Taliban telah menutup kawalan mereka secara efektif terhadap Afghanistan pada hari Ahad lalu dan meningkatkan kekacauan serta ketakutan di bandar dengan puluhan ribu orang berusaha untuk melarikan diri. Presiden Afghanistan melarikan diri ke negara lain sementara tentera Amerika Syarikat berlumba-lumba untuk memindah diplomat dan orang awam dari kota yang semakin panik. Walaupun begitu, keuntungan yang dialami oleh pasaran emas adalah dihadkan di tengah-tengah para pelabur yang berspekulasi bahawa Fed akan bermula untuk mengubah dasar kewangannya lebih awal dari yang dijangkakan. Pengetatan dasar kewangan akan mengurangkan peredaran wang di pasaran kewangan dan menurunkan risiko inflasi di masa depan yang akan menurunkan daya tarikan emas sebagai aset selamat.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah jatuh dengan ketara minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $67.35. Harga minyak mentah telah jatuh ke tahap terendah hampir tiga bulan minggu lalu di tengah-tengah isyarat bahawa firma tenaga A.S. ingin meningkatkan pengeluaran dan mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan dalam kekurangan bekalan minyak mentah kerana varian Delta terus menurunkan prospek permintaan. Firma perkhidmatan Oilfield Baker Hughes melaporkan jumlah pelantar minyak mingguan AS telah meningkat sebanyak 8 kepada 405. Di samping itu, peningkatan dalam jumlah varian Covid-19 Delta telah mendorong penggubal dasar di beberapa negara untuk mengetatkan kawalan pergerakannya dan memacu prospek negatif yang lebih lanjut untuk permintaan minyak. Namun, kerugian yang dialami oleh komoditi minyak mentah adalah terhad dengan latar belakang data inventori yang optimis minggu lalu. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), data inventori minyak mentah telah memberi bacaan sebanyak -3.234M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak -1.055M.

 

Tinjauan Pasaran: Ogos 23 – 27

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Initial Jobless Claims A.S untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 23 – 27

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 23hb Ogos 2021
15:30   EUR German Manufacturing PMI (Aug) 65 65.9
16:30   GBP Composite PMI (Aug) 59.2
16:30   GBP Manufacturing PMI (Aug) 60.4
16:30   GBP Services PMI (Aug) 59.6
22:00   USD Existing Home Sales (Jul) 5.81M 5.86M
Selasa – 24hb Ogos 2021
14:00   EUR German GDP (QoQ) (Q2) 1.50% 1.50%
22:00   USD New Home Sales (Jul) 690K 676K
Rabu – 25hb Ogos 2021
16:00   EUR German Ifo Business Climate Index (Aug) 100.4 100.8
20:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Jul) 0.50% 0.50%
22:30   USD Crude Oil Inventories -1.055M -3.234M
Khamis – 26hb Ogos 2021
19:30   EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
20:30   USD GDP (QoQ) (Q2) 6.70% 6.50%
20:30   USD Initial Jobless Claims 350K 348K
Jumaat – 27hb Ogos 2021
09:30   AUD Retail Sales (MoM) (Jul) -2.90% -1.80%