83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Ogos 2020                      Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 24 – 28

 

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 17 – 21

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama mengalami corak bercampur-campur pada minggu lalu sementara berjaya menamatkan sesi dagangan Jumaat lalu pada tahap yang tinggi walaupun kebangkitan virus gelombang kedua dan peningkatan ketegangan geopolitik antara AS dan China.

 

Dari segi pandemik, AS masih merupakan negara yang paling terjejas di seluruh dunia di mana kes-kes yang disahkan meningkat kepada 5.8 juta dan jumlah kematian telah meningkat kepada 180 ribu orang pada minggu lalu. Walaupun wabak itu masih melanda  ekonomi AS, kebuntuan antara kedua-dua parti terbesar – Demokratik dan Republik tetap tidak ada toleransi yang dilihat dari kedua-dua pihak dalam rundingan terkini. Secara terperinci, Parti Demokratik mencadangkan pelan bantuan yang berjumlah 3 trilion, sementara Parti Republik menegaskan dengan jumlah rancangan bantuan yang jauh lebih rendah, hampir 1 trilion sahaja. Kebuntuan rundingan mengehadkan kadar pemulihan ekonomi, menekan pasaran buruh AS dalam keadaan terburuk yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Setakat ini, para pelabur masih mengawasi perbincangan yang lebih lanjut antara kedua-dua pihak ini untuk meneliti arah indeks dolar.

 

Dari segi geopolitik, ketegangan antara AS dan China telah meningkat setelah pentadbiran Trump memutuskan untuk memperluas sekatan mereka terhadap Huawei Technologies minggu lalu. Pada hari Isnin lalu, Jabatan Perdagangan AS telah mengumumkan bahawa mereka telah melarang syarikat teknologi gergasi di China untuk memasuki ke pasaran cip AS. Secara terperinci, 38 syarikat yang secara langsung yang berkaitan dengan Syarikat Huawei di 21 negara akan terjejas oleh tindakan penyenaraian hitam dari AS. Setelah AS membuat pengumuman seperti itu, China mengkritik AS dan menekankan bahawa Beijing akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk melindungi kepentingan sah syarikat mereka. Ketegangan AS-Sino telah meningkatkan permintaan para pelabur terhadap aset safe haven, mendorong pelabur melarikan diri dari pasaran dolar di tengah risiko ketidakpastian yang besar.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 105.80. USD/JPY mendapat momentum bearish yang besar sepanjang minggu lalu di tengah penurunan dolar yang menyeret daya tarikan USD/JPY. Selain itu, peningkatan ketegangan antara AS dan China juga meningkatan permintaan aset selamat, mendesak pelabur untuk memindahkan portfolio mereka dari aset berisiko ke Yen yang selamat untuk mengelakkan para pelabur daripada kebimbangan mengenai risiko ketidaktentuan pasaran.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugian pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1795. Mata wang tunggal Euro telah ‘dibuang’ dengan ketara oleh para pelabur pada minggu lalu walaupun data ekonomi dari Eropah baru-baru ini seperti data CPI dan PMI Pembuatan menunjukkan beberapa tanda pemulihan ekonomi mereka. Dari segi lain, Wakil Presiden dari ECB De Guindos mendedahkan bahawa ekonomi Eropah berkemungkinan besar tidak dapat pulih dari kemerosotan ekonomi di tengah kejatuhan Covid-19. Lebih banyak data ekonomi akan diperhatikan oleh para pelabur untuk menentukan arah masa depan EUR/USD.

 

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3085. Momentum bearish yang terus melanda seluruh pasaran pound disebabkan oleh keadaan kebuntuan di perbincangan perdagangan Pasca Brexit UK dan EU. Menurut berita terkini, UK dan EU masih mempunyai pendapat yang berbeza mengenai isu-isu utama seperti perikanan dan keahlian pasaran Europe.  Dalam perbincangan perdagangan itu, UK menegaskan untuk menguasai sepenuhnya kawasan perairan mereka, sementara menolak kemungkinan bot ikan asing memasuki ke kawasan perairan mereka. Lebih-lebih lagi, Britain berhasrat untuk meneruskan keadaan semasa dimana mereka dapat menikmati fadedah pasaran tunggal di Eropah di mana barang dan perkhidmatan mereka dapat diperdagangkan secara bebas setelah UK secara rasmi meninggalkan dari Eropah. Pendapat yang berbeza meletakkan perundingan dalam bulatan, tidak ada penembusan pada minggu lalu walaupun UK mengulangi bahawa mereka akan meninggalkan EU jikalau perjanjian atau kesepakatan tidak dapat dicapai.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 10 – 15

GOLD

Harga emas telah mencatat kerugiannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1939.35 se troy auns. Sentimen pasaran logam kuning ini masih kabur kerana para pelabur masih memberikan perhatian terhadap perkembangan vaksin untuk mengukur tingkah laku pasaran yang lebih lanjut. Walaupun terdapat kekurangan berita dari perkembangan vaksin, namun harga emas masih melonjak secara mendadak pada awal minggu lalu ketika ketegangan antara AS dan China menyebabkan para pelabur menghindari daripada risiko, mendesak para pelabur untuk memasuki ke pasaran aset selamat. Selain itu, serangkaian data ekonomi suram dari AS juga sekaligus mendorong para pelabur untuk menyimpan aset selamat dalam portfolio mereka untuk mengelakkan kerugian.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah secara keseluruhan pada minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan $42.25 per tong kerana data inventori yang bercampur dan kemas kini terbaru daripada OPEC+ memberikan pandangan yang kabur kepada pasaran minyak mentah.

 

Dari segi data, Stok Minyak Mentah Mingguan API AS dibebaskan pada -4.264M, lebih besar penurunan yang mengejutkan berbanding dengan jangkaan ahli ekonomi pada -2.900M. Walaupun begitu, data Inventori Minyak Mentah EIA AS menunjukkan penurunan sebanyak 1.6 juta tong sahaja, lebih tinggi daripada ramalan ekonomi pada -2.670M, menunjukkan bahawa permintaan minyak telah berkurang di tengah pandemi yang berterusan. Di sisi lain, harga minyak mentah mengalami pergerakan dagangan yang tidak menentu dan besar sebelum akhir minggu ini kerana OPEC + mengumumkan bahawa mereka harus mengimbangi pengeluaran berlebihan mereka antara tempoh Mei dan Julai dalam dua bulan yang akan datang untuk memenuhi komitmen mereka dalam pelan pemotongan pengeluaran. OPEC dan sekutunya perlu meningkatkan pemotongan pengeluaran dengan tambahan 2.31 juta tong sehari pada bulan Ogos dan September untuk mengatasi masalah bekalan lebihan.

 

Dari segi geopolitik, peningkatan ketegangan antara AS dan Iran juga telah meningkatkan  risiko ketidakpastian komoditi hitam ini. Pada minggu lalu, AS merampas kapal tangki minyak Iran yang seharusnya menuju ke Venezuela kerana ia telah melanggar sanksi AS, di mana tiada minyak mentah yang diizinkan untuk dihantar ke Venezuela. Perampasan yang terbesar ini telah meningkatkan lagi ketegangan antara kedua negara ini, sejak AS meninggal dari perjanjian nuklear dengan Iran dua tahun lalu.

 

Setakat ini, para pelabur akan terus mengawasi data inventori yang akan datang dan perkembangan ketegangan geopolitik untuk meneliti arah harga minyak.

 

Tinjauan Pasaran: Ogos 24 – 28

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti AS GDP yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 24 – 28

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 24hb Ogos 2020
N/A
Selasa –15hb Ogos 2020
14:00 EUR German GDP (QoQ) (Q2) -10.1% -2.2%
16:00 EUR German Ifo Business Climate Index (Aug) 92.0 90.5
22:00 USD CB Consumer Confidence (Aug) 93.0 92.6
22:00 USD New Home Sales (Jul) 786K 776K
Rabu – 26hb Ogos 2020
04:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock -4.264M
20:30 USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Jul) 2.1% 3.6%
22:30 CrudeOIL                 Crude Oil Inventories -1.632M
Khamis – 27hb Ogos 2020
20:30 USD GDP (QoQ) (Q2) -32.6% -32.9%
20:30 USD Initial Jobless Claims 1,000K 1,106K
21:10 USD Fed Chair Powell Speaks
22:00 USD Pending Home Sales (MoM) (Jul) 4.5% 16.6%
Jumaat– 28hb Ogos 2020
20:30 CAD GDP (MoM) (Jun) 5.3% 4.5%
21:05 GBP BoE Gov Bailey Speaks
22:00 USD Michigan Consumer Sentiment (Aug) 72.8 72.5