83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 April 2022                      Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: April 25 – 29

Reviu Pasaran (Forex): April 18 – 22

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum bullish yang ketara pada minggu lepas di tengah-tengah latar belakang nada hawkish daripada Rizab Persekutuan, mendorong para pelabur mengalihkan modal mereka ke arah Dolar AS. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 101.13.

 

Pada minggu lalu, indeks Dolar AS melanjutkan keuntungannya berikutan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell melancarkan nada hawkishnya terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Menurut kepada Reuters, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengesahkan 50 mata asas kenaikan kadar semasa mesyuarat dasar monetari bulan depan, termasuk kenaikan kadar berturut-turut pada tahun 2022. Niaga hadapan dana Fed telah mula memutuskan spekulasi tiga berturut-turut 50 mata asas kenaikan kadar faedah bermula dengan mesyuarat dasar bulan depan. Pemandangan risiko inflasi berjalan kira-kira tiga kali lebih tinggi daripada sasaran Fed, keadaan tersebut akan mendorong Fed untuk mengetatkan dasar monetari dengan lebih agresif untuk menstabilkan risiko inflasi. Selain itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun pernah meningkat ke 2.94% susulan dengan komen Powell mengenai kenaikan kadar. Keputusan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan berkemungkinan akan mengurangkan peredaran Dolar AS dalam pasaran dan meningkatkan daya tarikan ke atas Dolar AS.

 

Namun, keuntungan Dolar AS telah dihadkan di tengah-tengah latar belakang data ekonomi yang pasif. Menurut kepada National Association of Realtors, Existing Home Sales AS menurun daripada bacaan sebelumnya 5.93M ke 5.77M, yang lebih rendah daripada ramalan pasaran 5.80M. Existing Home Sales mengukur perubahan dalam bilangan tahunan bangunan kediaman sedia ada yang dijual pada bulan sebelumnya. Data ekonomi yang suram telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di rantau AS, mendorong momentum bearish pada Dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 128.57. Pasangan tersebut menerima momentum bullish di tengah-tengah latar belakang Bank of Japan (BoJ) kekal dengan nada dovishnya, kerana ia memutus untuk mengekalkan dasar monetari yang longgar, dan ia telah membuat dua tawaran untuk membeli jumlah tanpa had bon kerajaan dengan tempoh matang lebih daripada lima tahun dan sehingga 10 tahun. Selain itu, menurut kepada Reuters, Brendan McKenna dari Wells Fargo Securities telah mendakwa bahawa yen Jepun berkemungkinan terus mengalami kelemahan berbanding dolar AS jika dasar Bank of Japan dan Rizab Persekutuan terus menyimpang. Keadaan tersebut telah mendorong para pelabur untuk membeli Dolar AS yang mempunyai prospek yang lebih baik dan menjual Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD menyusut pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.0794. Euro menerima momentum bullish berikutan perbahasan pra-pilihan raya di Perancis pada 21 April. Menurut kepada Reuters, Presiden Perancis Emmanuel Macron didapati lebih banyak sokongan daripada calon sayap kanan Marine Le Pen dalam perbahasan pra-pilihan raya di televisyen Perancis menjelang undian larian presiden Ahad ini. Tinjauan ringkas oleh Elabe untuk BFM TV mendapati bahawa 59% daripada penonton yang ditinjau mendapati Macron lebih meyakinkan daripada Le Pen. Tinjauan niat mengundi untuk pilihan raya pada 24 April menganggarkan bahawa Macron akan menang dengan kira-kira 55.5% undian. Pada tahun 2017, Macron menewaskan Le Pen dengan 66.1% undian. Pelabur kekal optimis bahawa jika Emmanuel Macron dipilih semula untuk menjadi Presiden Perancis, beliau berkemungkinan akan mengurangkan lagi risiko geopolitik di Perancis dan memacu prospek positif terhadap perkembangan ekonomi di rantau Eropah. Namun, Euro berundur daripada keuntungan semalam di tengah-tengah kenyataan dovish daripada Bank Pusat Eropah (ECB). Menurut kepada Reuters, Presiden ECB Christine Lagarde mendakwa bahawa ECB berkemungkinan untuk menurunkan unjuran pertumbuhannya dengan lebih lanjut di tengah-tengah ketegangan yang meningkat antara Rusia-Ukraine terus mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di rantau Eropah. Money Markets yang telah mengurangkan jangkaan kenaikan kadar susulan mesyuarat ECB, kini meletakkan harga dalam kenaikan kadar lebih 20 mata asas (bps) menjelang Julai dan hampir 80 mata asas kenaikan kadar menjelang akhir tahun. Keputusan tersebut telah mengurangkan daya tarikan ke atas Euro.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD menyusut pada minggu lepas dan menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2838. Pound menerima momentum bearish pada minggu lepas susulan dengan data ekonomi yang pasif. Menurut kepada Office for National Statistics, Retail Sales UK MoM merekodkan pada bacaan sebanyak -1.4%, lebih rendah daripada bacaan sebelumnya sebanyak -0.5% dan -0.3%. Selain itu, Composite Purchasing Managers’ Index UK (PMI) telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 60.9 ke 57.6, lebih teruk daripada ramalan pasaran sebanyak 59.7, menurut kepada Markit Economics. Sebagai tambahan kepada dua data ekonomi ini, Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) UK dan Services Purchasing Managers Index (PMI) UK juga tidak memenuhi jangkaan pasaran. Data ekonomi yang lemah telah membawa prospek negatif ke arah momentum ekonomi di rantau UK, mendorong para pelabur untuk menjual Pound. Sebaliknya, kenyataan hawkish daripada Rizab Persekutuan telah mencetuskan peralihan sentimen terhadap Dolar AS, mendorong momentum bearish yang selanjutnya ke atas Pound.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): April 18 – 22

GOLD

Harga emas menyusut pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada $1932.50 se-troy auns. Harga emas menerima momentum bearish pada minggu lepas susulan dengan pengukuhan Dolar AS. Keputusan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan berkemungkinan akan mengurangkan peredaran Dolar AS dalam pasaran. Keadaan tersebut telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap Dolar AS. Selain itu, keputusan kenaikan kadar telah membawa kepada kelonjakan hasil Perbendaharaan 10 tahun, mendorong para pelabur menjual aset yang tidak menentu seperti emas dan membeli aset penghindaran risiko seperti Bil Perbendaharaan AS.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menyusut dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $101.75 setong. Harga minyak mentah menerima momentum bearish di tengah-tengah latar belakang para pelabur membimbangkan tentang permintaan minyak mentah dari China terus membebani pasaran minyak mentah, berikutan berita bahawa Shanghai mengumumkan pusingan baharu langkah Covid termasuk ujian coronavirus harian mulai pada 22 April untuk membendung wabak Covid-19. Pemandangan wabak Covid-19 berterusan di China, aktiviti ekonomi di China akan dihadkan. Keadaan tersebut telah menyebabkan permintaan minyak yang berkurangan. Selain itu, International Monetary Fund telah mengurangkan unjuran pertumbuhannya ke atas China tahun ini ke 4.4% pada awal minggu ini, menjauhi di bawah sasaran Beijing susulan dengan Covid lockdown yang berleluasa sebagai salah satu sebab utama yang disebut, dan memberikan tekanan lanjut ke atas harga minyak mentah.

 

 

Tinjauan Pasaran: April 25 – 29

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 25 – 29

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 25hb April 2022
All Day AUD Australia – ANZAC Day
All Day NZD New Zealand – ANZAC Day
16:00 EUR German Ifo Business Climate Index (Apr) 89.1 90.8
Selasa – 26hb April 2022
20:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Mar) 0.60% -0.60%
22:00   USD CB Consumer Confidence (Apr) 108 107.2
22:00   USD New Home Sales (Mar) 765K 772K
Rabu – 27hb April 2022
9:30   AUD CPI (QoQ) (Q1) 1.70% 1.30%
19:30   EUR ECB President Lagarde Speaks
22:00   USD Pending Home Sales (MoM) (Mar) -1.50% -4.10%
22:30   USD Crude Oil Inventories 2.471M -8.020M
Khamis – 28hb April 2022
0:00   EUR ECB President Lagarde Speaks
9:30   AUD Retail Sales (MoM) (Mar) 1.00% 1.80%
Tentative   JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentative   JPY BoJ Outlook Report (YoY)
Tentative   JPY BoJ Press Conference
20:30   USD GDP (QoQ) (Q1) 1.10% 6.90%
20:30   USD Initial Jobless Claims 180K 184K
Jumaat – 29hb April 2022
9:45   CNY Caixin Manufacturing PMI (Apr) 50 48.1
16:00   EUR German GDP (QoQ) (Q1) 0.20% -0.30%
17:00   EUR CPI (YoY) (Apr) 7.40% 7.40%
18:30   RUB Interest Rate Decision (Apr) 20.00% 17.00%
20:30   CAD GDP (MoM) (Feb) 0.80% 0.20%

 

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.