83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Julai 2022                      Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 25 – 29

 

Reviu Pasaran (Forex): Julai 18 – 22

US Dollar

Indeks dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama memasuki ke arah aliran menurun selepas mencecah paras tertinggi dalam 20 tahun kerana kemungkinan kenaikan kadar lebih tinggi daripada jangkaan berkurangan, manakala beberapa data ekonomi yang suram terus membebani nilai dolar.

Menurut kepada FedWatch tool, kemungkinan kenaikan 100 mata asas terkini adalah sebanyak 20.7%. Sebelum ini, data CPI dan PPI telah memberikan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan, iaitu masing-masing 9.1% dan 1.1%. Data inflasi ini yang melebihi ramalan pasaran telah membayangkan bahawa risiko kenaikan harga terus berlarutan di pasaran AS manakala pelabur mula menjangkakan 1% penuh kenaikan kadar. Bagaimanapun, penurunan mendadak dalam harga komoditi seperti minyak mentah dan minyak brent baru-baru ini telah mencetuskan harapan pasaran bahawa kadar inflasi telah memuncak pada bulan Jun, di mana tanda penurunan boleh dilihat pada bulan Julai. Selain itu, dua ahli Rizab Persekutuan yang amat hawkish berkata bahawa mereka menyokong cadangan kenaikan kadar faedah 75 mata asas pada mesyuarat dasar bank pusat AS bulan ini, yang mendorong momentum menurun pada Dolar AS.

Tambahan pula, data ekonomi yang suram serta kenyataan pesimis daripada Janet Yellen terus memberikan momentum menurun pada pasaran dolar. Dari segi data ekonomi, Indeks Pengurus Pembelian Perkhidmatan AS (PMI) menurun dengan ketara daripada bacaan sebelumnya 52.7 ke 47.0, tersasar ramalan pelabur pada 52.6. Bacaan suram itu menunjukkan bahawa aktiviti perniagaan AS telah merosot buat kali pertama dalam hampir dua tahun berikutan risiko inflasi yang tinggi, kenaikan kadar faedah serta keyakinan pengguna yang semakin merosot terus menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat. Selain itu, Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen memberi amaran bahawa pertumbuhan ekonomi AS semakin perlahan sementara beliau mengakui risiko kemelesetan terus berlarutan dalam pasaran kewangan global. Di samping itu, data minggu lalu mencadangkan pasaran buruh semakin lemah dengan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran mencecah bacaan tertinggi dalam lapan bulan.

Pada masa ini, pelabur akan terus memerhatikan mesyuarat Fed Khamis untuk mengukur arah selanjutnya indeks dolar.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY menurun pada minggu lepas sambil menamatkan sesi dagangan pada 136.30. Momentum penurunan harga yang besar telah diperhatikan pada pasangan USD/JPY berikutan kelemahan Dolar AS. Walau bagaimanapun, jika kita memberi tumpuan kepada Yen Jepun sendiri, Bank of Japan telah berikrar bahawa mereka berkemungkinan mengekalkan kadar faedahnya yang sangat longgar dan menekankan keazamannya untuk menyokong ekonomi yang rapuh dengan pelan rangsangan yang besar-besaran, satu langkah jelas yang menunjukkan perbezaan dasar dengan seluruh dunia.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD melantun minggu lepas sambil menamatkan sesi dagangan pada 1.0195. Mata wang tunggal melonjak selepas Bank Pusat Eropah (ECB) mengumumkan keputusan kadar faedahnya. Menurut mesyuarat ECB, ECB memutuskan untuk menaikkan kadar faedahnya buat kali pertama dalam 11 tahun sebanyak 50 mata asas, yang melebihi ramalan pasaran sebanyak 0.25% kenaikan kadar. Kenaikan kadar semasa telah menamatkan era kadar negatif di zon Euro. Selain itu, ECB mendedahkan bahawa ia adalah cara yang betul untuk mengambil kenaikan kadar yang lebih tegas untuk mengekang inflasi yang melambung tinggi, yang meningkatkan daya tarikan Euro. ECB juga mengulangi bahawa kenaikan kadar faedah kali ini akan menyokong kadar inflasi kembali ke sasaran jangka sederhana ECB. Sasaran inflasi bank pusat ialah 2%. Secara keseluruhannya, kenaikan kadar yang lebih tinggi daripada jangkaan telah mendorong sentimen pasaran Euro, menggesa pelabur untuk mengalihkan pegangan mereka ke pasaran euro.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD merosot pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1876. Sepanjang seminggu yang lalu, pasangan mata wang GBP/USD melonjak apabila beberapa data ekonomi positif menunjukkan bahawa keadaan ekonomi di UK kekal cerah. Menurut kepada Pejabat Statistik Kebangsaan, data Jualan Runcit UK meningkat daripada bacaan bulan sebelumnya sebanyak -0.8% kepada -0.1%, manakala lebih tinggi daripada ramalan konsensus pada -0.3%. Ia menunjukkan bahawa kemerosotan perbelanjaan pengguna di UK telah berkurangan sedikit. Selain itu, data lain seperti PMI Komposit UK, PMI Pembuatan dan PMI Perkhidmatan juga mencatatkan bacaan yang masing-masing lebih tinggi daripada ramalan konsensus, di mana ia mengukuhkan lagi pandangan bahawa keadaan ekonomi UK telah mula berubah baik daripada situasi yang paling teruk. Dengan latar belakang seperti itu, ia telah meningkatkan jangkaan pasaran mengenai kenaikan kadar yang agresif oleh Bank of England dalam mesyuarat yang akan datang.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 18 – 22

GOLD

Harga emas melantun pada minggu lepas sambil menamat sesi dagangan minggu lepas pada $1724.35 setiap troy auns. Dengan penurunan jangkaan kenaikan kadar yang lebih agresif, logam kuning telah menerima jumlah tekanan belian yang besar sepanjang minggu lepas. Bagaimanapun, perhatian pelabur masih akan tertumpu kepada keputusan mesyuarat Fed yang akan datang, untuk mengukur arah jangka panjang untuk komoditi itu.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah terus berayun berdekatan paras yang hampir sama dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $94.00 setong. Sepanjang minggu ini, peningkatan jumlah kes Covid-19 di China menggesa pelabur untuk menjauhi pasaran minyak kerana ia menjejaskan prospek permintaan komoditi hitam itu. Selain itu, tanda kestabilan politik di Libya terus menekan harga komoditi hitam kerana pembukaan semula medan minyak dan pelabuhan minyak selepas penutupan yang lama di tengah-tengah pergolakan awam akhirnya akan meningkatkan atau bahkan mencapai tahap eksport minyak sebelumnya dalam masa terdekat. Sebaliknya, ketidakseimbangan bekalan-permintaan dan ketidaktentuan politik terus mengekalkan harga minyak melebihi paras $90 setong. Selain itu, kapasiti pengeluaran minyak OPEC+ juga telah mencapai tahap maksimum, di mana peningkatan dalam pengeluaran minyak tidak mungkin dapat dilihat dalam masa terdekat. Untuk masa depan, pelabur akan melihat data inventori minyak mentah serta kemas kini lanjut daripada OPEC+ untuk mengukur arah harga minyak.

 

Tinjauan Pasaran: Julai 25 – 29

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Keputusan Kadar Faedah daripada Federal Reserve bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Julai 25 – 29

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 25hb Julai 2022
16:00   EUR German Ifo Business Climate Index (Jul) 90.2 92.3
Selasa – 26hb Julai 2022
22:00   USD CB Consumer Confidence (Jul) 97.3 98.7
22:00   USD New Home Sales (Jun) 664K 696K
Rabu – 27hb Julai 2022
09:30   AUD CPI (QoQ) (Q2) 1.90% 2.10%
20:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Jun) 0.30% 0.70%
22:00   USD Pending Home Sales (MoM) (Jun) -1.50% 0.70%
22:30   USD Crude Oil Inventories -0.446M
Khamis – 28hb Julai 2022
2:00   USD FOMC Statement
2:00   USD Fed Interest Rate Decision 2.50% 1.75%
2:30   USD FOMC Press Conference
9:30   AUD Retail Sales (MoM) (Jun) 0.60% 0.90%
20:30   USD GDP (QoQ) (Q2) 0.40% -1.60%
20:30   USD Initial Jobless Claims 253K 251K
Jumaat – 29hb Julai 2022
15:55   EUR German Unemployment Change (Jul) 15K 133K
16:00   EUR German GDP (QoQ) (Q2) 0.10% 0.20%
17:00   EUR CPI (YoY) (Jul) 8.70% 8.60%
20:30   USD Core PCE Price Index (MoM) (Jun) 0.50% 0.30%
20:30   CAD GDP (MoM) (May) -0.20% 0.30%
20:30 CAD Core Retail Sales (MoM) (May) 0.6% 1.3%

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.