83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Oktober 2021                    Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 25 – Oktober 29

Reviu Pasaran (Forex): Oktober 18 – 22

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan kerugiannya pada minggu lalu dengan latar belakang data-data ekonomi yang negatif serta kenyataan dovish dari Fed yang mengurangkan harapan untuk meningkatkan kadar faedah dalam jangka pendek sementara menyebabkan kejatuhan dalam hasil perbendaharaan AS minggu lalu. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lepas pada harga 93.55.

 

Pada minggu lalu, bank pusat Fed mengeluarkan kenyataan dovish yang mengurangkan harapan untuk meningkatkan kadar faedah dalam tempoh jangka pendek. Menurut kepada Reuters, pengerusi Fed Jerome Powell telah menyatakan pada hari Jumaat bahawa bank pusat A.S. harus memulakan proses pengurangan program pembelian bon yang besar sebelumnya pada bulan November tetapi juga menambahkan bahawa ia masih belum waktunya untuk meningkatkan kadar faedah. Bank pusat Fed telah berjanji untuk mengekalkan kadar faedah mereka pada tahap hampir sifar ketika ini sehingga ekonomi telah memulih ke tahap pekerjaan yang penuh walaupun dengan kadar inflasi masih tetap sederhana di atas sasaran 2% bank pusat. Lebih daripada separuh penggubal dasar Fed berspekulasi bahawa  kenaikan kadar akan diperlukan pada tahun 2022, dengan sesetengah mencadangkan bahawa ia mungkin akan berlaku pada musim panas. Selain itu, dolar AS telah melanjutkan kerugiannya selepas data menunjukkan bahawa pembinaan rumah AS telah jatuh dengan tidak dijangka pada bulan September di tengah-tengah kekurangan bahan mentah dan tenaga kerja yang teruk. Ini telah mencetuskan prospek negatif terhadap momentum ekonomi di Amerika Syarikat. Menurut kepada Biro Banci, data Building Permits A.S. menurun dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 1.721M kepada 1.1589M, tersasar daripada jangkaan pasaran pada 1.680M. Selain itu, data Philadelphia Fed Manufacturing Index A.S hanya memberi bacaan sebanyak 23.8, ia juga lebih teruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 25.0. Presiden Richmond Fed Thomas Barkin mendakwa pada hari Selasa bahawa masalah kekurangan tenaga kerja A.S. mungkin akan melebihi wabak koronavirus dan mengehadkan pertumbuhan secara keseluruhan bagi A.S kecuali negara tersebut mendapat gaji yang lebih baik untuk meningkatkan jumlah orang yang bekerja kerana risiko inflasi tinggi baru-baru ini.

 

Walau bagaimanapun, pegawai Fed akan mula membincangkan keputusan dasar kewangan masa depan pada bulan November. Ahli ekonomi berspekulasi Fed mungkin akan membuat pengumuman untuk mengurangi program pembelian bon mereka sambil memberi isyarat mengenai masa untuk meningkatkan kadar faedah pada masa depan. Oleh itu, untuk masa ini para pelabur akan terus kekal fokus kepada perkembangan yang terkini mengenai kenyataan dasar kewangan daripada Fed serta data ekonomi yang lebih lanjut untuk mengukur kemungkinan pergerakan dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mengalami momentum penurunan pada minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu dengan harga 113.45. Momentum penurunan secara keseluruhan untuk pasangan USD/JPY pada minggu lepas adalah disebabkan terutamanya oleh kejatuhan nilai dolar AS. Namun begitu, kerugian yang dialami oleh pasangan USD/JPY telah dihadkan oleh Yen Jepun yang semakin lemah. Permintaan untuk Yen Jepun sebagai mata wang selamat kekal lemah di tengah sentimen risiko yang meningkat di pasaran kewangan susulan dengan indeks saham AS mencapai paras tertinggi dalam sehari pada minggu lalu. Para pelabur kekal optimis terhadap pendapatan suku ketiga yang lebih baik daripada jangkaan dari syarikat AS. Walaupun beberapa syarikat A.S. telah menyebut masalah rantaian bekalan dan kos yang lebih tinggi sebelumnya, mereka nampaknya dapat mengekalkan margin keuntungan dengan menyampaikan kos kepada pelanggan.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah merosot sepanjang minggu lali sementara mengakhiri sesi minggu lepas pada harga 1.1585. Momentum keseluruhan untuk Euro kekal bullish pada minggu lalu disebabkan terutamanya oleh kejatuhan nilai dolar AS. Selain itu, Euro melanjutkan keuntungannya berdasarkan dengan latar belakang data ekonomi yang positif. Menurut kepada Markit Economics, data Manufacturing PMI Jerman  telah memberi bacaan sebanyak 58.2, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 56.5.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah melonjak pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3760. Mata wang paun sterling tekah didagang dengan rata pada minggu lepas susulan dengan data ekonomi yang bercampuran. Dari segi positif, Office for National Statistics melaporkan bahawa data Retail Sales U.K. untuk bulan lepas telah mencapai -0.2%, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak 0.5%. Namun, data Composite PMI U.K telah  meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 54.9 kepada 56.8, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 54.0, menurut kepada Markit Economics. Dari segi dasar kewangan, Guardian melaporkan bahawa ahli ekonomis melihat kemungkinan untuk peningkatan kadar pada bulan November setinggi 56%. Namun begitu, kenyataan secara keseluruhan untuk bank pusat England masih kekal kabur justeru para pelabur akan terus memantau perkembangan yang terkini berkaitan dengan keputusan dasar kewangan untuk menerima isyarat perdangangan selanjutnya. Jawatankuasa Dasar Monetari akan bertemu pada pertengahan Disember untuk membincangkan tentang impak kadar pekerjaan pasca-Covid, dan sama ada masalah rantaian bekalan akan diselesaikan pada masa depan untuk memutuskan pelaksanaan dasar kewangan yang ketat.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 18 – 22

GOLD

Harga emas telah melonjak pada minggu lalu dengan harga $ 1792.75 se troy auns di tengah-tengah jangkaan yang hawkish dari Fed pada masa akan datang dan mengurangkan daya tarikan emas sebagai aset selamat. Momentum secara keseluruhan untuk emas kekal bullish minggu lalu susulan dengan Fed mengubah nada hawkish mereka sebelum ini kepada nada dovish pada Jumaat lalu. Namun, sentimen secara keseluruhan oleh Federal Reserve tetap tidak jelas, para pelabur akan terus menumpu perhatian mereka terhadap kenyataan dasar kewangan dari Fed supaya dapat menerima isyarat perdagangan yang lebih lanjut. Sekiranya bank pusat Fed mula mengetatkan dasar kewangan mereka yang agresif, ia boleh mengurangkan peredaran wang di pasaran kewangan global dan mengurangkan risiko inflasi di masa depan sambil mengurangkan daya tarikan emas sebagai aset selamat.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $83.00. Pasaran minyak mengekalkan trend bullishnya  di tengah-tengah pengurangan kes Covid-19 serta program vaksinasi yang cepat di seluruh dunia terus mendorong prospek positif terhadap permintaan komoditi hitam ini. Selain itu, harga minyak mentah juga melanjutkan keuntungannya berdasarkan dengan latar belakang data inventori yang meningkat. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), data inventori minyak mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -0.431M, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.857M.

 

Tinjauan Pasaran: Oktober 25 – Oktober 29

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Initial Jobless Claims untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 25 – 29

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 25hb Oktober 2021
16:00   EUR German Ifo Business Climate Index (Oct) 97.9 98.8
Selasa – 26hb Oktober 2021
22:00   USD CB Consumer Confidence (Oct) 108.8 109.3
22:00   USD New Home Sales (Sep) 755K 740K
Rabu – 27hb Oktober 2021
08:30   AUD CPI (QoQ) (Q3) 0.80% 0.80%
20:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Sep) 0.40% 0.30%
22:00   CAD BoC Monetary Policy Report
22:00   CAD BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:30   USD Crude Oil Inventories 1.857M -0.431M
23:00   CAD BOC Press Conference
Khamis – 28hb Oktober 2021
Tentative   JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentative   JPY BoJ Outlook Report (YoY)
15:55   EUR German Unemployment Change (Oct) -20K -30K
19:45   EUR ECB Interest Rate Decision (Oct)
20:30   USD GDP (QoQ) (Q3) 2.80% 6.70%
20:30   USD Initial Jobless Claims 292K 290K
20:30   EUR ECB Press Conference
22:00   USD Pending Home Sales (MoM) (Sep) 0.50% 8.10%
Jumaat – 29hb Oktober 2021
08:30   AUD Retail Sales (MoM) (Sep) 0.20%
16:00   EUR German GDP (QoQ) (Q3) 2.20% 1.60%
17:00   EUR CPI (YoY) (Oct) 3.70% 3.40%
20:30   CAD GDP (MoM) (Aug) 0.70% -0.10%