83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Februari 2023                               Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 27 – Mac 3

Reviu Pasaran (Forex): Februari 20 – 24

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan keuntungannya sepanjang seminggu yang lalu apabila Rizab Persekutuan memberi isyarat kenaikan kadar faedah selanjutnya pada masa hadapan, yang meningkatkan daya tarikan Dolar AS. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 105.11.

 

Pada minggu lalu, indeks dolar menerima momentum bullish yang ketara selepas Fed mengeluarkan minit mesyuaratnya. Awal minggu ini, Fed telah mengeluarkan minit mesyuaratnya pada tempoh 31 Jan hingga 1 Feb. Fed bersetuju untuk menaikkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat lalu, dengan menjadikan kadar faedahnya ke 4.5% – 4.75%, disebabkan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengakui bahawa risiko inflasi semakin berkurangan. Walau bagaimanapun, beberapa ahli berpegang teguh pada pendapat hawkish mereka serta mencadangkan bank pusat untuk menaikkan kadar selanjutnya, dan sebab yang mendorong mereka untuk melakukan ini adalah kadar inflasi masih jauh melebihi sasaran 2% Fed. Dengan itu, ancaman inflasi masih kekal. Sejak pertemuan itu, Presiden James Bullard dari St. Louis dan Loretta Mester dari Cleveland berkata mereka adalah antara kumpulan yang mahukan langkah yang lebih agresif. Sebaliknya, satu lagi data inflasi, US Core PCE Price Index telah menaik pada bulan Januari, yang mencadangkan Fed untuk melaksanakan satu lagi pengetatan dasar monetari dalam mesyuarat akan datang.

 

Walaupun, keuntungan yang dialami oleh Indeks Dolar adalah terhad berikutan data ekonomi yang lemah. Menurut kepada Bureau of Economic Analysis, US Gross Domestic Product (GDP) QoQ bagi suku keempat menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 3.2% ke 2.7%, melepasi ramalan pasaran sebanyak 2.9%. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan telah membuktikan kesan sampingan dasar pengetatan yang agresif. Selain itu, para pelabur juga akan memantau kepada berita terkini yang berkaitan dengan ketegangan Rusia-Ukraine untuk menjangka pergerakan Dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY meningkat dengan ketara pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 136.40. Pasangan tersebut menerima momentum bullish yang ketara berikutan pengukuhan Dolar AS. Dengan latar belakang risiko inflasi AS meningkat, peserta pasaran menjangkakan kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi mungkin akan dilaksanakan oleh Fed, yang mengheret nilai Yen Jepun secara tidak langsung. Sebaliknya, USD/JPY dijangka mengekalkan pergerakan menaik kerana dasar kadar faedah ultra rendah daripada BoJ dijangka diteruskan. Dari segi data ekonomi, kerugian Yen adalah terhad berikutan data servis yang positif. Japan Services Purchasing Managers’ Index (PMI) meningkat daripada sebelumnya 52.3 ke 53.6.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD menyusut pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.0553. EURUSD menerima momentum bearish yang ketara berikutan pengurangan risiko inflasi di zon Euro. Menurut kepada Eurostat, Eurozone Consumer Price Index (CPI) YoY menurun daripada 9.2% sebelumnya ke 8.6%, menunjukkan penurunan harga barangan dan perkhidmatan di negara-negara Eropah. Walau bagaimanapun, ECB masih kekal dengan pendiriannya yang hawkish dengan mencadangkan kenaikan kadar faedah yang tinggi dalam mesyuarat Mac. Menurut kepada Reuters, ahli Majlis Pentadbiran ECB, Joachim Nagel mendakwa pada minggu lepas bahawa bank pusat perlu menaikkan kadar faedah lebih agresif untuk memulihkan kestabilan harga. Pada masa ini, kemungkinan ECB menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas sangat tinggi, manakala sebahagian daripada peserta pasaran menjangka ECB akan menaikkan kadar faedahnya sebanyak 75 mata asas.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD menjunam pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1944. Awal minggu lalu, Pound Sterling menerima momentum bullish yang ketara berikutan data ekonomi yang optimis. Menurut kepada data dari Markit Economic, data UK manufacturing PMI meningkat sebanyak 2.2 mata ke tahap 49.2, manakala services PMI meningkat sebanyak 4.1 mata kepada tahap 53.3. Composite PMI keseluruhan berada pada 53.0, yang mengatasi jangkaan pasaran pada 49.0. Keputusan data menunjukkan bahawa ekonomi UK masih tidak mengalami isu penguncupan, dan ia mengurangkan kebimbangan para pelabur terhadap kemelesetan ekonomi UK. Namun begitu, GBPUSD telah berundur daripada kenaikan sebelumnya berikutan kenaikan Dolar AS, dengan jangkaan kenaikan kadar yang agresif. Tambahan pula, Bank of England (BoE) telah meramalkan bahawa inflasi di UK akan menurun menjelang tahun ini, yang mengurangkan kemungkinan pelan kenaikan kadar faedah secara berterusan.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Februari 20 – 24

GOLD

Harga emas merosot pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada $1811.13 setiap troy auns. Dengan latar belakang inflasi yang meningkat di AS, ia mungkin mendorong Fed untuk melaksanakan satu lagi kenaikan kadar yang besar sekali lagi dalam mesyuarat yang akan datang, yang menyebabkan harga emas untuk menurun. Di samping itu, ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia-Ukraine juga telah membawa momentum bearish ke arah logam kuning ini. Pada minggu lalu, Presiden AS Joe Biden telah bertemu dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy untuk mengesahkan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap demokrasi, kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine, menurut kepada CNBC. Dengan itu, Presiden Rusia Vladimir Putin mendakwa pada keesokan harinya bahawa negaranya menggantung perjanjian kawalan senjata nuklear yang penting, dan sistem strategik baharu telah diletakkan dalam tugas tempur. Dengan latar belakang sedemikian, ia mencetuskan peralihan dalam sentimen ke arah dolar selamat.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menurun sedikit semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $76.47 setong. Harga minyak menerima momentum bearish yang ketara pada minggu lepas berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kenaikan kadar agresif daripada Fed. US Core PCE Price Index MoM pada Januari meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.4% ke 0.6%, menunjukkan risiko inflasi di negara AS meningkat semula. Untuk menurunkan kadar inflasi yang masih melambung tinggi, Fed mungkin akan meneruskan laluan kenaikan kadar yang agresif. Walau bagaimanapun, dasar monetari yang mengetatkan akan mengancam ekonomi AS, yang menewaskan permintaan minyak. Selain itu, stok simpanan yang ditunjukkan dalam inventori minyak mentah AS telah melanjutkan kerugian harga minyak. Menurut kepada EIA, Inventori Minyak Mentah AS dinaikkan sebanyak 7.648 juta tong, melebihi ramalan pasaran sebanyak 2.083 juta tong. Namun, kerugian harga minyak adalah terhad berikutan Rusia merancang untuk mengurangkan eksport minyaknya ke negara-negara barat sehingga 25% untuk menghadapi sekatan dari EU.

 

 

Tinjauan Pasaran: Februari 27 – Mac 3

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti data CPI bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Februari 27 – Mac 3

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 27hb Februari 2023
21:30 USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Jan) 0.1% -0.2%
23:00 USD Pending Home Sales (MoM) (Jan) 1.0% 2.5%
Selasa – 28hb Februari 2023
08:30 AUD Retail Sales (MoM) (Jan) 1.2% -3.9%
21:30 CAD GDP (MoM) (Dec) 0.1% 0.1%
23:00 USD CB Consumer Confidence (Feb) 108.5 107.1
Rabu – 1hb Mac 2023
05:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock 9.895M
08:30 AUD GDP (QoQ) (Q4) 0.9% 0.6%
09:30 CNY Manufacturing PMI (Feb) 49.8 50.1
09:30 CNY Caixin Manufacturing PMI (Feb) 51.3 49.2
16:55 EUR German Manufacturing PMI (Feb) 46.5 46.5
16:55 EUR German Unemployment Change 9K -15K
17:30 GBP Manufacturing PMI (Feb) 49.2 49.2
18:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
21:00 EUR German CPI (YoY) (Feb) 8.7% 8.7%
23:00 USD ISM Manufacturing PMI (Feb) 48.0 47.4
23:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories 7.648M
Khamis – 2hb Mac 2023
18:00 EUR CPI (YoY) (Feb) 8.2% 8.6%
20:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
21:30 USD Initial Jobless Claims 197K 192K
Jumaat – 3hb Mac 2023
17:30 GBP Composite PMI (Feb) 53.0 53.0
17:30 GBP Services PMI (Feb) 53.3 53.3
23:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Feb) 54.5 55.2

 

 

Risk Statement:

 

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.