83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Jun 2022                         Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 27 – Julai 1

Reviu Pasaran (Forex): Jun 20 – 24

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama berundur daripada paras lebih tinggi minggu lalu apabila para pelabur terus menilai prospek kenaikan kadar faedah dari bank pusat utama untuk mengekang lonjakan kadar inflasi. Walaupun, kebimbangan yang semakin berkurangan akibat daripada hiperinflasi telah mengurangkan kemungkinan pelaksanaan kenaikan kadar daripada Fed, mengurangkan permintaan terhadap Dolar AS. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 103.70.

 

Baru-baru ini, penurunan harga minyak dan komoditi minggu lepas telah meredakan kebimbangan inflasi sambil mencetuskan lagi selera risiko dalam pasaran kewangan global, mendorong para pelabur mengalihkan portfolio mereka ke arah pasaran ekuiti berisiko lain. Di samping itu, jangkaan inflasi yang mereda telah menyebabkan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun merosot pada minggu lepas. Namun begitu, buat masa ini Fed Fund Futures AS pada hari Jumaat membuat spekulasi bahawa sebanyak kebarangkalian 73.5% ke atas kenaikan kadar faedah pada 75 mata asas pada mesyuarat Julai. Dari segi dasar monetari, kenyataan keseluruhan daripada Moneteri Polisi Komite (MPC) condong kepada nada hawkish walaupun risiko kemelesetan terus berlarutan dalam pasaran kewangan global. Menurut kepada CNBC, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengakui bahawa walaupun kadar faedah meningkat secara mendadak boleh meningkatkan risiko pengangguran dan kemelesetan, ia masih penting bagi Rizab Persekutuan memulihkan pengetatan dasar monetari untuk menstabilkan harga.

 

Walau bagaimanapun, kerugian yang dialami oleh Dolar AS dihadkan oleh data perumahan yang bullish pada minggu lepas. Menurut kepada statistik terkini, Existing Home Sales AS dan New Home Sales AS telah mencapai bacaan sebanyak 5.41M dan 696K, yang masing-masing lebih baik daripada jangkaan pada 5.39M dan 588K. Buat masa ini, para pelabur akan terus memerhatikan keputusan dasar monetari terkini daripada Fed serta data inflasi penting selanjutnya untuk mengukur kemungkinan pergerakan Dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah menyusut pada minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 134.70. Momentum penurunan harga keseluruhan untuk pasangan USD/JPY kebanyakannya disebabkan oleh kejatuhan nilai Dolar AS. Namun begitu, permintaan pasaran terhadap Yen Jepun kekal bearish di tengah-tengah peserta pasaran menjangkakan Bank of Japan berkemungkinan mengekalkan pelonggaran dasar monetari untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi. Sebelum ini, Bank of Japan berikrar untuk mengekalkan kadar faedahnya yang rendah sambil mengekalkan hadnya pada hasil bon 10 tahun dengan program pembelian bon tanpa had.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah melonjak minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0565. Arah aliran keseluruhan untuk Euro kekal bullish di tengah-tengah jangkaan kenaikan kadar daripada Bank Pusat Eropah. Buat masa ini, Bank Pusat Eropah telah berikrar untuk meningkatkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas pada bulan Julai, iaitu kenaikan kadar pertama dalam tempoh 11 tahun untuk membendung peningkatan risiko inflasi. Walaupun, keuntungan yang dialami oleh Euro dihadkan oleh data ekonomi yang negatif. Menurut kepada Markit Economics, Jerman Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah menurun dengan ketara daripada bacaan terdahulu sebanyak 54.8 ke bacaan sebanyak 52.0, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 54.0. Sementara itu, Perancis Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) memberi bacaan sebanyak 51.0, yang juga lebih teruk daripada jangkaan sebanyak 54.0.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah meningkat pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2285. Arah aliran keseluruhan untuk pasangan GBP/USD kekal bullish minggu lepas di tengah-tengah kelemahan Dolar AS. Walau bagaimanapun, prospek ekonomi di rantau UK kekal negatif berikutan inflasi UK mencecah rekod tinggi baharu pada bulan Mei, yang mendorong risiko stagflasi selanjutnya pada masa hadapan sambil mengurangkan daya tarikan ke atas Pound Sterling. Menurut kepada Office for National Statistiks, Consumer Price Indeks UK telah meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak 9.0% ke bacaan sebanyak 9.1%, sejajar dengan jangkaan pasaran. Tambahan pula, UK Office for National Statistiks mendakwa bahawa mereka meramalkan kadar inflasi di UK akan mencapai hampir 11% pada bulan Januari. Selain itu, ahli ekonomi juga telah menunjukkan tanda-tanda pengetatan keadaan pasaran buruh dan risiko kemelesetan di rantau UK.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 20 – 24

GOLD

Harga emas telah menyusut minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada $1835.47 setiap troy auns. Pasaran emas menerima momentum kenaikan harga yang ketara berikutan ketegangan yang meningkat antara Rusia-Ukraine, yang mencetuskan peralihan sentimen terhadap komoditi selamat seperti emas. Menurut Reuters, peluru berpandu Rusia menyerang ibu kota Ukraine Kyiv pada hari Ahad walaupun pemimpin G7 berkumpul di Eropah untuk membincangkan sekatan lanjut terhadap Moscow. Selain itu, pemimpin negara G7 juga mengulangi bahawa mereka akan mengharamkan import emas Rusia untuk pencerobohan tanpa provokasi Moscow ke atas Ukraine. Buat masa ini, pelabur akan terus melihat perkembangan Rusia-Ukraine serta dasar monetari daripada bank pusat global untuk menerima isyarat dagangan emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah susut semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $107.65 setong. Harga minyak mentah menerima momentum bullish pada minggu lepas di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak Russia-Ukraine terus mencetuskan ketidaktentuan bekalan untuk minyak mentah pada masa hadapan. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh harga minyak mentah dihadkan oleh data inventori beraish. Menurut Institut Petroleum Amerika (API), Stok Minyak Mentah Mingguan API AS memberi bacaan sebanyak 5.607M, lebih tinggi daripada ramalan pasaran sebanyak -1.433M.

 

Tinjauan Pasaran : Jun 27 – Julai 1

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti GDP dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 27 – Julai 1

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 27hb Jun 2022
20:30 USD Core Durable Goods Orders (MoM) (May) 0.3% 0.4%
22:00 USD Pending Home Sales (MoM) (May) -4.0% -3.9%
Selasa – 28hb Jun 2022
02:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
16:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
22:00 USD CB Consumer Confidence (Jun) 100.9

 

106.4
Rabu – 29hb Jun 2022
04:30 USD API Weekly Crude Oil Stock 5.607M
09:30 AUD Retail Sales (MoM) (May) 0.4% 0.9%
19:35 GBP BoE Gov Bailey Speaks
20:30 USD GDP (QoQ) (Q1) -1.5% -1.5%
21:00 USD Fed Chair Powell Speaks
21:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
21:30 GBP BoE Gov Bailey Speaks
22:30 USD Crude Oil Inventories 1.956M
23:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Khamis – 30hb Jun 2022
09:30 CNY Manufacturing PMI (Jun) 48.6 49.6
14:00 GBP GDP (QoQ) (Q1) 8.7% 8.7%
15:55 EUR German Unemployment Change (Jun) -6K -4K
20:30 USD Initial Jobless Claims 227K 229K
20:30 CAD GDP (MoM) (Apr) 0.3% 0.7%
Jumaat – 1hb Julai 2022
07:50 JPY Tankan Large Manufacturers Index (Q2) 13 14
07:50 JPY Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q2) 14 9
09:45 CNY Caixin Manufacturing PMI (Jun) 48.1
15:55 EUR German Manufacturing PMI (Jun) 52.0 52.0
16:30 GBP Manufacturing PMI (Jun) 53.4 53.4
17:00 EUR CPI (YoY) (Jun) 8.3% 8.1%
22:00 USD ISM Manufacturing PMI (Jun) 55.0 56.1