83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Julai 2020                       Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 27 – Ogos 01

Reviu Pasaran (Forex): Julai 20 – 25

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu susulan dengan ketegangan di antara A.S. dan China dan juga peningkatan kes-kes wabak koronavirus yang ketara telah memberikan prospek negatif ke atas perkembangan ekonomi di A.S., yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari A.S. ke negara lain seperti Eropah. Indeks dolar menutup harganya pada 94.25 pada hari Jumaat yang lalu.

 

Pada minggu yang lepas, kebanyakan data-data ekonomi dari rantau A.S. telah memberikan bacaan yang negatif. Menurut kepada Department of Labor, A.S Initial Jobless Claims untuk minggu yang lalu telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 1,307K ke bacaan sebanyak 1,416K, lebih buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu 1,300K. Tambahan pula, A.S. Existing Homes Sales telah memberikan bacaan sebanyak 4.72M, yang juga lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu sebanyak 4.78M. Kedua-dua data ekonomi tersebut telah memberikan bacaan yang negatif, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di A.S. sambil mencetuskan penjualan yang ketara ke atas Dolar AS.

 

Selain itu, Dolar AS telah menerima momentum bearish yang lanjutnya menutup konsulat dari Amerika Syarikat secara tindak balas. Menurut kepada Reuters, konsulat A.S. di Chengdu telah ditutupkan oleh negara China susulan dengan China ingin bertindak balas terhadap A.S yang memerintahkan konsulat Houston China untuk ditutup di Amerika Syarikat di tengah tuduhan mencuri data. Oleh itu, sentimen tersebut telah memberikan prospek negatif ke atas Amerika Syarikat sambil mengurangkan permintaan ke atas Dolar AS. Selain itu, peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak di Amerika Syarikat telah mendorong para pelabur khuatir terhadap kecekapan pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat pada masa yang akan datang.  Menurut kepada Worldometer.com, WHO telah melaporkan peningkatan satu hari kes koronavirus terbesar, berdasarkan jumlahnya lebih daripada 220,000 kes baru dalam 24 jam terakhir. Jangkitan koronavirus dari A.S. telah meningkat sebanyak 56,130 kes sementara itu lebih daripada 1000 orang telah mati yang akibat daripada koronavirus di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai wabak koronavirus dan juga perang perdagangan di antara A.S. dan China untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 105.85. Aset selamat Yen Jepun telah menerima momentum bullish yang ketara pada minggu yang lalu susulan dengan peningkatan kes-kes koronavirus yang ketara di seluruh dunia dan juga perang perdagangan di antara A.S dan China, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan ke arah aset selamat seperti Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1650. Pasangan tersebut menerima momentum bullish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam Dolar A.S. Di samping itu,  Euro telah melanjutkan keuntungannya selepas Kesatuan Eropah telah mencapai konsensus mengenai dana pemulihan ekonomi yang bernilai sebanyak 750 bilion euro untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi di Eropah. Sentimen tersebut telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Eropah sambil mencetuskan permintaan yang ketara ke atas Euro.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2795. Paun Sterling telah menerima momentum bullish yang ketara selepas data-data ekonomi yang positif telah dibebaskan dari UK. Menurut kepada Office for National Statistik, U.K. Retail Sales untuk bulan yang lepas telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 12.35% ke 13.9%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran iaitu 8.0%. Tambahan pula, Markit Ekonomics telah melaporkan bahawa U.K. Composite Purchasing Managers’ indeks (PMI) telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 47.7 ke 57.1, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 51.1. Walau bagaimanapun, kekurangan kemajuan dalam perbincangan Brexit telah meninggalkan harapan yang kecil pada “soft-Brexit”, yang selanjutnya mengehadkan keuntungannya yang dialami oleh Paun Sterling. Justerunya, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai Brexit untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 20 – 25

GOLD

Harga emas telah mencatat keuntungannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1913.55 se troy auns. Pasaran emas telah melonjak ke tahap tinggi pada hari Isnin susulan dengan peningkatan ketegangan di antara A.S. dan China, yang selanjutnya meningkatkan permintaan pasaran ke atas aset selamat emas. Menurut kepada Reuters, Washington telah memerintahkan konsulat China Houston untuk menutup, yang selanjutnya mendorong Beijing untuk menutup konsulat A.S di Chengdu secara bertindak balas untuk hari ini. Selain itu, harapan untuk pemulihan ekonomi A.S. yang cepat semakin pudar kerana jangkitan koronavirus telah meningkat tanpa henti di Amerika Syarikat, yang selanjutnya mencetuskan permintaan yang ketara ke atas komoditi tersebut.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih rendah  sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $40.75 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan wabak koronavirus dan juga data inventori minyak mentah yang negatif telah memberikan prospek negatif ke atas komoditi tersebut. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori minyak mentah A.S. telah meningkat dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak -7.493M ke bacaan sebanyak 4.892M, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomi sebanyak -2.088M. Tambahan pula, Oil Rig Count dari A.S. telah meningkat pada minggu yang lalu, menunjukkan bahawa bekalan minyak mentah mungkin akan meningkat pada masa yang akan datang. Sementara itu, para pelabur khuatir terhadap kenaikan rekod kes koronavirus global serta ketegangan perdagangan di antara A.S. dan China dapat terus memberikan tekanan bearish ke atas komoditi tersebut. Justerunya, para pelabur perlu memberikan pemantauan ke atas perkembangan mengenai vaksin koronavirus dan juga perang perdagangan A.S.-China untuk menjangkakan pergerakan ke atas komoditi tersebut.

 

Tinjauan Pasaran: Julai 27 – Ogos 01

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti Kanada GDP akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Julai 27 – 31

 

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 27hb Julai 2020
16:00 EUR German Ifo Business Climate Index (Jul) 89.3 86.2
20:30 USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Jun) 3.5% 3.7%
Selasa –28hb Julai 2020
22:00 USD CB Consumer Confience (Jul) 94.5 98.1
Rabu – 29hb Julai 2020
09:30 AUD CPI (QoQ) (Q2) -2.0% 0.3%
22:00 USD Pending Home Sales (MoM) (Jun) 15.3% 44.3%
22:30 CrudeOIL EIA Crude Oil Inventories -2.088M 4.892M
Khamis – 30hb Julai 2020
02:00 USD FOMC Statement
02:00 USD Fed Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
02:30 USD FOMC Press Conference
15:55 EUR German Unemployment Change (Jul) 45K 69K
16:00 EUR German GDP (QoQ) (Q2) -9.0% -2.2%
20:30 USD GDP (QoQ) (Q2) -34.0% -5.0%
20:30 USD Initial Jobless Claims 1,400K 1,416K
Jumaat– 31hb Julai 2020
09:00 CNY Manufacturing PMI (Jul) 51.0 50.9
17:00 EUR CPI (YoY) (Jul) 0.2% 0.3%
20:30 CAD GDP (MoM) (May) 3.5% -11.6%