83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 September 2021                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: September 27 – Oktober 1

Reviu Pasaran (Forex): September 20 – 24

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu susulan dengan latar belakang data ekonomi yang positif dari Amerika Syarikat pada minggu lalu dan ini telah meningkatkan optimisme pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 93.20.

 

Pada minggu lalu, trend keseluruhan untuk Dolar AS kekal bullish dan disokong oleh data ekonomi yang optimis serta jangkaan yang hawkish terhadap Federal Reserve mungkin akan mula mengurangkan program pembelian bonnya pada akhir tahun ini. Menurut kepada Biro Banci, data Building Permits A.S telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 1.630M kepada 1.728M, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 1.600M. Tambahan pula, Biro Banci melaporkan bahawa data New Home Sales A.S. telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 729K kepada 740K, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 714K. Ini telah mendorong prospek yang positif terhadap momentum ekonomi di Amerika Syarikat. Di samping itu, dolar AS melanjutkan keuntungannya berikutan ahli Fed mengeluarkan nada yang hawkish mereka terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Menurut kepada Reuters, Presiden Fed Kansas City, Esther George mendakwa bahawa pasaran buruh A.S. telah memenuhi sasaran bank pusat untuk mengurangkan pembelian bon bulanannya. Selain itu, Presiden Cleveland Fed Loretta Mester juga menegaskan bahawa bank pusat boleh mulai meningkatkan kadar faedah pada akhir tahun depan sekiranya pasaran pekerjaan terus meningkat dengan ketara. Sebaliknya, dolar A.S sebagai mata wang selamat juga mendapat momentum kenaikan berikutan dengan selera risiko yang semakin berkurang di pasaran FX di tengah-tengah krisis hutang dalam syarikat pemaju hartanah terbesar di China, Evergrande, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka dari aset berisiko lain kepada aset selamat seperti dolar AS.

 

Walaupun begitu, oleh disebabkan kenyataan sebelum ini dari Fed adalah tidak jelas, para pelabur dicadangkan untuk terus memantau perkembangan yang terkini berkenaan dengan data ekonomi penting serta keputusan dasar kewangan Fed dalam masa depan untuk mengukur kemungkinan pergerakan bagi dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mengalami momentum kenaikan harga pada minggu lalu dan mengakhiri sesi Jumaat lalu dengan harga 109.90. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan USD/JPY pada minggu lalu adalah disebabkan terutamanya oleh kenaikan dolar AS. Walaupun begitu, keuntungan yang dialami pasangan ini adalah dihadkan oleh kenaikan harga mata wang Yen Jepun yang disebabkan oleh penghindaran risiko. Yen Jepun sebagai mata wang selamat telah mendapat momentum kenaikan yang ketara berikutan dengan masalah dalam syarikat harta tanah, China Evergrande telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesan limpahan ke dalam ekonomi global dan menimbulkan penghindaran sentimen dari aset yang lebih berisiko kepada aset selamat lain seperti Yen Jepun dan Franc Swiss. Selain itu, para pelabur berspekulasi bahawa Fed mungkin akan mengeluarkan nada hawkish mereka semasa mesyuarat FOMC. Jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi cenderung untuk memberi kesan negatif terhadap pendapatan dan nilai intrinsik syarikat dan ini akan menurunkan pasaran saham global sambil meningkatkan daya tarikan Yen Jepun yang selamat.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah merosot sepanjang minggu lalu dan mengakhiri sesi minggu lalu dengan harga 1.1710. Momentum penurunan secara keseluruhan untuk pasangan EUR / USD minggu lalu adalah disebabkan terutamanya oleh kenaikan dolar AS. Walaupun demikian, oleh kerana kekurangan pemangkin dalam pasaran Eropah, trend keseluruhan untuk Euro kekal lemah. Para akan terus memantau perkembangan yang terkini mengenai data ekonomi masa depan untuk menerima isyarat perdagangan selanjutnya.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah melonjak pada minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3680. Mata wang paun sterling telah melonjak berikutan dengan bank pusat England telah mengeluarkan nada yang hawkish pada minggu lalu. Bank pusat England (BoE) terus menetapkan dasar kewangan mereka untuk memenuhi sasaran inflasi 2% dan dengan cara untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kadar pekerjaan. Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) telah mengundi sebulat suara untuk mengekalkan kadar faedah pada 0.1% sambil meneruskan program pembelian bon kerajaan UK yang sedia ada. Dari segi inflasi, BoE telah memberi amaran bahawa harga pengguna cenderung untuk meningkat kepada “sedikit di atas” 4% tahun ini, menggandakan tahap sasarannya yang meningkatkan harapan untuk BoE mengetatkan dasar kewangan untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi di masa depan. Walaupun begitu, keuntungan yang dialami oleh paun sterling telah dihadkan oleh data ekonomi yang menurun. Menurut kepada Markit Economics, data Purchasing Manufacturing Index (PMI) UK menurun daripada bacaan sebelumnya pada tahap 60.3 kepada 56.3, tersasar daripada ramalan pasaran sebanyak 59.0.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): September 20 – 24

GOLD

Harga emas telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu dengan harga $ 1760,00 se troy auns di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko di pasaran kewangan global berikutan dengan masalah dalam kumpulan harta tanah China Evergrande telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesan limpahan ke dalam ekonomi global dan menimbulkan pergeseran sentimen dari aset yang lebih berisiko ke aset selamat lain seperti emas. Menurut kepada Reuters, China Evergrande Group, syarikat harta tanah kedua terbesar di China mempunyai liabiliti lebih dari $ 300 bilion, dan laporan menunjukkan bahawa syarikat tersebut tidak dapat membayar tarikh akhir pembayaran faedah untuk bon luar pesisirnya. Kegagalan dalam pembayaran hutang boleh memaksa syarikat tersebut untuk muflis dan mencetuskan krisis kecairan yang lebih luas di sektor harta tanah.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melonjak dengan ketara minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $ 71.80. Pasaran minyak mengekalkan trend kenaikannya yang disokong oleh prospek permintaan yang positif berikutan program vaksinasi Covid-19 yang cepat di seluruh dunia. Selain itu, harga minyak mentah melanjutkan kenaikannya dengan latar belakang data inventori yang optimis pada minggu lalu. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), data inventori minyak mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -3.481M, lebih baik daripada jangkaan pasaran pada -2.440M.

 

Tinjauan Pasaran: September 27 – Oktober 1

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti mesyuarat FOMC untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: September 27 – Oktober 1

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 27hb September 2021
19:45   EUR ECB President Lagarde Speaks    
20:30   USD Core Durable Goods Orders (MoM) (Aug) 0.50% 0.80%
Selasa – 28hb September 2021
02:00   GBP BoE Gov Bailey Speaks
09:30   AUD Retail Sales (MoM) (Aug) -2.50% -2.79%
20:00   EUR ECB President Lagarde Speaks
22:00   USD CB Consumer Confidence (Sep) 114.5 113.8
22:00   USD Fed Chair Powell Testifies
Rabu – 29hb September 2021
22:00   USD Pending Home Sales (MoM) (Aug) 1.30% -1.80%
22:30   USD Crude Oil Inventories -3.481M
23:45   GBP BoE Gov Bailey Speaks
23:45   USD Fed Chair Powell Speaks
23:45   EUR ECB President Lagarde Speaks
Khamis – 30hb September 2021
09:00   CNY Manufacturing PMI (Sep) 50.2 50.1
09:45   CNY Caixin Manufacturing PMI (Sep) 49.6 49.2
14:00   GBP GDP (QoQ) (Q2) 4.80% 4.80%
15:55   EUR German Unemployment Change (Sep) -35K -53K
20:30   USD GDP (QoQ) (Q2) 6.60% 6.60%
20:30   USD Initial Jobless Claims 328K 351K
Jumaat – 1hb Oktober 2021
07:50   JPY Tankan Large Manufacturers Index (Q3) 13 14
07:50   JPY Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q3) 3 1
15:55   EUR German Manufacturing PMI (Sep) 58.5 58.5
16:30   GBP Manufacturing PMI (Sep) 56.3 56.3
17:00   EUR CPI (YoY) (Sep) 3.30% 3.00%
20:30   CAD GDP (MoM) (Jul) -0.20% 0.70%
22:00   USD ISM Manufacturing PMI (Sep) 59.5 59.9