83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Disember 2021                  Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 27 – 31

Reviu Pasaran (Forex): Disember 20 – 24

US Dollar

Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah mencatat kerugiannya pada minggu lalu di atas latar belakang peningkatan sentimen selera risiko dlaam kewangan global berikutan prospek positif terhadap pil rawatan Covid-19. Namun begitu, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya di tengah-tengah data ekonomi yang optimisme minggu lepas. Indeks Dolar telah menamatkan sesi minggu lepas pada harga 96.05.

 

Dari segi  pandemik Covid-19, AS Food dan Drug Administration (FDA) telah membenarkan pil Covid-19 antivirus Merk dan Pfizer. Menurut kepada the Guardian, data ujian klinikal telah menunjukkan bahawa kedua-dua Pfzer dan Merck menawarkan pengurangan 89% dalam risiko kemasukan ke hospital untuk pesakit yang tidak divaksinasi apabila pesakit memulakan rawatan dalam masa tiga hari selepas gejala pertama muncul. Merck telah mengurangkan risiko sebanyak 30% untuk pesakit yang memulakan rawatan dalam tempoh lima hari selepas gejala muncul. Selain itu, Kerajaan AS telah membeli sebanyak 10 juta kursus pil Pfizer dan 3 juta daripada Merck, menurut Bloomberg. Tambahan pula, data-data baharu dari Denmark, U.K. dan Afrika Selatan telah menunjukkan bukti bahawa strain Omicron baharu adalah kurang berkemungkinan menyebabkan penyakit yang serius. Sementara itu, keputusan percubaan AstraZeneca, Pfizer dan Moderna menunjukkan bahawa suntikan penggalak vaksin Covid-19 mereka sebahagian besarnya untuk memulihkan tindak balas sistem imun terhadap varian baharu. Walaupun begitu, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas Amerika Syarikat mengeluarkan data ekonomi yang bullish. Menurut kepada Census Bureau, A.S. Core Durable Goods Orders bagi bulan lepas telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 0.3% ke bacaan sebanyak 0.8%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 0.6%. Sementara itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) A.S. bagi suku lepas mencatatkan pada 2.3%, yang juga lebih baik dari jangkaan pasaran pada 2.1%.

 

Namun begitu, pergerakan keseluruhan Indeks Dolar kekal lemah susulan dengan banyak pasaran ditutup atau beroperasi dengan waktu yang dikurangkan kerana sesi cuti. Buat masa ini, para pelabur akan terus meneliti kemas kini terkini berhubung data ekonomi penting selanjutnya dan perkembangan Covid-19 untuk mengukur kemungkinan pergerakan Dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan pada minggu lepas sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 114.40. Momentum bullish keseluruhan untuk pasangan USD/JPY minggu lepas adalah disebabkan terutamanya oleh penyusutan dalam Yen Jepun. Yen Jepun telah menyusut dengan ketara berikutan kabinet Jepun meluluskan belanjawan tahunan sebanyak $940 bilion yang merupakan rekod untuk kesepuluh tahun berturut-turut. Para pelabur kekal bimbang bahawa perbelanjaan kerajaan yang begitu besar digabungkan dengan pelonggaran dasar monetari akan menyebabkan Bank Pusat Jepun mengeluarkan lebih banyak peredaran wang ke dalam ekonomi, yang meningkatkan risiko inflasi yang lebih tinggi pada masa hadapan. Hutang awam di Jepun buat masa ini adalah lebih daripada dua kali ganda saiz ekonomi $5 trilionnya, yang tertinggi di kalangan negara perindustrian. Peredaran wang yang lebih tinggi serta risiko inflasi yang meningkat akan mencetuskan prospek negatif bagi ekonomi Jepun, yang mengurangkan daya tarikan ke atas Yen Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dengan tinggi minggu lepas tetapi tetap tertekan secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1330. Momentum keseluruhan untuk Euro kekal menaik di tengah-tengah penyusutan Dolar AS. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh Euro adalah terhad berikutan beberapa negara di seluruh Eropah telah melaksanakan langkah-langkah jarak sosial baharu untuk memerangi peningkatan jangkitan Covid-19 yang didorong oleh varian Omicron. Negara-negara termasuk Belgium, Belanda dan Jerman memperkenalkan sekatan selepas Krismas, yang menutup kelab malam, mengehadkan perhimpunan di restoran dan membatalkan acara berskala besar.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3235. Pound Sterling melonjak di atas latar belakang data ekonomi yang optimis semalam. Menurut kepada Office for National Statistics, Gross Domestik Produk (GDP) U.K. telah memberi bacaan sebanyak 6.8%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 6.6%. Data sedemikian telah menunjukkan bahawa ekonomi UK telah pulih daripada wabak lebih cepat daripada jangkaan pasaran, meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di United Kingdom. Namun begitu, peningkatan jumlah kes Covid-19 di rantau UK telah mengehadkan keuntungan yang dialami oleh Pound Sterling. Menurut kepada the Guardian, kes harian Covid-19 telah melepasi 100,000 kes-kes Covid-19 apabila varian Omicron melanda seluruh UK, mencapai jumlah tertinggi yang direkodkan sejak wabak bermula. Sentimen sedemikian akan meningkatkan kemungkinan kerajaan UK untuk melaksanakan dasar-dasar “lockdown”, yang mencetuskan prospek negatif untuk momentum ekonomi

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 20 – 24

GOLD

Harga emas telah melonjak minggu lalu dengan harga $1802.10 setiap troy auns di tengah-tengah peningkatan kes-kes Covid-19 di seluruh dunia telah mendorong beberapa negara untuk mengenakan semula sekatan penutupan, yang mengganggu rantaian bekalan global dan menyebabkan kekurangan tenaga kerja di seluruh dunia. Namun begitu, komoditi emas telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan  jangkaan hawkish daripada Rizab Persekutuan. Sebelum ini, Rizab Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada 0% hingga ¼% sambil menurunkan program pembelian bon daripada kadar awal Disember sebanyak 90 bilion kepada 60 bilion sebulan. Sebaik sahaja program bon selesai, bank pusat menjangkakan untuk mula menaikkan kadar faedah. Unjuran yang dikeluarkan semalaman menunjukkan Fed mungkin akan mengadakan tiga kenaikan kadar pada 2021. Peningkatan kadar faedah dan pengurangan program pembelian bon akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran kewangan global, mencetuskan momentum bearish ke atas komoditi emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah menyusut dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $72.70. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah di tengah-tengah peningkatan jumlah varian Covid-19 Omicron di seluruh dunia terus mendorong prospek negatif untuk komoditi hitam ini. Namun begitu, kerugian yang dialami oleh komoditi minyak mentah adalah terhad susulan dengan data inventori bullish yang dibebaskan pada minggu lepas. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah A.S. telah memberi bacaan sebanyak -4.715M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak -2.750M

 

Tinjauan Pasaran: Disember 27 – 31

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai penularan Omicron di seluruh dunia bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: December 27 – 31

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 27hb Disember 2021
N/A
Selasa – 28hb Disember 2021
N/A
Rabu – 29hb Disember 2021
23:00 USD Pending Home Sales (MoM) (Nov) 0.6% 7.5%
23:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories -4.715M
Khamis –30hb Disember 2021
21:30 USD Initial Jobless Claims 205K 205K
Jumaat – 31hb Disember 2021
09:00 CNY Manufacturing PMI (Dec) 49.6 50.1