83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Mac 2022                       Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 28 – April 1

Reviu Pasaran (Forex): Mac 21 – 25

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama telah menerima momentum bullish yang ketara minggu lalu di tengah-tengah latar belakang nada hawkish daripada Rizab Persekutuan. Selain itu, ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia dan Ukraine mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat, memberikan lebih banyak sokongan bullish ke atas Dolar as. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 98.82.

 

Pada minggu lalu, Dolar AS telah meningkat selepas Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell telah melancarkan nada hawkish. Sementara kini, para pelabur menjangkakan kira-kira sebanyak 60.7% kebarangkalian Bank Pusat AS akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas semasa mesyuarat dasar monetari seterusnya pada Mei, melebihi daripada kira-kira sebanyak 52% sebelum komen Powell. Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS mencecah 2.28%, tertinggi sejak tahun 2019 pada minggu lalu. Selain itu, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell juga mengulangi bahawa bank pusat AS masih memerlukan pengetatan dasar monetari yang lebih agresif untuk menstabilkan risiko inflasi pada masa yang akan datang, sambil meningkatkan jangkaan bahawa Bank Pusat AS akan mengurangkan pembelian bon dan meningkatkan kadar faedah yang lebih agresif.

 

Dari segi konflik Rusia-Ukraine, menurut kepada CNBCm Secretary General Jens Stoltenberg menegaskan bahawa NATO akan memberikan pasukan ketenteraan tambahan di untuk membantu Ukraine memerangi Rusia. Tambahan pula, negara seperti UK dan AS mengulangi bahawa mereka akan juga melaksanakan lebih banyak sanksi terhadap Rusia dan menjejaskan perkembangan ekonominya manakala AS mengumumkan akan memberikan berbilion-bilion wang bantuan kepada 100,000 pelarian Ukraine. Konflik di antara Rusia-Ukraine telah menyebabkan lonjakan yang ketara ke atas harga komoditi, meningkatkan risiko inflasi pada masa yang akan datang sambil mencatatkan jangkaan untuk pelaksanaan pengetatan dasar monetari. Pengetatan dasar monetari akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran kewangan sambil meningkatkan daya tarikan untuk Dolar AS.

 

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY melonjak pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 122.06. Pasangan tersebut telah menerima momentum bullish di tengah-tengah latar belakang Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengeluarkan ucapan hawkishnya pada 21 Mac 2022, mencetuskan harapan apabila pengetatan dasar monetari yang lebih agresif. Sentimen tersebut telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke Dolar AS.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah merosot minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.0983. Euro menerima momentum bearish di tengah-tengah latar belakang Kesatuan Eropah untuk mempertimbangkan embargo minyak Rusia. Menurut kepada Reuters, kerajaan Kesatuan Eropah mempertimbangkan sama ada akan mengenakan larangan minyak terhadap Rusia pada pencerobohannya ke atas Ukraine ketika mereka berkumpul minggu lalu dengan Presiden A.S. Joe Biden untuk mengadakan beberapa siri sidang kemuncak yang direka untuk mengeraskan tindak balas Barat terhadap Moscow. Selain itu, EU dan sekutu telah mengenakan pelbagai langkah terhadap Rusia, termasuk membekukan aset bank pusatnya. Namun begitu, kerugian Euro adalah terhad selepas AS bersetuju untuk memberikan lebih banyak komoditi untuk negara Eropah. Menurut kepada Reuters, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat bersedia untuk mendedahkan perjanjian pada hari Jumaat untuk membekalkan Eropah dengan lebih banyak gas asli cecair (LNG) AS, ketika blok Eropah itu berusaha untuk segera mengekang pergantungannya kepada bahan api fosil Rusia. Presiden Joe Biden, yang menghadiri sidang kemuncak pemimpin EU di Brussels pada 24 Mac 2022, berjanji Amerika Syarikat akan menghantar sekurang-kurangnya 15 bilion cubic metres  (bcm) lebih LNG ke Eropah tahun ini daripada yang dirancang sebelum ini.

 

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah meningkat pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.3182. Pound menerima momentum bullish pada minggu lepas berikutan dengan harapan untuk kenaikan kadar dari Bank of England untuk mengurangkan risiko inflasi. Menurut kepada Reuters, Pound meningkat selanjutnya berbanding dengan Dolar AS pada hari Rabu, dan bersedia untuk perubahan liar kerana data yang menunjukkan inflasi kekal panas boleh memperbaharui pertaruhan pada kenaikan kadar Bank of England. Namun begitu, Pound Sterling telah mengehadkan keuntungannya berikutan prospek ekonomi negatif selepas pengumuman dasar fiskal daripada Canselor UK Rishi Sunak gagal menarik perhatian pelabur. Canselor Rishi Sunak telah mengumumkan pelaksanaan pemotongan cukai duti bahan api pada 23 Mac 2022, peningkatan kepada ambang pendapatan bebas cukai, pengurangan sedikit pada kadar cukai untuk kumpulan bawah dan sokongan baharu untuk perniagaan. Para pelabur membuat spekulasi bahawa dasar baharu sebegitu tidak cukup untuk memperbaiki prospek ekonomi UK yang lemah susulan dengan risiko inflasi yang tinggi terus berlegar dalam pasaran.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 21 – 25

GOLD

Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu lalu sambil menutup harga pasarannya pada $1957.75 se auns troy. Harga emas menerima momentum bullish pada minggu lepas berikutan peningkatan ketegangan di antara Rusia-Ukraine. Menurut kepada CNBC, Secretary General Jens Stoltenberg menegaskan bahawa NATO akan memberikan pasukan ketenteraan tambahan di untuk membantu Ukraine memerangi Rusia. Tambahan pula, negara seperti UK dan AS mengulangi bahawa mereka akan juga melaksanakan lebih banyak sanksi terhadap Rusia dan menjejaskan perkembangan ekonominya manakala AS mengumumkan akan memberikan berbilion-bilion wang bantuan kepada 100,000 pelarian Ukraine. Selain itu, Presiden AS Joe Biden memberikan amaran keras kepada pemimpin Rusia Vladimir Putin, mengatakan NATO akan bertindak balas “sebagai jenis” sekiranya Rusia menggunakan senjata kimia atau biologi di Ukraine. Sementara kini, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai Rusia-Ukraine untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah pada minggu lalu sambil menutup harganya $112.58 setong. Harga minyak mentah menerima momentum bearish di tengah-tengah latar belakang peningkatan kes-kes Covid-19 di China. Menurut kepada Bloomberg, China kini berada di tengah-tengah gelombang Covid-19 yang terburuk sejak wabak awal di Wuhan. Shanghai telah melaporkan rekod harian sebanyak 1,609 kes baru Covid-19, manakala hampir 80% ekonomi telah terjejas susulan dengan pelaksanaan “lockdown”. Peningkatan kes Covid-19 telah menyebabkan kerajaan China memutuskan untuk melaksanakan dasar-dasar lockdown untuk memerangi peningkatan kes-kes Covid-19. Para pelabur khuatir terhadap dasar-dasar tersebut akan menjejaskan perkembangan ekonomi untuk negara China, sambil mengurangkan permintaan pasaran terhadap minyak mentah. Dari segi mesyuarat di antara Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, mereka telah bersedia untuk mencapai konsensus mengenai perjanjian bekalan gas asli pada hari Jumaat untuk membekalkan Eropah dengan lebih banyak gas asli cecair (LNG) AS. Menurut kepada Reuters, Presiden AS Joe Biden, yang menghadiri sidang kemuncak pemimpin EU di Brussels pada 24hb Mac 2022, berjanji Amerika Syarikat akan menghantar sekurang-kurangnya sebanyak 15 bilion cubic meteres (bcm) LNG ke Eropah tahun ini daripada yang dirancang sebelum ini. Peningkatan untuk pengeluaran komoditi tersebut akan mencetuskan momentum bearish yang lanjut ke atas harga minyak mentah.

 

Tinjauan Pasaran: Mac 28 – April 1

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mac 28 – April 1

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 28hb Mac 2022
19:00   GBP BoE Gov Bailey Speaks
Selasa – 29hb Mac 2022
8:30   AUD Retail Sales (MoM) (Feb) 1.00% 1.80%
22:00   USD CB Consumer Confidence (Mar) 107 110.5
22:00   USD JOLTs Job Openings (Feb) 11.263M
Rabu – 30hb Mac 2022
20:15   USD ADP Nonfarm Employment Change (Mar) 438K 475K
20:30   USD GDP (QoQ) (Q4) 7.10% 2.30%
22:30   USD Crude Oil Inventories -2.508M
Khamis – 31hb Mac 2022
9:30   CNY Manufacturing PMI (Mar) 50.2
14:00   GBP GDP (QoQ) (Q4) 1.00% 1.10%
14:00   GBP GDP (YoY) (Q4) 6.50% 6.50%
15:55   EUR German Unemployment Change (Mar) -20K -33K
20:30   USD Initial Jobless Claims 200K 187K
20:30   CAD GDP (MoM) (Jan) 0.20% 0.00%
Jumaat – 1hb April 2022
7:50   JPY Tankan Large Manufacturers Index (Q1) 12 18
7:50   JPY Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q1) 5 9
9:45   CNY Caixin Manufacturing PMI (Mar) 50.4
15:55   EUR German Manufacturing PMI (Mar) 57.6 58.4
16:30   GBP Manufacturing PMI (Mar) 55.5 55.5
17:00   EUR CPI (YoY) (Mar) 6.50% 5.90%
20:30   USD Nonfarm Payrolls (Mar) 475K 678K
20:30   USD Unemployment Rate (Mar) 3.70% 3.80%
22:00   USD ISM Manufacturing PMI (Mar) 58.6 58.6

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.