83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Mei 2023            Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 29 – Jun 2

 

Reviu Pasaran (Forex): Mei 22 – 26

US Dollar

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama berjaya mendapatkan semula kilauannya sejak seminggu lalu di tengah-tengah kenyataan hawkish daripada ahli Fed sementara terdapat kemajuan yang positif dalam perbincangan siling hutang antara Demokrat dan Republikan untuk mengelakkan risiko kredit. Indeks dolar menamatkan sesi dagangan pada harga 104.10.

 

Awal minggu ini, Presiden Federal Reserve Bank of St. Louis James Bullard berkata bahawa AS mungkin perlu menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas lagi pada tahun ini untuk berjaya menbendung inflasi yang tinggi. Scenario asas kenaikan kadar faedah lebih lanjut adalah disebabkan kadar kenaikan harga tidak turun ‘cukup pantas’, malah kadar tunai telah meningkat tanpa henti sejak lebih setahun lalu. Selain itu, Gabenor Lembaga Rizab Persekutuan Christopher Waller berkata bahawa beliau bimbang tentang kekurangan kemajuan dalam inflasi. Oleh itu, kadar tunai rasmi mungkin tidak meningkat pada mesyuarat Fed bulan depan, tetapi penamatan pelan kenaikan kadar tidak mungkin pada masa ini. Beliau juga menekankan bahawa Fed memerlukan lebih banyak bukti untuk menunjukkan bahawa inflasi AS bergerak ke arah sasaran jangka panjang mereka, iaitu 2%.

 

Selain itu, beberapa siri data ekonomi yang positif turut meningkatkan kecemerlangan indeks dolar sepanjang minggu. Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran meningkat sedikit selepas data minggu sebelumnya disemak kepada paras rendah, mencadangkan kekuatan pasaran buruh yang berterusan. Bilangan tuntutan pengangguran meningkat ke 229K daripada 225k selepas data sebelumnya disemak, tetapi angka baru-baru ini lebih rendah daripada konsensus pasaran pada 250k, memberikan dorongan kepada dolar. Pakar ekonomi menjangkakan pemberhentian pekerja meningkat apabila kadar faedah tinggi merebak melalui ekonomi dan keadaan kewangan yang semakin ketat menyukarkan perniagaan kecil untuk mendapat kredit. Walau bagaimanapun, data buruh datang lebih baik daripada ramalan, sejajar dengan data PMI Perkhidmatan terkini yang menunjukkan ekonomi berkembang pada suku kedua. Dalam laporan berasingan, Biro Analisis Ekonomi Perdagangan mendedahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS dan mengesahkan ekonomi masih kukuh. KDNK meningkat 1.3% pada suku pertama, berbanding 2.6% pada suku sebelumnya, tetapi lebih tinggi daripada anggaran konsensus sebanyak 1.1%, menandakan pengembangan ekonomi ketiga berturut-turut.

 

Untuk masa depan, perjanjian menaikkan siling hutang masih menjadi acara utama yang dinanti-nantikan pelabur selepas kedua-dua pihak akhirnya mencapai perjanjian pada dasarnya. Selain itu, pengumuman Nonfarm Payroll juga akan mengumpulkan perhatian pasaran pada hari Jumaat yang akan datang.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY melanjutkan keuntungannya minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 140.60. Pasangan itu disokong oleh kenyataan hawkish daripada ahli Rizab Persekutuan, satu siri data ekonomi positif serta optimisme perbincangan siling hutang. Dengan latar belakang sedemikian, mata wang selamat Yen Jepun menjunam dengan ketara dan mencecah paras terendah dalam tempoh setengah tahun.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD berjaya menamatkan sesi dagangan dengan tahap yang lebih rendah pada 1.0725. Begitu juga, mata wang tunggal Euro menjunam disebabkan oleh kekuatan indeks dolar. Walau bagaimanapun, euro telah dijual secara besar-besaran minggu lepas kerana Presiden ECB Lagarde menekankan bahawa kadarnya akan dikekalkan pada paras yang tinggi selama yang diperlukan. Selain itu, ekonomi terkuat di EU kini telah memasuki tahap kemelesetan. Menurut Pejabat Perangkaan Persekutuan Jerman, KDNK Jerman mencatatkan bacaan pada -0.3%, lebih rendah daripada ramalan konsensus sebanyak -0.1%, mencerminkan bahawa ekonomi Jerman berada dalam kemelesetan untuk suku ke-2 berturut-turut. Membandingkan Jerman dengan negara maju yang lain, ekonomi Jerman kehilangan potensi pertumbuhannya yang mendorong pelabur menjauhkan pelaburan mereka dari negara itu.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD mencatatkan kerugian besar minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2345. Begitu juga, kerugian pasangan itu didapati daripada kekuatan indeks dolar. Bagaimanapun, kerugian mata wang adalah terhad berikutan pengumuman angka inflasi yang masih tinggi. Data yang diterbitkan pada hari Rabu menunjukkan indeks harga pengguna meningkat sebanyak 8.7% dalam terma tahunan bulan lepas, lebih tinggi daripada ramalan konsensus pada 8.3%. Tetapi, perlu diberi perhatian untuk menyerlahkan bahawa BOE Bailey telah menyebut bahawa unjuran menunjukkan kerajaan akan mencapai sasaran inflasi tahun ini.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 22 – 26

GOLD

Harga emas menjunam sepanjang minggu sambil menutup harga pasarannya pada $1946.45 setiap troy auns kerana kemajuan ketara dalam perbincangan siling hutang mengurangkan daya tarikan aset tempat selamat itu. Sebelum itu, Presiden Bank Rizab Persekutuan St. Louis James Bullard dan Gabenor Lembaga Christopher Waller pendirian hawkish mengurangkan momentum bullish dalam pasaran, menekan harga emas di bawah paras $1980 setiap troy auns. Kemudian, satu siri data ekonomi yang optimis dan kemajuan dalam perbincangan siling hutang mencetuskan satu lagi gelombang besar tekanan jualan dalam pasaran emas. Untuk masa depan, prospek jangka pendek pasaran emas kekal bearish kerana perjanjian meningkatkan had hutang telah dicapai pada dasarnya.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah melonjak sepanjang minggu dan berakhir minggu lalu pada $72.85 setong. Minggu lalu, inventori minyak yang tidak dijangka mengejutkan peserta pasaran, yang mendorong mereka untuk tergesa-gesa memasuki pasaran minyak. Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), paras inventori minyak AS telah turun -12.5 juta tong dalam seminggu hingga 19 Mei. Bagaimanapun, keuntungan produk minyak itu dihapuskan oleh komen negatif daripada Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak. Khamis lalu, beliau mendedahkan bahawa tidak perlu ada sebarang langkah baharu daripada kumpulan pengeluar minyak OPEC+ seperti mengurangkan lagi pengeluaran minyak mereka pada mesyuaratnya di Vienna pada 4 Jun. Sungguhpun begitu, mesyuarat OPEC+ masih menjadi tumpuan peserta pasaran seterusnya minggu.

 

Tinjauan Pasaran: Mei 29 – Jun 2

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada acara seperti data Nonfarm Payroll bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai kegawatan perbankan di AS bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 29 – Jun 2

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Monday – 29hb Mei 2023
N/A
Tuesday –30hb Mei 2023
22:00 USD CB Consumer Confidence (May) 99.0 101.3
Wednesday – 31hb Mei 2023
09:30 CNY Manufacturing PMI (May) 51.4 49.2
15:55 EUR German Unemployment Change (May) 24K
20:00 EUR German CPI (MoM) (May) 0.6% 0.4%
20:30 CAD GDP (MoM) (Mar) 0.2% 0.1%
20:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
22:00 USD JOLTs Job Openings (Apr) 9.775M 9.590M
Thursday –1hb Jun 2023
00:30 USD FOMC Member Harker Speaks
04:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock
09:30 AUD Retail Sales (MoM) 0.0% 0.4%
09:45 CNY Caixin Manufacturing PMI (May) 50.3 49.5
15:55 EUR German Manufacturing PMI (May) 42.9 42.9
16:30 GBP Manufacturing PMI (May) 46.9 46.9
17:00 EUR CPI (YoY) (May) 7.0% 7.0%
17:30 EUR ECB President Lagarde Speaks
19:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
20:30 USD ADP Nonfarm Employment Change (May) 170K 296K
20:30 USD Initial Jobless Claims 235K 229K
22:00 USD ISM Manufacturing PMI (May) 47.0 47.1
23:00 CrudeOIL Crude Oil Inventories -12.456M
Friday –2hb Jun 2023
20:30 USD Average Hourly Earnings (MoM) (May) 0.4% 0.5%
20:30 USD Nonfarm Payrolls (May) 180K 253K
20:30 USD Unemployment Rate (May) 3.5% 3.4%

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.