83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Jun 2020                         Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 29 – Julai 3

Reviu Pasaran (Forex): Jun 22 – 26

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup harganya pada 97.40. Aset selamat Dolar AS telah menerima momentum bullish yang ketara susulan dengan penyataan daripada Penasihat Rumah Putih Navarro telah mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan di antara A.S. dan China. Selain itu, peningkatan yang ketara dalam jangkitan kes-kes koronavirus di seluruh dunia juga meningkatkan permintaan ke atas Dolar AS yang lanjutnya.

 

Pada minggu yang lalu, Penasihat perdagangan rumah putih Peter Navarro telah memberitahu FOX News dalam wawancara bahawa hubungan di antara A.S. dan China telan menjadi semakin teruk susulan dengan China tidak membunyikan penggera awal mengenai wabak koronavirus. Sentimen tersebut telah memberikan prospek negatif yang lanjutnya sambil mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti Dolar AS. Namun, Peter Navarro telah malu-malu menarik balik tuntutannya tidak lama selepas beliau membuat pernyataan tersebut dan menekankan bahawa pernyataannya diambil “di luar konteks”. Presiden A.S Donald Trump juga menegaskan bahawa tuntutan Navarro adalah salah dan mengulangi bahawa perjanjian perdagangan di antara A.S. dan China masih tetap utuh. Kekeliruan tersebut telah mencetuskan ketidakstabilan untuk pasaran kewangan pada awal minggu yang lalu.

 

Untuk segi data-data ekonomi di A.S, Dolar AS telah meningkat selepas data yang positif dari rantau A.S. telah dibebaskan. PMI perkhidmatan dari rantau A.S. telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 37.5 ke bacaan sebanyak 46.7 untuk bulan Jun. Selain itu, A.S. Core Durable Goods Order telah meningkat sebanyak 4% ke bacaan sebanyak 15.8%. Walau bagaimanapun, data pekerjaan seperti A.S. Initial Jobless Claims yang negatif telah meningkatkan sebanyak 1.48M, mengurangkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di A.S.

 

Walau bagaimanapun, para pelabur masih khuatir bahawa wabak koronavirus akan memusnahkan perkembangan ekonomi di A.S., yang selanjutnya mengehadkan keuntungannya ke atas Dolar AS. Pada masa kini, kes-kes koronavirus dari rantau A.S. telah mencapai sebanyak 2,547,876 orang.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 107.21. Untuk segi data-data ekonomi, sektor perkhidmatan di Jepun menyaksikan kemajuan dengan PMI dari rantau Jepun telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 26.5 ke bacaan sebanyak 42.3. Namun, PMI sektor pembuatan telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 38.4 ke bacaan sebanyak 37.8, yang mencetuskan beberapa reaksi campuran. Namun, kadar inflasi tahunan Tokyo tetap stabil di mana CPI yang tidak termasuk makanan memberikan bacaan kekal pada 0.2%. Walau bagaimanapun, statistik telah memberikan reaksi yang lemah kerana pengaruh selera risiko pasaran

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1217. Untuk data-data ekonomi, kebanyakan data-data ekonomi dari Eropah telah memberikan bacaan yang positif. Manufacturing dan Service PMI dari Perancis telah meningkat ke atas 50 sementara Jerman dan zon Euro juga menyaksikan peningkatan. Eurozone Composite PMI telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 31.9 ke bacaan sebanyak 47.5 manakala Jerman Business Climate telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 85 ke 86.2 Namun, Euro telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko yang akibat daripada wabak koronavirus dan ketidakstabilan di antara A.S. dan China.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2331. Paun Sterling telah mencatat kerugiannya yang ketara walaupun terdapat data-data ekonomi yang positif dari rantau UK susulan dengan ketidakpastian untuk perjanjian perdagangan mengenai pasca-Brexit dan juga wabak koronavirus. Untuk segi data ekonomi, UK Service Sector telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 29.0 ke bacaan sebanyak 47.0 manakala Manufacturing PMI memberikan bacaan sebanyak 50.1 yang meningkatkan harapan untuk pemulihan ekonomi di UK. Walau bagaimanapun, ketidakpastian mengenai Brexit dan juga kebimbangan terhadap gelombang kedua wabak koronavirus telah mencetuskan penjualan yang ketara ke atas pasangan tersebut.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 22 – 26

GOLD

Harga emas telah melanjutkan keuntungannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1771.13 se troy auns. Komoditi aset selamat seperti emas telah menerima momentum bullish yang lanjutnya susulan dengan peningkatan kes-kes wabak koronavirus di seluruh dunia telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti emas. Tambahan pula, ketegangan di antara A.S dengan beberapa negara lain seperti China dan Eropah juga telah meningkatkan permintaan emas yang lanjutnya. Untuk wabak koronavirus, pada masa kini jumlah untuk kes-kes wabak koronavirus di seluruh dunia telah mencapai 9,884,192 orang pada hari Jumaat yang lalu. Jumlah keseluruhan telah meningkat sebanyak 1,126,459 secara global, yang juga lebih tinggi daripada kenaikan sebelumnya sebanyak 1,039,054 dalam jangkitan baru.

 

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi  sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $38.18 se tong. Walaupun kebimbangan terhadap wabak koronavirus masih tetap di pasaran kewangan, sentimen optimisme terhadap harapan untuk pemulihan permintaan telah membayangi sentimen negatif.

 

Bagi data-data ekonomi untuk minyak mentah, American Petroleum Institute (API) telah melaporkan bahawa inventori minyak mentah dari rantau A.S. telah memberikan bacaan sebanyak 1.749M, lebih buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu 299,000. Tambahan pula, Energy Information Association (EIA) telah menunjukkan bahawa inventori komoditi tersebut telah meningkat ke bacaan sebanyak 1.442M untuk minggu yang lalu. Walau bagaimanapun, keyakinan pasaran terhadap pemulihan permintaan tetap kukuh telah mengekalkan harga komoditi tersebut. Menurut kepada data satelit, jumlah lalu lintas kenderaan di A.S., Eropah dan Asia mulai meningkat dengan musim panas. Perjanjian pemotongan daripada OPEC+ juga memberikan momentum bullish yang lanjutnya ke atas komoditi tersebut. Menurut kepada laporan, OPEC dan alliesnya telah mencapai kepatuhan keseluruhan sebanyak 87% terhadap perjanjian pemotongan pengeluaran minyak mentah bagi bulan Mei. Di samping itu, Rusia juga mengurangkan minyak mentahnya ke tahap terendah dalam sekurang-kurangnya 10 tahun. Justerunya, sentimen tersebut telah menunjukkan tanda bekerjasama di antara OPEC+ untuk menyelesaikan masalah bekalan berlebihan.

 

Namun, kebimbangan terhadap gelombang kedua untuk wabak koronavirus telah mengehadkan keuntungan minyak mentah manakala pada masa kini para pelabur masih akan memantau perkembangan mengenai wabak koronavirus dan juga data-data inventori minyak mentah untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Tinjauan Pasaran: Jun 29 – Julai 3

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti Non-Farm Payrolls yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 29 – Julai 3

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 29hb Jun 2020
22:00 USD Pending Home Sales (MoM) (May) 19.7% -21.8%
Selasa –30hb Jun 2020
09:00 CNY Manufacturing PMI (Jun) 50.4 50.6
14:00 GBP GDP (QoQ) (Q1) -2.0% -2.0%
17:00 EUR CPI (YoY) (Jun) 0.1% 0.1%
20:30 CAD GDP (MoM) (Apr) -12.0% -7.2%
22:00 USD CB Consumer Confidence (Jun) 91.6 86.6
Rabu – 1hb Julai 2020
07:50 JPY Tankan Large Manufacturers Index (Q2) -31 -8
07:50 JPY Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q2) -18 8
09:45 CNY Caixin Manufacturing PMI (Jun) 50.5 50.7
15:55 EUR German Manufacturing PMI (Jun) 44.6 44.6
15:55 EUR German Unemployment Change (Jun) 120K 238K
16:30 GBP Manufacturing PMI (Jun) 50.1 50.1
20:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Jun) 3,,000K -2,760K
22:00 USD ISM Manufacturing PMI (Jun) 49.0 43.1
22:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories 1.442M
Khamis – 2hb Julai 2020
02:00 USD FOMC Meeting Minutes
20:30 USD Initial Jobless Claims 1,350K 1,480K
20:30 USD Nonfarm Payrolls (Jun) 3,074K 2,509K
20:30 USD Unemployment Rate (Jun) 12.3% 13.3%
Jumaat– 3hb Julai 2020
09:30 AUD Retail Sales (MoM) (May) 16.3% -17.7%
16:30 GBP Composite PMI (Jun) 47.6 47.6
16:30 GBP Services PMI (Jun) 47.0 47.0