83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Ogos 2022                      Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 29 – September 2

 

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 22 – 26

US Dollar

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama terus berlegar berhampiran paras tertinggi 20 tahun ketika peserta pasaran sedang menunggu Jackson Hole Symposium, di mana Pengerusi Rizab Persekutuan akhirnya membentangkan pandangannya yang lama ditunggu-tunggu mengenai rancangan kenaikan kadar faedah.

 

Pada awal minggu lalu, indeks dolar diredam menjelang ucapan Jerome Powell kerana para pelabur sedang menunggu isyarat kenaikan kadar selanjutnya daripada Pengerusi Fed. Kemudian, dolar AS berjaya melanjutkan keuntungannya dengan langkah besar sebelum pasaran memasuki hujung minggu kerana Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell berikrar bahawa kenaikan kadar agresif akan diteruskan pada masa ini. Semasa Jackson Hole Symposium, Jerome Powell akhirnya membentangkan pandangannya yang telah lama ditunggu-tunggu mengenai rancangan kenaikan kadar. Beliau berkata bahawa tugas bank pusat untuk menyejukkan ekonomi yang terlalu panas belum selesai, mencerminkan bahawa Fed tidak akan berundur daripada peningkatan. kadar faedah secara agresif. Selain itu, Jerome Powell memberi amaran bahawa “untuk memulihkan kestabilan harga, langkah tersebut mungkin memerlukan mengekalkan pendirian dasar yang ketat untuk beberapa waktu kerana rekod sejarah memberi amaran keras terhadap melonggarkan dasar terlalu awal.” Powell juga mendedahkan bahawa ekonomi memerlukan kenaikan kadar yang selanjutnya dengan “satu lagi kenaikan yang luar biasa dan besar” masih berada dalam pembincangan untuk mesyuarat seterusnya. Oleh sebab kenyataan hawkish daripada Pengerusi Fed, kemungkinan kenaikan kadar 75 mata asas dalam mesyuarat September akan datang melonjak daripada bacaan minggu sebelumnya sebanyak 47.0% ke 61.0%.

 

Sementara kini, peserta pasaran akan memantau kepada data NFP yang akan datang, yang akan dikeluarkan pada malam Jumaat untuk menjangka pergerakan selanjutnya indeks dolar.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY melantun pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 138.35. Kenyataan dovish daripada Bank of Japan (BoJ) telah mendorong aliran menaik pasangan mata wang tersebut. Menurut kepada Reuters, ahli lembaga BoJ Toyoaki Nakamura mendakwa pada hari Khamis bahawa bank pusat akan mengekalkan kadar rendahnya untuk menangani kelembapan ekonomi semasa. Selain itu, beliau mengulangi bahawa pelaksanaan kenaikan kadar oleh bank pusat negara lain untuk menstabilkan risiko inflasi berkemungkinan akan menyebabkan modal daripada ekonomi sedang pesat membangun untuk mengalir keluar, yang merosot prospek ekonomi global. Oleh sebab dasar monetari Jepun kekal berbeza berbanding dengan bank pusat lain, peserta pasaran cenderung untuk mengalihkan modal mereka daripada pasaran Jepun serta memerhati mata wang lain.

 

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD menyusut pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 0.9915. Arah aliran keseluruhan untuk pasangan mata wang EUR/USD kekal menurun apabila dolar mengukuh di tengah-tengah penyataan hawkish daripada Pengerusi Fed, yang mengenai rancangan kenaikan kadar dalam masa terdekat. Namun, kerugian EURUSD adalah terhad susulan dengan satu siri data optimis, termasuk German Ifo Business Climate Index and data German Manufacturing. Kedua-dua bacaan akhir data adalah lebih tinggi daripada ramalan konsensus. Dengan latar belakang sedemikian, ia mengurangkan kebimbangan para pelabur terhadap risiko kemelesetan di zon Eropah.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD merosot pada minggu lepas dan menamatkan sesi pada harga 1.1620. Mata wang Pound terus dijual oleh para pelabur di tengah-tengah Bank of England (BoE) memberi amaran bahawa ekonomi UK berkemungkinan akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun ini dan kemelesetan tersebut dijangka akan berlarutan selama lebih daripada setahun. Dengan itu, risiko kemelesetan yang berpanjangan telah menekan nilai mata wang UK, serta meletakkan prospek pound dalam keadaan mendung. Selain itu, pengukuhan indeks dolar telah mendorong para pelabur untuk membeli mata wang AS, dan akhirnya, menyebabkan nilai pasangan mata wang menjunam dengan ketara.

 

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 22 – 26

GOLD

Harga emas berlegar di bawah paras 1770 dan menutup harga pasarannya pada $1730 se-troy auns pada hari Jumaat lepas. Walaupun ketegangan geopolitik masih berterusan, harga emas masih mengalami tekanan kerana penyataan hawkish daripada Jerome Powell mengatasi kebimbangan pasaran terhadap risiko kemelesetan. Pada hari Jumaat yang lalu, Pengerusi Rizab Persekutuan telah memberikan ucapan yang ditunggu-tunggu dalam acara Jackson Hole Symposium. Beliau mengulas bahawa tekanan inflasi adalah jauh daripada sasaran jangka panjang Fed. Oleh itu, satu lagi kenaikan kadar faedah besar masih berada dalam perbincangan untuk mesyuarat akan datang. Selain itu, perbincangan nuklear antara AS dan Iran hampir mencapai kesepakatan, sentimen menolak risiko pasaran berkurangan dan menyebabkan para pelabur melarikan diri ke produk kewangan berisiko lain.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah melonjak dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $92.85 setong. Harga minyak mentah berlarutan antara $90 dan $95 setong kerana sentimen pasaran bercampur-campur sepanjang minggu lalu. Pada awal minggu lalu, perbincangan nuklear semakin hampir untuk mencapai persetujuan, di mana AS mungkin menghapuskan semua sekatan eksport minyak ke atas Iran pada masa hadapan, yang menyebabkan harga minyak untuk merosot dengan ketara. Selain itu, Saudi Arab berikrar bahawa OPEC+ berkemungkinan akan mengurangkan pengeluaran minyak jika AS menghapuskan sekatan minyak sebagai langkah untuk memastikan kestabilan pasaran minyak. Selain itu, ahli OPEC+ lain United Arab Emirates (UAE) turut menyokong pendapat bahawa OPEC+ boleh mengurangkan pengeluaran minyak jika perlu.

 

Tinjauan Pasaran: Ogos 29 – September 2

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti data Nonfarm Payrolls bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 29 – September 2

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 29hb Ogos 2022
All Day GBP United Kingdom – Bank Holiday
09:30 AUD Retail Sales (MoM) (Jul) 0.3% 0.2%
Selasa – 30hb Ogos 2022
22:00 USD CB Consumer Confidence (Aug) 97.5 95.7
22:00 USD JOLTs Job Openings (Jul) 11.000M 10.698M
Rabu – 31hb Ogos 2022
09:30 CNY Manufacturing PMI (Aug) 49.2 49.0
15:55 EUR German Unemployment Change (Aug) 27K 48K
17:00 EUR CPI (YoY) (Aug) 9.0% 8.9%
20:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Jun) 200K 128K
20:30 CAD GDP (MoM) (Jun) 0.1% 0.0%
22:30 USD Crude Oil Inventories -0.933M -3.282M
Khamis – 1hb September 2022
09:45 CNY Caixin Manufacturing PMI (Aug) 50.2 50.4
15:55 EUR German Manufacturing PMI (Aug) 49.8 49.8
16:30 GBP Manufacturing PMI (Aug) 46.0 46.0
20:30 USD Initial Jobless Claims 249K 243K
22:00 USD ISM Manufacturing PMI (Aug) 52.0 52.8
Jumaat – 2hb September 2022
20:30 USD Nonfarm Payrolls (Aug) 285K 528K
20:30 USD Unemployment Rate (Aug) 3.5% 3.5%

 

 

Risk Statement:

 

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.