83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 November 2021                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: November 29 – December 03

Reviu Pasaran (Forex): November 22 – 26

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah meningkat pada minggu lepas susulan dengan nada yang hawkish daripada Fed. Indeks dolar telah menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 96.05.

 

Pada minggu yang lalu, Jerome Powell telah dicalon oleh Presiden Joe Biden untuk melanjutkan perkhidmatannya sebagai pengerusi Fed. Pencalonan Powell oleh Biden untuk meneruskan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Fed telah meningkatkan optimisme pasaran terhadap dolar AS kerana para pelabur percaya bahawa Powell akan berpegang kepada rancangan sebelumnya untuk mengetatkan dasar monetari. Peningkatan tekanan inflasi di US telah memenuhi isyarat Fed untuk meningkatkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan. Tambahan pula, dalam proses penyediaan rangka kerja bagi dasar kewangan, ahli-ahli Fed telah bersiap sedia untuk menyelaraskan jumlah pengurangan pada program pembelian bon sambil meningkatkan sasaran kadar faedah sekiranya tahap inflasi mencecah paras tinggi bagi tempoh masa yang lebih lama. Selepas pengeluaran minit mesyuarat, Fed Rate Monitor Tool memaparkan bahawa para pelabur menjangkakan peningkatan kadar faedah sekurang-kurangnya 3 kali bagi tahun 2022.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah mengalami momentum bullish pada minggu lepas sementara mengakhiri sesi Jumaat lepas pada harga 113.50. Momentum bullish secara keseluruhan untuk pasangan mata wang USD/JPY pada minggu lepas adalah disebabkan terutamanya oleh kejatuhan nilai Yen Jepun. Yen Jepun melanjutkan kerugiannya pada minggu lepas susulan dengan data ekonomi yang negatif. Menurut kepada Statistics Bureau, data Core Consumer Price Index (CPI) Tokyo Jepun telah mencatat bacaan sebanyak 0.3%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.4%. Menurut kepada Ministry of Economy, Trade and Industry, data Retail Sales Jepun telah mencatat bacaan sebanyak 0.9%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 1.1%.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah menyusut sepanjang minggu lalu sementara mengakhiri sesi minggu lepas pada harga 1.1325. Momentum keseluruhan untuk pasangan EUR/USD kekal bearish di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap peningkatan dalam jangkitan Covid-19 di Eropah. Disebabkan oleh kes yang semakin meningkat, Austria menjadi negara pertama di Eropah Barat yang melaksanakan semula sekatan penuh COVID-19 mulai Isnin. Peningkatan kes koronavirus di Jerman telah mendorong kerajaan untuk melarang individu yang belum menerima sebarang vaksin ke tempat awam. Selain itu, komen yang dovish daripada presiden ECB Christine Lagarde juga mencetuskan tekanan yang lebih lanjut untuk pasangan itu.Beliau juga menekankan bahawa keadaan ekonomi semasa masih tidak mencukupi bagi bank untuk membuat pertimbangan dalam meningkatkan kadar faedah kerana bimbang ia akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Eropah.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah merosot minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.3360. Mata wang paun sterling telah merosot sepanjang minggu lepas di tengah-tengah kekurangan perkembangan yang positif dalam Brexit. Mengikuti perkembangan terkini, jurucakap kerajaan UK menyatakan bahawa PM UK telah memberitahu PM Ireland bahawa beliau bimbang tentang jurang yang besar yang kekal antara UK dan EU dalam pelaksanaan Protokol Ireland Utara. Sebaliknya, Badan Persatuan Perikanan Perancis menyatakan bahawa mereka masih belum mendapat lesen yang mereka inginkan, oleh itu persatuan tersebut menyatakan bahawa nelayan Perancis akan mengambil tindakan untuk menyekat pelabuhan Perancis dan terowong Channel. Sekatan tersebut akan mengganggu perdagangan antara perdagangan UK dan EU dan berkemungkinan memburukkan lagi gangguan rantaian bekalan yang sudah melanda ekonomi UK.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 22 – 26

GOLD

Harga emas telah merosot pada minggu lepas dengan harga $1791.80 se troy auns di tengah-tengah jangkaan hawkish daripada Fed. Pencalonan Jerome Powell untuk melanjutkan perkhidmatannya sebagai pengerusi Fed diikuti dengan nada hawkish daripada mesyuarat FOMC telah meningkatkan spekulasi pasaran bahawa Fed akan meningkat kadar faedahnya lebih awal daripada jangkaan. Kenaikan kadar faedah akan mengurangkan pengaliran mata wang dalam pasaran kewangan secara global. Ia juga akan mengurangkan risiko inflasi pada masa hadapan serta mengurangkan permintaan emas sebagai aset yang selamat. Setakat ini, para pelabur akan meneliti perkembangan yang lanjut tentang Covid-19 untuk mengukur permintaan emas sebagai perlindungan daripada risiko inflasi.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah jatuh dengan ketara pada minggu lalu di tengah-tengah kebimbangan terhadap bekalan minyak yang berlebihan pada suku pertama tahun depan semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $68.20 setong semasa penulisan. Presiden A.S. Joe Biden baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk mengeluarkan berjuta-juta tong minyak daripada rizab strategik selepas penyelarasan dengan negara pengguna besar lain, termasuk China, India dan Jepun sebagai usaha untuk mengurangkan harga minyak. Beberapa sumber daripada OPEC menyatakan bahawa pelepasan tersebut akan meningkatkan bekalan minyak dalam beberapa bulan akan datang. Di samping itu, pasaran minyak melanjutkan kerugiannya di tengah-tengah data inventori minyak yang bearish. Menurut kepada Energy Information Administration, inventori minyak mentah A.S. mencatat bacaan sebanyak 1.017M, lebih teruk daripada ramalan pasaran sebanyak -0.481M.

 

Tinjauan Pasaran: November 29 – December 03

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data NonFarm Payroll AS untuk menentukan dasar monetari AS yang selanjut. Selain itu, keadaan koronavirus yang berterusan juga diperhatikan oleh para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 29 – December 03

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 29hb November 2021
23:00 USD Fed Chair Powell Testifies
23:00 USD Pending Home Sales 1.00% -2.30%
Selasa – 30hb November 2021
4:05 USD FOMC Member Powell Speaks
9:00 CNY Manufacturing PMI (Nov) 49.6 49.2
16:55 EUR German Unemployment Change (Nov) -25K -39K
18:00 EUR CPI (YoY)(Nov)   4.40% 4.10%
21:30 CAD GDP (MoM)(Sep)   0.10% 0.40%
23:00 USD CB Consumer Confidence (Nov) 110.9 113.8
Tentatif USD Fed Chair Powell Testifies
Rabu – 1hb December 2021
8:30   GBP GDP (QoQ) (Q3) -2.70% 0.70%
9:45   EUR Caixin Manufacturing PMI (Nov) 50.5 50.6
16:55  EUR German Manufacturing PMI (Nov) 57.6 57.6
17:30 GBP Manufacturing PMI (Nov) 58.1 58.2
21:15 USD ADP NonFarm Employment Change (Nov) 525K 571K
22:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
23:00 USD Fed Chair Powell Testifies
23:00 USD ISM Manufacuturing PMI (Nov) 61 60.8
23:30 USD Crude Oil Inventories -0.481M 1.017M
Khamis –2hb December 2021
8:30   AUD Retail Sales
21:30   USD Initial Jobless Claims 250K 199K
Jumaat – 3hb December 2021
17:30   GBP Composite PMI (Nov) 57.6 57.7
17:30 GBP Service PMI (Nov) 58.6 58.6
21:30 USD Nonfarm Payroll (Nov) 550K 531K
21:30 USD Unemployment Rate (Nov) 4.50% 4.60%
21:30  CAD Employment Change (Nov) 40.0K 31.2K
23:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Nov) 65 66.7