83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Mei 2022                        Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 30 – Jun 3

 

Reviu Pasaran (Forex): Mei 23 – 27

US Dollar

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan kerugiannya berikutan latar belakang data ekonomi bearish baru-baru ini, yang menyebabkan hasil Perbendaharaan AS merosot. Walaupun begitu, para pelabur harus memantau kepada lebih banyak data ekonomi dari AS untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 101.50.

Dolar AS merosot di tengah-tengah jangkaan kenaikan kadar yang berkurangan daripada Rizab Persekutuan serta data inflasi dan perbelanjaan pengguna yang bertambah baik terus meredakan kebimbangan kemelesetan, yang mencetuskan peralihan sentimen ke arah aset berisiko. Menurut kepada data terkini, walaupun kadar inflasi pada masa kini terus meningkat pada bulan April, ia meningkat kurang daripada beberapa bulan kebelakangan ini. Department of Commerce AS melaporkan bahawa indeks harga PCE AS hanya meningkat sebanyak 0.2%, keuntungan terkecil sejak November 2020 selepas melonjak sehingga 0.9% pada bulan Mac. Selain itu, hasil pada nota Perbendaharaan 10 tahun penanda aras bergerak lebih rendah sebanyak 1 mata asas kepada 2.743%, yang mengurangkan kemungkinan selanjutnya untuk kenaikan kadar agresif dalam masa depan. Baru-baru ini, data ekonomi yang negatif telah mengurangkan sokongan untuk nada hawkish daripada Fed. Risiko inflasi telah diramalkan dengan lebih rendah, dan monetari kewangan yang semakin ketat mula menjejaskan permintaan pasaran dalam sektor utama ekonomi termasuk industri perumahan dan pembuatan.

Sebaliknya, penggubal dasar Rizab Persekutuan bersetuju bahawa Fed harus bertindak “segera” ke atas dasar monetari penguncupan mereka untuk menstabilkan kadar inflasi yang melonjak dalam asas jangka pendek. Walaupun begitu, mereka juga mengulangi bahawa Fed mungkin berada pada kedudukan yang baik untuk berhenti seketika pada keputusan kenaikan kadar pada akhir tahun ini kerana mereka menjangkakan risiko inflasi global akan mula stabil berikutan isu gangguan bekalan diselesaikan. Sementara kini, para pelabur akan terus memantau kepada maklumat terkini yang berhubung dengan keputusan dasar monetari daripada Rizab Persekutuan.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY menyusut pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 127.40. Pergerakan keseluruhan untuk pasangan USD/JPY kekal menurun di tengah-tengah kelemahan Dolar AS. Selain itu, kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemelesetan global serta risiko stagflasi juga mencetuskan peralihan dalam sentimen terhadap aset selamat seperti Yen Jepun, yang mendorong momentum bearish ke atas pasangan USD/JPY.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD melonjak pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.0570. Euro menerima momentum bullish yang ketara susulan dengan Bank Pusat Eropah melancarkan nada hawkish mereka ke arah momentum ekonomi di rantau Eropah pada minggu lepas. Menurut kepada CNBC, Presiden ECB Christine Lagarde mendakwa bahawa ECB berkemungkinan akan meningkatkan kadar depositnya daripada wilayah negatif menjelang akhir September dan boleh meningkat lagi jika ia melihat kadar inflasi tidak dapat stabil pada 2.0%. Selain itu, Euro melanjutkan keuntungannya berdasarkan latar belakang data ekonomi yang optimis. Menurut kepada Ifo Institute for Economic Research, Indeks Ifo Business Climate Jerman merekod sebanyak 93.0, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 91.4.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD meningkat pada minggu lepas dan menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.2500. Aliran bullish keseluruhan untuk pasangan GBP/USD kebanyakannya disebabkan oleh kelemahan Dolar AS. Namun begitu, keuntungan yang dialami oleh Pound Sterling dihadkan oleh data ekonomi yang lemah. Indeks Composite Purchasing Manager UK (PMI) dan Indeks  Manufacturing Purchasing Managers (PMI) UK berada pada 51.8 dan 54.6, kedua-duanya lebih teruk daripada jangkaan pasaran masing-masing pada 56.5 dan 54.9.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 23 – 27

GOLD

Harga emas melonjak pada minggu lalu dan menutup harga pasarannya pada $1854.30 se-troy auns. Harga emas menerima momentum bullish pada minggu lepas di tengah-tengah harapan yang berkurangan berikutan jangkaan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan. Di samping itu, data ekonomi negatif baru-baru ini dari Amerika Syarikat dan United Kingdom juga mencetuskan peralihan dalam sentimen ke arah aset selamat, yang merangsang momentum bullish ke atas harga emas. Namun, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada keputusan dasar monetari terkini daripada Fed untuk menjangka kemungkinan pergerakan harga emas.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah meningkat lebih tinggi dan mengakhiri sesi minggu lepas pada harga $110.80 setong. Pasaran minyak terus melanjutkan keuntungannya apabila para pelabur membuat spekulasi bahawa bekalan yang semakin ketat dan permintaan minyak yang melonjak ketika cuti hujung minggu Memorial Day bermula pada permulaan musim memandu AS apabila rakyat Amerika bercuti di jalan raya. Menurut kepada Reuters, kemenangan berturut-turut mingguan untuk harga minyak disokong oleh pertaruhan bahawa permintaan untuk minyak akan terus meningkat di tengah-tengah musim pemanduan AS bermula. Dari segi bekalan, bilangan minyak Rusia yang semakin berkurangan dalam pasaran telah menimbulkan kebimbangan selanjutnya mengenai kekurangan bekalan untuk minyak mentah. Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak mendakwa sebelum ini bahawa jumlah pengeluaran minyak dari Rusia tahun ini akan menurun sebanyak 5% hingga 8% berbanding dengan tahun sebelumnya. Selain itu, para pemimpin EU akan bertemu pada hari Isnin dan Selasa untuk membincangkan pakej sekatan baharu terhadap Rusia, para pelabur harus memantau kepada mesyuarat sidang kemuncak EU untuk menjangka kemungkinan pergerakan harga minyak mentah.

 

Tinjauan Pasaran: Mei 30 – Jun 3

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Nonfarm Payrolls bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 30 – Jun 3

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 30hb Mei 2022
All Day USD United States – Memorial Day
18:00   EUR EU Leaders Summit
Selasa – 31hb Mei 2022
9:30   CNY Manufacturing PMI (May) 48 47.4
15:55   EUR German Unemployment Change (May) -16K -13K
17:00   EUR CPI (YoY) (May) 7.70% 7.40%
18:00   EUR EU Leaders Summit
20:30   CAD GDP (MoM) (Mar)   0.50% 1.10%
22:00   USD CB Consumer Confidence (May) 103.9 107.3
Rabu – 1hb Jun 2022
9:30   AUD GDP (QoQ) (Q1) 0.70% 3.40%
9:45   CNY Caixin Manufacturing PMI (May) 46
15:55   EUR German Manufacturing PMI (May) 54.7 54.7
16:30   GBP Manufacturing PMI (May) 54.6 54.6
19:00   EUR ECB President Lagarde Speaks
20:15   USD ADP Nonfarm Employment Change (May) 300K 247K
22:00   USD ISM Manufacturing PMI (May) 54.5 55.4
22:00   USD JOLTs Job Openings (Apr) 11.400M 11.549M
22:00   CAD BoC Interest Rate Decision 1.50% 1.00%
Khamis – 2hb Jun 2022
All Day GBP United Kingdom – Bank Holiday
9:30   AUD Retail Sales (MoM) 0.90%
20:15   USD ADP Nonfarm Employment Change (May) 280K 247K
20:30   USD Initial Jobless Claims 210K 210K
23:00   USD Crude Oil Inventories -0.737M -1.019M
Jumaat – 3hb Jun 2022
All Day GBP United Kingdom – Bank Holiday
All Day HKD Hong Kong – Dragon Boat Festival
All Day CNY China – Dragon Boat Festival
20:30   USD Nonfarm Payrolls (May) 320K 428K
20:30   USD Unemployment Rate (May) 3.50% 3.60%
22:00   USD ISM Non-Manufacturing PMI (May) 56.4 57.1

 

 

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.