83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Ogos 2021              Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 30 – September 3

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 23 – 27

US Dollar

Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menjunam dengan ketara pada minggu lalu dengan latar belakang kenyataan dovish dari Fed serta data ekonomi yang lemah dari A.S pada minggu lalu. Indeks dolar telah  menutup harganya pada sesi Jumaat lalu dengan harga 92.55.

 

Dolar AS mengalami momentum penurunan yang ketara susulan dengan pengerusi Fed Jerome Powell melancarkan rancangan dasar kewangannya untuk masa depan di acara tahunan Fed Jackson Hole, Wyoming. Para pelabur telah bereaksi positif terhadap kenyataan tersebut dan meningkatkan selera risiko di pasaran kewangan global sambil mendorong para pelabur mengalihkan portfolio mereka ke aset berisiko yang lain. Menurut kepada CNBC, pengerusi Fed Jerome Powell menunjukkan bahawa bank pusat AS berkemungkinan akan mula mengurangkan beberapa dasar kewangan yang mudah sebelum akhir tahun ini, walaupun beliau melihat kenaikan kadar faedah masih kejauhan. Beliau juga menambahkan bahawa ekonomi telah mencapai titik di mana ia tidak lagi memerlukan banyak sokongan daripada dasar. Ini bermaksud bahawa Fed berkemungkinan akan memulakan pemotongan dalam program pembelian bon setiap bulan sebelum akhir tahu ini selagi kemajuan ekonomi berterusan. Walaupun begitu, Powell juga menegaskan bahawa Fed masih akan mengekalkan kadar faedah yang rendah sehingga ekonomi mencapai kemajuan yang lebih besar. Selain itu, para pelabur kekal optimis terhadap pertumbuhan ekonomi global setelah Dewan Perwakilan AS meluluskan kerangka bajet $ 3.5 trilion dan seorang pegawai kesihatan tinggi meluahkan keyakinannya untuk menangani pandemik Covid-19. Sentimen tersebut telah meningkatkan selera risiko di pasaran global yang mendorong momentum penurunan harga yang lebih tinggi untuk dolar sebagai mata wang selamat. Menurut kepada Reuters, DR. Anthony Fauci, pakar penyakit jangkitan A.S. mendakwa bahawa pandemik Covid-19 dapat dikawal pada awal tahun depan dengan bantuan kemajuan vaksinasi yang cepat di dunia.

 

Secara kesimpulannya, selera risiko yang semakin meningkat di seluruh dunia terus mendorong pergeseran sentimen terhadap aset berisiko lain, mengurangkan daya tarikan Dolar AS yang selamat. Walaupun begitu, pelabur akan terus meneliti kemas kini terbaru berkenaan dengan data ekonomi penting masa depan serta perkembangan pandemik Covid-19 untuk mengukur pergerakan kemungkinan dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah mengalami momentum penurunan pada minggu lalu dan mengakhiri pasaran pada sesi Jumaat lalu dengan harga 109.75. Momentum kejatuhan secara keseluruhan untuk pasangan USD / JPY adalah disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam selera risiko di pasaran kewangan global dan mendorong momentum kenaikan untuk Yen Jepun yang selamat. Jumlah dalam peningkatan varian Delta di seluruh dunia juga meningkatkan ketakutan terhadap pemulihan ekonomi dalam masa depan.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah meningkat sepanjang minggu dan berakhir pada sesi minggu lalu pada harga 1.1755 dengan latar belakang data ekonomi yang optimis dari wilayah Jerman. Menurut kepada Statistisches Bundesamt Deutschland, data GDP Jerman untuk suku lalu telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak -1.8% kepada 1.6%, melebihi ramalan pasaran pada 1.5%. Oleh kerana data penting tersebut lebih baik daripada jangkaan pasaran, ini telah mendorong optimisme pasar terhadap kemajuan ekonomi di rantau Eropah sambil mencetuskan harapan untuk Bank Pusat Eropah untuk mengetatkan dasar kewangannya lebih awal dari jangkaan. Dari segi Covid-19, Canselor Angela Merkel pada hari Isnin mengatakan bahawa Jerman telah memutuskan untuk berhenti menggunakan kadar jangkitan Covid-19 sebagai tolok ukur untuk memutuskan apakah sekatan harus dilancarkan untuk menangani penyebaran virus. Oleh kerana jumlah orang yang diberi vaksin sepenuhnya terus meningkat di Jerman, kerajaan sebaliknya akan memantau kemasukan ke hospital sebagai petunjuk utama untuk keputusan bagi “sekatan”. Para pelabur tetap positif bahawa tahap vaksinasi yang tinggi di rantau Eropah akan mengehadkan kebarangkalian pihak berkuasa untuk melaksanakan langkah-langkah sekatan.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD telah melonjak minggu lalu sambil menutup harga pasaran pada 1.3625. Momentum kenaikan secara keseluruhan untuk pasangan GBP / USD pada minggu lalu adalah disebabkan terutamanya oleh kejatuhan dolar AS. Walaupun demikian, oleh kerana kekurangan pemangkin yang penting dari wilayah U.K, pergerakan untuk mata wang paun sterling kekal tenang. Buat masa ini, para pelabur akan terus meneliti perkembangan yang terbaru berkenaan dengan data ekonomi penting untuk mengukur kemungkinan pergerakan untuk pasangan GBP / USD

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 23 – 27

GOLD

Harga emas telah melonjak pada minggu lalu dengan harga $1781,15 se troy auns susulan dengan pengerusi Fed A.S. Jerome Powell meluahkan nada yang dovish di simposium Jackson hole, Wyoming. Menurut kepada Reuters, beliau mendakwa bahawa Fed masih akan mengekalkan kadar faedahnya yang rendah sehingga ekonomi telah mencapai kemajuan yang lebih jauh sambil menggambarkan inflasi yang tinggi pada tempoh semasa adalah sementara sahaja yang bermaksud jangka pendek. Kenyataan seperti itu telah mendorong harapan bahawa Fed mungkin akan terus melaksanakan dasar kewangan yang longgar dalam jangka panjang dan mendorong para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke komoditi aset selamat untuk melindungi diri dari risiko inflasi di masa depan.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melonjak dengan ketara pada minggu lalu semasa menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $69.55. Pasaran minyak telah melambung dengan tinggi oleh disebabkan ketakutan terhadap kemusnahan bekalan di pelabuhan minyak AS yang kritikal. Menurut kepada Reuters, ribut Ida telah mendarat pada hari Ahad sebagai ribut Kategori 4 dan berhampiran dengan kawasan pengeluaran minyak utama, Port Fourchon, Louisiana. Selain itu, harga minyak mentah melanjutkan kenaikannya dengan latar belakang data inventori yang optimis minggu lalu. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), inventori minyak mentah  A.S. masuk pada -2.979M, lebih baik daripada ramalan pasaran pada -2.683M.

 

Tinjauan Pasaran: Ogos 30 – September 3

Bagi minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data ekonomi penting seperti Initial Jobless Claims A.S untuk menentukan arah selanjutnya. Selain itu, situasi yang berterusan dengan koronavirus juga akan menjadi perhatian para pelabur.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 30 – September 3

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 30hb Ogos 2021
22:00   USD Pending Home Sales (MoM) (Jul) 0.40% -1.90%
Selasa – 31hb Ogos 2021
09:00   CNY Manufacturing PMI (Aug) 50.2 50.4
15:55   EUR German Unemployment Change (Aug) -34K -91K
17:00   EUR CPI (YoY) (Aug) 2.80% 2.20%
20:30   CAD GDP (MoM) (Jun) 0.70% -0.30%
22:00   USD CB Consumer Confidence (Aug) 124 129.1
Rabu – 1hb September 2021
09:30   AUD GDP (QoQ) (Q2) 0.50% 1.80%
09:45   CNY Caixin Manufacturing PMI (Aug) 50.2 50.3
15:55   EUR German Manufacturing PMI (Aug) 62.7 62.7
16:30   GBP Manufacturing PMI (Aug) 60.1 60.1
20:15   USD ADP Nonfarm Employment Change (Aug) 638K 330K
22:00   USD ISM Manufacturing PMI (Aug) 58.5 59.5
22:30   USD Crude Oil Inventories -2.683M -2.979M
Khamis – 2hb September 2021
20:30   USD Initial Jobless Claims 345K 353K
Jumaat – 3hb September 2021
09:30   AUD Retail Sales (MoM) -2.70%
16:30   GBP Composite PMI (Aug) 55.4 55.3
16:30   GBP Services PMI (Aug) 55.5 55.5
20:30   USD Nonfarm Payrolls (Aug) 728K 943K
20:30   USD Unemployment Rate (Aug) 5.20% 5.40%
22:00   USD ISM Non-Manufacturing PMI (Aug) 61.8 64.1