31 Julai 2023 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 31 – Ogos 4
Reviu Pasaran (Forex): Julai 24 – 29
US Dollar
Indeks dolar AS, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, melantun semula selepas mencecah paras terendah 15 bulan semasa menutup pasaran pada harga 101.40 di tengah-tengah risiko kemelesetan di zon Eropah meningkat dan beberapa siri data ekonomi yang optimis telah dibebaskan.
Minggu lalu, pelabur menumpukan perhatian mereka pada data ekonomi AS dan Sidang Media Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC). Pada hari Selasa, Keyakinan Pengguna CB (Jul) telah meningkat daripada 110.1 ke 117.0, lebih tinggi daripada ramalan pasaran 111.8. Ini mewakili pengguna yakin dengan pasaran dan sanggup berbelanja lebih, yang boleh menyebabkan inflasi meningkat. Pada hari Khamis, indeks dolar meningkat selepas Sidang Akhbar Fed dan data ekonomi yang hebat dikeluarkan. The Fed menaikkan kadar faedah daripada 5.25% ke 5.50%, seperti yang dijangkakan oleh pelabur. Bagi keputusan kadar faedah yang akan datang, Jerome Powell berkata bahawa keputusan mereka akan bergantung kepada data, di mana ia mewakili sikap Fed terhadap kadar faedah akan menjadi “Kekal tetapi Bullish”, ia boleh menjadi keputusan kenaikan atau pemberhentian peningkatan kadar faedah pada mesyuarat FOMC September. Selepas itu, Fed berkata mereka tidak lagi menjangkakan kemelesetan di AS tahun ini.
Dari segi data ekonomi, KDNK suku kedua AS juga meningkat daripada 2.0% ke 2.4%, lebih tinggi daripada ramalan pasaran sebanyak 1.8%. Untuk pesanan barangan tahan lama Teras AS kekal pada 0.6%, tetapi masih lebih tinggi daripada ramalan pasaran sebanyak 0.0%. Data ini mewakili keadaan ekonomi AS lebih aktif daripada jangkaan dan sektor pembuatan semakin berkembang. Selain itu, tuntutan pengangguran awal telah menurun daripada 228k ke 221k, di bawah ramalan pasaran 235k. Ini merupakan minggu ke-2 berturut-turut bahawa tuntutan pengangguran awal adalah lebih rendah daripada ramalan, menunjukkan bahawa pasaran buruh kekal berdaya tahan.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY melanjutkan kerugiannya minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 140.70. Jumaat lalu, IHP Julai Tokyo meningkat 3.2% y/y, tidak berubah daripada Jun tetapi masih lebih kukuh daripada jangkaan 2.9% y/y. IHP Teras Tokyo meningkat 4.0% y/y, lebih kukuh daripada jangkaan 3.7% y/y, menyegarkan rekod pertumbuhan terbesar dalam hampir 40 tahun. BoJ kekal sebagai keputusan kadar faedah pada -0.1% seperti yang diramalkan pasaran. Selain itu, yen berundur disebabkan komen dovish daripada Gabenor BoJ Ueda dan pelarasan kawalan keluk hasilnya daripada 0.5% ke 1.0%. BoJ menawarkan untuk membeli hutang 10 tahun pada 1.0% setiap hari, menggandakan sasaran atas julat hasil.
EUR/USD
Pasangan mata wang EUR/USD melanjutkan kerugiannya minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.1015. Euro merosot apabila zon Jerman, Perancis dan Euro mengeluarkan data PMI yang lebih lemah daripada jangkaan. 3 Data PMI ini berada di bawah ramalan pasaran dan menurun daripada bulan sebelumnya, yang mewakili aktiviti pembuatan semakin ketat. Selain itu, Bank Pusat Eropah (ECB) telah meningkatkan 25 mata asas kadar faedah daripada 4.0% ke 4.25%, sejajar dengan ramalan pasaran. Presiden ECB Lagarde telah berkata bahawa pegawai ECB akan mengekakan sikap yang lebih terbuka terhadapnya dalam keputusan kadar faedah ECB yang akan datang. Oleh itu, ia mewakili ECB sama ada akan menaikkan atau mengekalkan kadar faedahnya dalam mesyuarat itu. Pada hari Jumaat, Jerman dan Perancis telah mengeluarkan KDNK suku kedua, menyebabkan EUR/USD melantun semula. Bagi KDNK Jerman, ia telah meningkat daripada -0.3% ke -0.2%, tetapi masih di bawah ramalan pasaran sebanyak 0.1%, manakala KDNK Perancis telah meningkat daripada 0.1% ke 0.5%, lebih tinggi daripada ramalan pasaran 0.1%.
GBP/USD
Pasangan mata wang GBP/USD telah didagangkan dengan rata minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.2840. Isnin lepas, UK mengeluarkan S&P Global/CIPS UK Manufacturing PMI yang di mana telah menurun daripada 46.5 ke 45.0, di bawah ramalan pasaran 46.1. Khamis lepas, AS mengeluarkan laporan suku kedua telah meningkat daripada 2.0% ke 2.4%, lebih tinggi daripada ramalan pasaran sebanyak 1.8%. Prestasi cemerlang ini menjadikan pasangan mata wang mengalami kejatuhan yang mendalam apabila pelabur membandingkan keadaan ekonomi UK dengan keadaan ekonomi AS. Untuk pasaran buruh, tuntutan pengangguran awal telah menurun daripada 228k ke 221k, di bawah ramalan pasaran 235k, mencerminkan bahawa pasaran buruh AS kekal berdaya tahan. Pada hari berikutnya, pasangan mata wang itu mula melantun semula disebabkan indeks harga PCE Teras AS telah menurun daripada 4.6% kepada 4.1%, di bawah ramalan pasaran sebanyak 4.2%.
Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 24 – 29
GOLD
Harga emas jatuh semasa menutup harga pasarannya pada 1957.50. Ketika AS mengejutkan pelabur dengan data ekonominya yang lebih baik, indeks dolar meningkat minggu lepas. Pada hari Khamis, harga emas telah jatuh sekitar $21 disebabkan oleh data ekonomi AS yang belum jelas. KDNK suku kedua AS telah meningkat daripada 2.0% ke 2.4%, lebih tinggi daripada ramalan pasaran sebanyak 1.8%. Untuk pesanan barangan tahan lama Teras AS kekal 0.6%, tetapi lebih tinggi daripada ramalan pasaran sebanyak 0.0%, yang mewakili ekonomi AS berkembang secara mengejutkan. Untuk pasaran buruh, tuntutan pengangguran awal telah menurun daripada 228k ke 221k, di bawah ramalan pasaran 235k, mencerminkan bahawa pasaran buruh AS kekal berdaya tahan. Pada hari Jumaat, harga Emas telah meningkat sekitar $11 disebabkan oleh indeks harga PCE Teras telah menurun daripada 4.6% ke 4.1%, di bawah ramalan pasaran sebanyak 4.2%. Pengukuhan dolar AS telah menyebabkan penurunan harga emas.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup harga pasarannya pada 80.30. Sejak April anggota OPEC+ termasuk Arab Saudi dan Rusia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 500,000 tong sehari pada bulan Ogos yang telah menyebabkan harga minyak mentah melonjak apabila bekalan berkurangan. Walaupun pengeluaran minyak mentah telah menurun, tetapi China telah mengimport rekod tertinggi minyak mentah pada bulan Jun, di mana China meningkatkan simpanan minyak mentahnya ke paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun. Pengimport terbesar dunia itu menambah 2.1 juta tong sehari (bpd) pada Jun daripada 1.77 bpd pada Mei. Selain itu, keyakinan ekonomi yang semakin meningkat juga salah satu faktor yang menyebabkan harga minyak mentah melonjak kerana pelabur percaya China akan mengeluarkan beberapa pakej rangsangan ekonomi dalam beberapa minggu akan datang. Bukan sahaja pakej rangsangan ekonomi China, ekonomi AS juga berkembang lebih kukuh, yang ditunjukkan oleh KDNK suku kedua, mendorong keyakinan dalam pasaran minyak.
Tinjauan Pasaran: Julai 31 – Ogos 4
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti NFP AS, Kadar pengangguran, keputusan kadar faedah BoE dan RBA bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai perbincangan antara AS dan China bagi menilai keadaan ekonomi.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: 31hb Julai – 4hb Ogos
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 31hb Julai 2023 | |||||
09:30 | CNY | Chinese Composite PMI (Jul) | – | – | 52.5 |
09:30 | CNY | Manufacturing PMI (Jul) | – | 49.2 | 49.0 |
09:30 | CNY | Non-Manufacturing PMI (Jul) | – | – | 53.2 |
17:00 | EUR | CPI (YoY) (Jul) | – | 5.3% | 5.5% |
Selasa – 1hb Ogos 2023 | |||||
09:45 | CNY | Caixin Manufacturing PMI (Jul) | – | 50.3 | 50.5 |
12:30 | AUD | RBA Interest Rate Decision (Aug) | – | 4.35% | 4.10% |
15:55 | EUR | HCOB Germany Manufacturing PMI (Jul) | – | 38.8 | 40.6 |
16:30 | GBP | S&P Global/CIPS UK Manufacturing PMI (Jul) | – | 45.0 | 46.5 |
16:30 | CrudeOIL | API Weekly Crude Oil Stock | – | – | 1.319M |
17:00 | EUR | Unemployment Rate (Jun) | – | 6.5% | 6.5% |
22:00 | USD | ISM Manufacturing PMI (Jul) | – | 46.5 | 46.0 |
22:00 | USD | JOLTs Job Openings (Jun) | – | 9.620M | 9.824M |
Rabu – 2hb Ogos 2023 | |||||
20:15 | USD | ADP Nonfarm Employment Change (Jul) | – | – | 497K |
22:30 | CrudeOIL | Crude Oil Inventories | – | -0.071M | -0.600M |
Khamis – 3hb Ogos 2023 | |||||
19:00 | GBP | BoE Interest Rate Decision (Aug) | – | 5.25% | 5.00% |
19:00 | GBP | BoE MPC Meeting Minutes | – | – | – |
19:30 | GBP | BoE Gov Bailey Speaks | – | – | – |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 227K | 221K |
21:45 | USD | S&P Global Composite PMI (Jul) | – | 52.0 | 53.2 |
21:45 | USD | S&P Global US Services PMI (Jul) | – | 52.4 | 54.4 |
22:00 | USD | ISM Non-Manufacturing PMI (Jul) | – | 52.1 | 53.9 |
Jumaat – 4hb Ogos 2023 | |||||
09:30 | AUD | RBA Monetary Policy Statement | – | – | – |
20:30 | USD | Average Hourly Earnings (MoM) (Jul) | – | 0.3% | 0.4% |
20:30 | USD | Nonfarm Payrolls (Jul) | – | 184K | 209K |
20:30 | USD | Unemployment Rate (Jul) | – | 3.6% | 3.6% |
Risk Statement:
Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.