83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Ogos 2020                      Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 31 – September 4

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 24 – 29

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan kerugiannya pada minggu yang lalu susulan dengan peningkatan kes-kes koronavirus yang mendadak dari rantau Amerika Syarikat dan juga penyataan Bank Pusat AS yang dovish telah mengurangkan keyakinan pasaran ke atas perkembangan ekonomi di A.S, yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang ketara ke atas Dolar AS. Pada hari Jumaat yang lalu, Indeks dolar telah menutup harganya pada 93.23.

 

Menurut kepada Reuters, Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell, beliau menegaskan bahawa Bank Pusat AS akan terus melancarkan rangsangan ekonomi baru yang agresif untuk memberangsangkan kadar pekerjaan dan inflasi di Amerika Syarikat. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa Bank Pusat AS akan berusaha untuk mencapai sasaran inflasi rata-rata pada 2% sambil memastikan kadar pekerjaan tidak akan menyusut dengan ketara dalam jangka panjang. Kadar faedah yang sangat rendah dan juga kebimbangan mengenai pernyataan dovish telah mengurangkan daya tarikan Dolar AS, sementara tahap jangkitan koronavirus yang agak tinggi juga mencetuskan keraguan terhadap pemulihan ekonomi AS berbanding dengan negara lain. Untuk setakat ini, para pelabur akan memantau perkembangan mengenai data-data ekonomi yang lanjutnya dari AS dan juga vaksin koronavirus untuk menjangkakan pergerakan ke atas pasangan tersebut.

 

Dari segi data ekonomi, kebanyakan data-data ekonomi dari rantau A.S. telah memberikan bacaan yang suram pada minggu yang lalu, walaupun beberapa beberapa hasilnya adalah lebih baik daripada jangkaan pasaran. Wabak koronavirus telah memusnahkan perkembangan ekonomi di AS dengan ketara sementara berjuta-juta orang Amerika telah menghilang pekerjaan mereka susulan krisis pandemik tersebut. Menurut kepada Department of Labor, A.S. Initial Jobless Claims telah memberi bacaan sebanyak 1,006K, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu 1,000K. Sementara itu, Conference Board melaporkan bahawa A.S CB Consumer Confidenced telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 91.7 ke bacaan sebanyak 84.8, yang juga lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu 93.0. Sementara itu, A.S. Gross Domestik Produk (GDP) telah juga menyusut dengan mendadak dari bacaan terdahulu sebanyak -5.0% ke bacaan sebanyak -31.7%. Walau bagaimanapun, indeks dolar telah mengehadkan kerugiannya selepas beberapa data-data ekonomi telah dibebaskan. Menurut kepada National Association of Realtors, the U.S. Pending Home Sales dan U.S. Core Durable Goods orders untuk bulan yang lepas telah memberi bacaan sebanyak 5.9% dan 2.4%, lebih baik berbanding jangkaan pasaran masing-masing pada 3.0% dan 2.0%.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 105.35. Yen Jepun telah menerima momentum bullish dengan ketara selepas Perdana Menteri Jepun mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatannya susulan dengan keadaan kesihatan badannya yang semakin teruk. Menurut berita terbaru, Shinzo Abe yang berusia 65 tahun telah memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana dia telah berjuang dengan jangkitan usus sejak beberapa tahun yang lalu. Kembali ke tahun 2012, Shinzo Abe telah memperkenalkan dasar ekonomi yang dikenali sebagai “Abenomic” di Jepun. Secara terperinci, Abenomics terdiri daripada pelonggaran dasar monetari dari Bank of Japan, pelan rangsangan fiskal melalui perbelanjaan kerajaan dan reformasi struktur yang bertujuan untuk menghidupkan kembali ekonomi setelah bertahun-tahun deflasi berlaku di Jepun. Walaupun impak Abenomics tidak mencapai apa yang diharapkan oleh para pelabur, namun ia tetap berjaya meningkatkan GDP ekonomi dan menstabilkan pertumbuhan ekonomi. Walaupun begitu, prospek masa depan Jepun berubah menjadi kabur ketika pelabur masih memberikan perhatian terhadap pengganti Shinzo Abe dalam latar belakang ekonomi yang masih suram.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1904. Pasangan tersebut menerima momentum bullish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh penyusutan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam Dolar A.S. Selain itu, euro telah melanjutkan keuntungannya selepas Menteri Ekonomi Jerman Altmaier menegaskan pada hari Jumaat yang lalu bahawa beliau tidak mengharapkan bahawa penutupan sektor ekonomi walaupun jangkitan koroanvirus terus meningkat. Selain itu, beliau juga mengulangi bahawa banyak industri ekonomi dari rantau Jerman telah kembali mendapat momentum, yang selanjutnya mencetuskan optimisme pasaran terhadap pemulihan ekonomi di Kesatuan Eropah.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3345. Momentum bullish untuk Paun Sterling kebanyakan didorong oleh penurunan nilai Dolar AS. Tambahan pula, Paun Sterling telah melanjutkan keuntungannya selepas Bank Pusat UK telah memberikan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di UK. Menurut kepada Reuters, Gabenor Bank Pusat UK Andrew Baily menegaskan bahawa Bank Pusat Britain mempunyai banyak peluru untuk menyokong ekonomi setelah pemusnahan yang akibat daripada wabak koronavirus. Tambahan pula, beliau juga mengulangi bahawa rangsangan monetari yang agresif sebelumnya telah berjaya untuk membantu pemulihan ekonomi dari wilayah UK. Walau bagaimanapun, hubungan di antara UK dan Eropah yang semakin teruk telah mengehadkan keuntungan yang dialami oleh pasangan GBP/USD.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 24 – 29

GOLD

Harga emas telah mencatat kerugiannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1963.26 se troy auns.  Aset selamat komoditi emas telah mencatat keuntungannya selepas Bank Pusat AS memberikan pernyataan dovish semasa pertemuan Jackson Hole Symposium. Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell mencetuskan jangkaan bahawa kadar faedah AS akan tetap rendah untuk jangka masa panjang sambil bagi mencapai kadar inflasi menjadi rata-rata 2%. Selain itu, jumlah koronavirus yang tidak dapat dihentikan juga telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat emas. Untuk setakat ini, kes-kes koronavirus di seluruh dunia telah meningkat ke bacaan yang lebih daripada 25 juta orang sementara 850,000 orang telah terbunuh oleh virus tersebut. Pada masa kini, para pelabur akan memantau perkembangan terbaru mengenai vaksin koronavirus dan juga data ekonomi AS yang lanjutnya untuk menerima isyarat dagangan.

 

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $42.95 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas data-data inventori yang positif telah dibebaskan pada minggu yang lalu. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori minyak mentah AS telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak -1.632M ke bacaan sebanyak -4.689M, lebih buruk daripada jangkaan apsaran iaitu -3.694M. Selain itu, Pemerintah AS menegaskan bahawa syarikat-syarikat tenaga utama telah mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 1.07 juta tong sehari (bdp) pengeluaran minyak mentah di Teluk Mexico A.S. di tengah- tengah ancaman berkembar dari Marco dan Tropical Storm Laura. Penyusutan dalam bekalan minyak mentah telah mendorong momentum bullish ke atas harga minyak mentah.

 

Tinjauan Pasaran: Ogos 31 – Sept 4

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus, ketegangan perang perdagangan di antara A.S. dan China, dan juga data-data ekonomi yang penting seperti UK Composite PMI dan Service PMI  yang akan dibebaskan pada minggu ini untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 31 – Sept 4

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 31hb Ogos 2020
 
09:00 CNY Manufacturing PMI (Aug) 51.2 51.1
Selasa –1hb Sep 2020
09:45 CNY Caixin Manufacturing PMI (Aug) 52.7 52.8
12:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Sep) 0.25% 0.25%
15:55 EUR German Manufacturing PMI (Aug) 53.0 53.0
15:55 EUR German Unemployment Change (Aug) 1K -18K
16:30 GBP Manufacturing PMI (Aug)  – 55.3 55.3
17:00 EUR CPI (YoY) (Aug)  – 0.2% 0.4%
22:00 USD ISM Manufacturing PMI (Aug)  – 54.5 54.2
Rabu – 2hb Sep 2020
04:30 CrudeOIL                 API Weekly Crude Oil Stock -4.524M
09:30 AUD GDP (QoQ) (Q2) -6.0% -0.3%
20:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Aug) 900K 167K
22:30 USD Crude Oil Inventories -4.689M
Khamis – 3hb Sep 2020
16:30 GBP Composite PMI (Aug) 60.3 60.3
16:30 GBP Services PMI (Aug) 60.1 60.1
20:30 USD Initial Jobless Claims 1,006K
22:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
22:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Aug) 57.0 58.1
Jumaat– 4hb Sep 2020
09:30 AUD Retail Sales (MoM) (Jul) 3.3% 2.7%
16:30 GBP Construction PMI (Aug) 58.3 58.1
20:30 USD Nonfarm Payrolls (Aug) 1,400K 1,763K
20:30 USD Unemployment Rate (Aug) 9.8% 10.2%
20:30 CAD Employment Change (Aug) 300.0K 418.5K
22:00 CAD Ivey PMI (Aug) 57.5 68.5