83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Oktober 2022                               Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 31 – November 4

 

Reviu Pasaran (Forex): Oktober 24 – 28

US Dollar

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum bearish yang ketara pada minggu lalu selepas data ekonomi yang suram telah dikeluarkan, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah aset lain. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 110.48.

 

Pada minggu lepas, Indeks Dolar AS berundur daripada paras tinggi baru-baru ini di tengah-tengah data ekonomi yang bearish. Menurut kepada Conference Board, data CB Consumer Confidence AS memcecah pada tahap 102.5, lebih rendah daripada ramalan konsensus sebanyak 106.5, yang mencerminkan keyakinan pengguna terhadap aktiviti ekonomi merosot. Data yang lebih rendah daripada jangkaan mungkin akan mendorong Fed untuk melaraskan saiz kenaikan kadar dalam mesyuarat akan datang, kata 50 mata asas untuk mengelakkan isu kemelesetan ekonomi. Selain itu, Hasil Perbendaharaan 10 tahun yang lebih rendah juga telah menekan nilai Dolar AS. Penurunan dolar berlaku apabila penanda aras hasil Perbendaharaan A.S. 10-tahun meneruskan penurunannya daripada paras tertinggi berbilang tahun minggu lepas sebanyak 4.338%, dan terakhir turun empat mata asas pada 4.0317%. Sebaliknya, peletakan jawatan Perdana Menteri UK, Liz Truss telah membawa kepada peningkatan Pound Sterling, yang menyebabkan Dolar AS menerima tekanan jualan pada awal minggu ini.

 

Namun begitu, data ekonomi optimis yang diumumkan pada hari Khamis lepas telah menghantar Dolar AS kembali ke paras yang lebih tinggi. Satu siri data seperti GDP AS dan Initial Jobless Claims AS telah memberikan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan, yang menunjukkan bahawa gambaran ekonomi dan pasaran buruh yang lebih optimistik di AS. Keadaan tersebut telah meningkatkan keyakinan pasaran untuk melabur dalam mata wang AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY melanjutkan kerugiannya pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 147.46. Pasangan tersebut menerima momentum bearish selepas kerajaan dan BoJ melaksanakan intervensi tanpa pengumuman dalam pasaran forex. Menurut kepada The Financial Times, lebih $33.6 bilion telah dijual oleh BoJ untuk menyokong Yen. Walau bagaimanapun, kerugian USD/JPY adalah terhad berikutan BoJ mengesahkan untuk mengekalkan kadar negatif untuk menyokong ekonomi yang rapuh. Sebaliknya, kenaikan kadar 75 mata asas daripada Fed dalam mesyuarat 3 November dijangka oleh para pelabur, yang menyebabkan perbezaan kadar faedah BoJ dan Fed menjadi lebih luas, yang mendorong para pelabur untuk melarikan diri dari pasaran mata wang Jepun dan membeli Dolar AS .

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD meningkat pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 0.9964. Euro menerima momentum bullish berikutan dengan data ekonomi yang optimistik telah dikeluarkan. Germany Ifo Business Climate Index pada bulan Oktober mencatatkan bacaan sebanyak 84.3, melebihi ramalan konsensus sebanyak 83.3. Data sedemikian telah memberi tanda pengembangan ekonomi di Jerman, yang membawa prospek positif ke arah kemajuan ekonomi di Zon Euro kerana Jerman merupakan ekonomi terbesar di Eropah. Walaupun begitu, keuntungan yang dialami oleh Euro adalah terhad selepas ECB menaikkan kadarnya. Pada minggu lepas, ECB telah meningkatkan kadar faedahnya sebanyak 75 mata asas ke 2.00%, paras tertinggi sejak 2009, yang memenuhi ramalan konsensus. Namun, Euro telah berundue dari tahap 1.0095 susulan dengan perbezaan kadar antara Fed dan ECB. Sebelum ini, Fed telah menaikkan kadarnya ke 3.25%, serta kenaikan kadar 0.75% mungkin akan dilaksanakan semula dalam mesyuarat yang dijadualkan pada minggu ini. Dalam perspektif pelabur, mereka berminat untuk mengalihkan modal mereka ke arah pasaran mata wang AS untuk memperoleh keuntungan yang lebih tinggi, yang mendorong momentum bearish pada Euro.

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD melonjak pada minggu lepas sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1614. Pound menerima momentum bullish pada minggu lepas berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri UK Liz Truss. Sebelum ini, Liz Truss dan kerajaannya telah merancang untuk melaksanakan dasar pemotongan cukai yang agresif. Namun, dasar tersebut telah ditolak secara meluas oleh rakyat serta keupayaannya diragui. Oleh itu, terdapat calon baru untuk menggantikannya, yang bernama Rishi Sunak. Rishi Sunak menjadi perdana menteri ketiga Britain dalam dua bulan pada Selasa lepas, ditugaskan untuk menangani krisis ekonomi yang semakin memuncak dan parti politik yang berperang. Memandangkan Rishi Sunak cenderung untuk meningkatkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan, peserta pasaran menganggapnya sebagai seseorang yang boleh menyelamatkan ekonomi UK daripada kemelesetan dan menstabilkan pasaran kewangan pada masa hadapan.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 24 – 28

GOLD

Harga emas menurun dengan ketara pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada $1644.21 se-troy auns. Harga emas menerima momentum bearish pada minggu lepas di tengah-tengah data GDP yang lebih baik daripada jangkaan. Data tersebut telah memberikan lebih banyak ruang kepada Fed untuk menaikkan kadarnya secara agresif. Pada masa ini, kemungkinan kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas telah mencapai 81.3%. Namun, kerugian yang dialami oleh harga emas adalah terhad berikutan ucapan daripada Jawatankuasa Perbankan Senat AS. Menurut kepada Reuters, Pengerusi Jawatankuasa Perbankan Senat AS Sherrod Brown pada 25 Oktober menggesa Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell supaya mengetatkan dasar monetari dengan berhati-hati, kerana berjuta-juta rakyat Amerika sudah mengalami inflasi yang tinggi dan juga kehilangan pekerjaan. Dengan itu, Fed mungkin melaraskan saiz kenaikan kadar untuk memastikan peluang pekerjaan mereka.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah meningkat dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $88.34 setong. Harga minyak mentah menerima momentum bullish pada minggu lepas berikutan data ekonomi yang optimis. Dari segi data ekonomi, GDP China dan GDP AS telah menunjukkan angka yang bullish, yang memberikan pandangan optimistik terhadap pertumbuhan ekonomi semasa dan meningkatkan permintaan pasaran ke atas komoditi hitam ini. Selain itu, pemotongan keluaran daripada OPEC+ yang akan dilaksanakan pada bulan November telah mendorong harga minyak untuk meningkat. Namun begitu, keuntungan harga minyak adalah terhad berikutan peningkatan inventori minyak mentah. Menurut kepada API, data inventori minyak mentah AS  telah meningkat sebanyak 4.520M, lebih tinggi daripada ramalan konsensus pada 0.200M. Selain itu, data inventori Minyak Mentah EIA juga menunjukkan beberapa simpanan sepanjang minggu.

 

 

Tinjauan Pasaran: Oktober 31 – November 4

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Nonfarm Payrolls dan Fed interest rate decision bagi menentukan arah aliran pasaran Forex. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 31 – November 4

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 31hb Oktober 2022
08:30 AUD Retail Sales (MoM) (Sep) 0.6% 0.6%
09:30 CNY Manufacturing PMI (Oct) 50.0 50.1
18:00 EUR CPI (YoY) (Oct) 10.2% 9.9%
Selasa – 1hb November 2022
09:45 CNY Caixin Manufacturing PMI (Oct) 49.0 48.1
11:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Nov) 2.85% 2.60%
11:30 AUD RBA Rate Statement
17:30 GBP Manufacturing PMI (Oct) 45.8 45.8
22:00 USD ISM Manufacturing PMI (Oct) 49.9 50.9
22:00 USD JOLTs Job Openings (Sep) 10.000M 10.053M
Rabu –2hb November 2022
05:45 NZD Employment Change (QoQ) (Q3) 0.5% 0.0%
06:00 NZD RBNZ Gov Orr Speaks
06:00 NZD RBNZ Press Conference
16:55 EUR German Manufacturing PMI (Oct) 45.7 45.7
16:55 EUR German Unemployment Change (Oct) 13K 14K
20:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Oct) 190K 208K
22:30 USD Crude Oil Inventories 2.588M
Khamis – 3hb November 2022
02:00 USD FOMC Statement
02:00 USD Fed Interest Rate Decision 4.00% 3.25%
02:30 USD FOMC Press Conference
16:05 EUR ECB President Lagarde Speaks
17:30 GBP Composite PMI (Oct) 47.2 47.2
17:30 GBP Services PMI (Oct) 47.5 47.5
20:00 GBP BoE Interest Rate Decision (Nov) 3.00% 2.25%
20:30 GBP BoE Gov Bailey Speaks
20:30 USD Initial Jobless Claims 220K 217K
22:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Oct) 55.4 56.7
22:15 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Jumaat – 4hb November 2022
17:30 GBP Construction PMI (Oct) 48.0 52.3
17:30 EUR ECB President Lagarde Speaks      
20:30 USD Nonfarm Payrolls (Oct) 200K 263K
20:30 USD Unemployment Rate (Oct) 3.6% 3.5%
20:30 CAD Employment Change (Oct) 5.0K 21.1K
22:00 CAD Ivey PMI (Oct) 59.5

 

 

Risk Statement:

Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.