77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Aftermarket Report – Laporan Aftermarket

Definition of Aftermarket Report – Laporan Aftermarket

Apakah itu laporan Aftermarket?

Laporan Aftermarket adalah laporan awal oleh sesebuah syarikat setelah ia mula didagang pada bursa saham awam. Biasanya, sebelum sesebuah syarikat mula berdagang pada bursa saham, bank pelaburan akan menilai syarikat tersebut, dan menentukan bagaimana untuk menjadikan nilai tersebut kepada pecahan dalam bentuk saham yang akan dijual kepada orang awam. Setelah jualan pertama saham ini kepada pelabur-pelabur besar, dikenali sebagai pasaran utama (Primary Market). Sekiranya jualan pasaran utama telah dilaksanakan, syarikat tersebut mula dibenarkan didagang pada bursa saham utama (major), seperti New York Exchange (NYSE) atau NASDAQ. Ini berlaku apabila sebahagian pelabur awal memutuskan untuk menjual sebahagian (atau semua) saham mereka, dan mana-mana pelabur dengan apa-apa jua saiz boleh juga membelinya. Sekiranya penawaran-penawaran muncul di pasaran sekunder, syarikat tersebut akan membekalkan laporan Aftermarket, menyatakan nama syarikat, simbol ticker, tarikh penawaran, dan harga-harga penawaran dan penutupan. Biasanya, laporan Aftermarket akan membekalkan maklumat tambahan, termasuk data dan nisbah kewangan serta penerangan mengenai syarikat tersebut.

Bagaimana menggunakan laporan Aftermarket?

Laporan Aftermarket adalah sangat berguna terhadap para pelabur untuk mengukur nilai kepentingan awam awal, dan bermanfaat dari segi mencari idea yang munasabah tentang apa yang perlu dicari, dan adakah pembelian awal saham tersebut merupakan keputusan yang bijak atau tidak. Sementara, ia tidak memberi jaminan tentang hala tuju nilai pasaran syarikat tersebut pada masa depan. Pedagang CFD boleh melabur turun naik harga sahamnya dalam tempoh beberapa hari setelah laporan Aftermarket diterbitkan.
Link-link mengenai laporan Aftermarket
NASDAQ
NYSE

- A -