77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Economic Calendar – Kalendar ekonomi

Definition of Economic Calendar – Kalendar ekonomi

Apa itu Kalendar ekonomi?

Kalendar ekonomi adalah sebuah senarai terperinci mengenai peristiwa ekonomi termasuk kenyataan polisi kewangan, dan juga laporan ekonomi mingguan, bulanan dan suku tahun, serta petunjuk ekonomi yang dijangka akan mempengaruhi pasaran-pasaran perdagangan. Peristiwa-peristiwa tersebut ditunjuk secara bersusunan kronologi, dan kesemuanya dinilai pada skala 1-3 seberapa besar jangkaan impaknya terhadap pasaran-pasaran. Apabila sebuah laporan ekonomi dijadualkan, kalendar termasuk jangkaan penganalisa terhadap nombor-nombor yang akan tertera di dalam laporan, dan sama ada ianya akan mewakili peningkatan atau penurunan daripada laporan yang lalu. Kalendar ekonomi membolehkan para pedagang untuk meramal sama ada pasaran-pasaran akan menjadi Bullish atau bearish, aktif atau tidak. Dengan membuat sedemikian, ia membolehkan para pedagang untuk membangunkan strategi yang kuat berasaskan peristiwa-peristiwa yang dijadualkan, dan juga analisis fundamental melalui kalendar ini.
Klik sini untuk melayari laman kalendar ekonomi GCMAsia.

Bagaimana menggunakan Kalendar ekonomi?

Dengan membaca kalendar ekonomi dan menjana idea ramalan daripada pelbagai laporan ekonomi serta kenyataan polisi, para pedagang boleh membuat analisis fundamental secara lebih mudah. Sudah tentunya, dari setiap aspek perdagangan forex, memang tidak wujud perkara yang 100% tepat. Ramalan penganalisa berkemungkinan salah, atau tindakbalas pasaran terhadap peristiwa yang tertera di dalam kalendar ekonomi berkemungkinan berbeza dengan jangkaan, kerana faktor luaran yang tidak ternampak/terjangka. Kalendar ekonomi adalah satu peralatan yang amat berkesan untuk pedagang, dan ia harus disemak secara harian dan diikuti secara teliti.
Link mengenai Economic Calendar
Bear/Bearish
Bull/Bullish
Economic indicator

- E -