77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Pivot Point – Titik Pangsi

Definition of Pivot Point – Titik Pangsi

Apa itu Pivot Point?

Pivot Point adalah indikator analisis teknikal yang menunjukkan tren kenaikan dan penurunan, serta ramalan untuk masa sesebuah harga dijangka akan bertukar arah. Pivot Points ditentukan melalui perakaunan purata harga paras tiggin, paras rendah, pembukaan dan penutupan sesebuah aset, serta sebagai tahap sokongan dan tahap rintangan bagi tempoh perdagangan yang lalu.

Bagaimana Pivot Point mempengaruhi pedagang forex?

Sementara Pivot Point boleh digunakan untuk membantu pedagang dalam membuat keputusan jangka panjang (mingguan, ataupun bulanan), secara umumnya ia adalah untuk perdagangan intraday, yang menentukan bagaimana sesebuah harga pasaran akan bergerak pada jam-jam yang akan datang buat dagangan jangka pendek. Jika Pivot Point dilihat lebih rendah daripada harga semasa sesebuah aset, maka ia adalah sokongan harga, dan jika ia dilihat lebih rendah daripada harga semasa, maka ia adalah rintangan harga.

Pivot Points amat berguna untuk membolehkan para pedagang berupaya untuk mengenali masa yang terbaik untuk membuka dan menutup posisi dagangan pada aset-aset, serta sama ada sesebuah pasaran adalah dalam keadaan Bearish atau Bullish pada masa yang tertentu.

Terdapat dua perkara yang di mana Pivot Points ini penting untuk diingati oleh para pedagang. Pertama, pivot point adalah hanya satu daripada beberapa indikator analisis teknikal, dan adalah yang paling berkesan apabila digunakan bersama dengan peralatan analisis fundamental dan teknikal. Kedua, seperti semua indikator-indikator analisis, pivot points adalah berasaskan ramalan, maknanya pasaran tidak akan selalunya bergerak seperti yang dinyatakan oleh indikator-indikator, termasuk juga pivot points.
Link mengenai pivot point (Titik Pangsi)
Bear/Bearish
Bull/Bullish
Closing Price
Intraday Trading
Open Price
Resistance level
Support Level

- P -