24 Oktober 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar didagang dengan rata walaupun Wall Street menurun.
Dolar AS berjaya untuk mengekalkan kekuatannya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama walaupun pasaran stok AS menutup pasaran dengan lebih rendah. Prestasi Wall Street yang lemah telah mengurangkan permintaan terhadap aset yang berisiko akibat pertumbuhan ekonomi AS kelihatan merosot dan hal ini telah mendorong kepada kenaikan permintaan terhadap aset selamat seperti Yen Japan dan juga emas. Walaupun dolar juga dikenalkan sebagai aset selamat, tetapi kelemahan pasaran AS telah mendorong kepada momentum negatif indeks dolar berbanding dengan mata wang lain. Namun, sentimen negatif masih jauh sementara para pelabur menunggu pembebasan data New Home Sales untuk bulan September. Dolar AS telah menyusut sebanyak 0.03% ke 95.65 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan CAD/USD telah didagang dengan lebih rendah sebanyak 0.08% ke 1.3075 sementara para pelabur menumpukan perhatian mereka kepada keputusan kadar faedah oleh Bank Pusat Kanada pada lewat hari ini. Walaupun inflasi domestik dan juga data Retail Sales Kanada mempunyai bacaan yang lebih suram, tetapi ahli ekonomi masih menjangkakan Bank Pusat Kanada untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke 1.75%.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menokok sebanyak 0.79% ke $66.55 setong di tengah-tengah keputusan Saudi Arab untuk mengimbangkan kekurangan bekalan minyak akibat sekatan Iran. Di samping itu, harga emas menaik sebanyak 0.14% ke $1231.75.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 CAD BoC Monetary Policy Report
23:15 CAD BoC Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Oct) | 53.7 | 53.5 | – |
| 16:30 | GBP – Gross Mortgage Approvals | 39.4K | 39.0K | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Sep) | 629K | 630K | – |
| 22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.50% | 1.75% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 6.490M | 3.694M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan garisan trend menaik. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 95.75.
Tahap rintangan: 95.75, 95.90
Tahap sokongan: 95.50, 95.20

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah garisan trend tersebut.
Tahap rintangan: 1.3015, 1.3065
Tahap sokongan: 1.2955, 1.2905

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1455. MACD yang menunjukkan permulaan momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.1490 untuk masa jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1490, 1.1530
Tahap sokongan: 1.1445, 1.1430

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 112.40. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 112.70.
Tahap rintangan: 112.70, 112.90
Tahap sokongan: 112.40, 112.20

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.7100. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bullish dan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7100, 0.7145
Tahap sokongan: 0.7065, 0.7045

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6580. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 0.6580.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6605
Tahap sokongan: 0.6535, 0.6495

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.3075. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3120, 1.3185
Tahap sokongan: 1.3075, 1.3050

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari tahap rendah. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 0.9940.
Tahap rintangan: 0.9975, 1.0050
Tahap sokongan: 0.9940, 0.9925

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 67.35. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 67.35.
Tahap rintangan: 67.35, 68.50
Tahap sokongan: 66.20, 64.20

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 1229.50. MACD yang memaparkan momentum menaik yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1229.50.
Tahap rintangan: 1237.55, 1244.75
Tahap sokongan: 1229.50, 1221.35