83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Disember 2020                           Analisis Sesi Pagi

 

Paun melonjak susulan dengan peningkatan kebarangkalian mencapai perjanjian Brexit.

Paun sterling yang bertindak sebagai salah satu mata wang utama yang didagang oleh para pelabur di pasaran FX melonjak dengan ketara kerana kemungkinan mencapai kesepakatan sebelum tarikh akhir Krismas telah meningkat. Menurut diplomat EU, dia menyatakan bahawa perjanjian perdagangan Brexit sudah dekat, dan perjanjian itu berkemungkinan tinggi akan ditandatangani oleh perunding seawal malam ini. Selain itu, Suruhanjaya Eropah juga telah mendedahkan bahawa negara-negara anggota EU mungkin akan dipanggil ke satu mesyuarat dengan segera untuk menyetujui kesepakatan kerana perjanjian perdagangan Brexit telah memasuki fasa akhir. Sebelum ini, Von der Leyen dan Johnson telah bersedia untuk mengadakan sidang media pada awal hari Rabu untuk mengumumkan perjanjian itu, tetapi mereka memutuskan untuk melanjutkan pengumuman itu kerana teks sah perjanjian Brexit terlalu panjang. Setakat ini, para perunding dari kedua belah pihak masih berjuang sehingga lewat malam untuk mendapatkan kelebihan pada saat-saat terakhir, berusaha mencapai kesepakatan untuk mengelakkan situasi Hard-Brexit yang akan merosakkan perdagangan masa depan antara UK dan EU . Semasa sesi dagangan awal Asia, pasangan GBP/USD meningkat 0.14% 1.3511.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.12% ke $48.16 setong susulan dengan penurunan jumlah minyak untuk tahap inventori minggu lalu. Menurut EIA, Inventori Minyak Mentah AS turun 0.562M, sedikit lebih rendah daripada ramalan ahli ekonomi pada -3.186M. Selain itu, berita positif dari perkembangan Brexit juga meningkatkan sentimen pasaran komoditi hitam kerana Hard-Brexit akan menjejaskan perdagangan masa depan antara UK dan EU secara negatif, dan akhirnya mempengaruhi pasaran minyak mentah. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1871.90 setroy auns kerana peningkatan kebimbangan terhadap virus baru di UK.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                    Pasaran               Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM)(Nov) 1.3% 0.6%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 90.25. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 90.00.

 

Tahap rintangan: 90.25, 90.60

Tahap sokongan: 90.00, 89.60

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3535. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3470.

 

Tahap rintangan: 1.3535, 1.3620

Tahap sokongan: 1.3470, 1.3385

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2205. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2155.

 

Tahap rintangan: 1.2205, 1.2260

Tahap sokongan: 1.2155, 1.2120

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 103.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 103.00.

 

Tahap rintangan: 103.65, 104.00

Tahap sokongan: 103.00, 102.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7580. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.7580.

 

Tahap rintangan: 0.7580, 0.7635

Tahap sokongan: 0.7515, 0.7445

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.7100. MACD yang memaparkan momentum bullish yang semakin meningkat mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 0.7100.

 

Tahap rintangan: 0.7100, 0.7175

Tahap sokongan: 0.7015, 0.6960

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2850. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2770.

 

Tahap rintangan: 1.2850, 1.2950

Tahap sokongan: 1.2770, 1.2695

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.8855.

 

Tahap rintangan: 0.8915, 0.8985

Tahap sokongan: 0.8855, 0.8820

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 48.15. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 48.15.

 

Tahap rintangan: 48.15, 49.40

Tahap sokongan: 47.10, 46.20

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1862.80. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan  mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1886.00

 

Tahap rintangan: 1886.00, 1896.60

Tahap sokongan: 1862.80, 1839.60