77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Buy Limit Order – Pesanan Buy Limit

Definition of Buy Limit Order – Pesanan Buy Limit

Apa itu Buy Limit Order?

Apabila seseoragn pedagang melihat sesebuah instrumen kewangan yang dia ingin membelinya, tetapi hanya pada harga yang lebih rendah berbanding harga semasa, dia boleh membuat pesanan Buy Limit, di mana ianya akan meminta brokernya untuk membuka posisi secara automatik sekiranya dan apabila harga mencecah paras yang pedagang ini sudi membayar untuknya. Pada asasnya, ia adalah cara pedagang meminta brokernya untuk membuka sebuah posisi pada kadar yang lebih baik berbanding harga pasaran semasa.

Kelebihan membuat pesanan Buy Limit adalah pedagang yang menentukan jumlah yang dia sudi membayar untuk sesebuah aset, dan tidak perlu membayar lebih daripada jumlah tersebut. Kelemahannya adalah jika harga menjatuh menghampiri hadnya, namun belum mencecahinya sebelum melantun, maka pedagang ini tidak perlu membayar apa-apa jua jumlah, tetapi dia juga tidak sempat melaksanakan strategi dagangannya apabila harga aset ini bertukar arah.

Bagaimana pedagang menggunakan Pesanan Buy Limit?

Bayangkan seseorang pedagang melihat bahawa stok sesebuah syarikat yang dia ikuti sedang didagang pada $35 per saham, dan dia percaya bahawa apabila ia mencecah $29, maka ia akan meningkat semula. Pedagang ini boleh membuat pesanan Buy Liit untuk 100 saham bagi stok tersebut pada $30, sekiranya dan apabila harganya mencecah $30, brokernya akan membuka posisi secara automatik, dan jika ramalan pedagang ini tepat, maka dia boleh menjana keuntungan yang agak lumayan daripada 100 saham tersebut. Jika harga mencecah $32 tanpa menyentuh/mencecah serendah had paras $30, maka pesanan Liimit ini tidak akan tercetus.
Sila beri perhatian: Tiada mana-mana broker, termasuk GCMAsia , yang boleh memberi jaminan bahawa pesanan Buy Limit akan dipenuhi pada harga tepat yang diminta oleh pedagang. Sebaliknya, broker akan melaksanakan pesanan pada harga yang diminta, dan posisi akan dibuka pada harga sedia ada pertama di pasaran mulai dari masa itu. Apabila keadaan pasaran tidak menentu, slippage berkemungkinan berlaku – di mana ia adalah perubahan dalam harga – di antara masa broker melaksanakan pesanan untuk membuka posisi dan masa posisi tersebut dibuka, maka menyebabkan keuntungan lebih rendah untuk pedagang.
Link mengenai Buy Limit Order

- B -