77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Brent Crude Oil – Minyak Mentah Brent

Definition of Brent Crude Oil – Minyak Mentah Brent

Apakah itu Brent Crude Oil?

Brent crude oil adalah minyak mentah yang digerudi di salah satu daripada empat ladang minyak di Lautan Utara, di antara England, Jerman dan Scandinavia. Ia merupakan salah satu daripada dua minyak penanda aras utama di seluruh dunia, satu lagi daripadanya adalah minyak mentah WTI (West Texas Intermediate). Minyak mentah dikatakan sebagai petroleum asli yang belum ditapis, di mana ia boleh ditapis dan dijadikan beribu jenis produk, digelar sebagai petrokimia. Kegunaan biasa minyak mentah halus merangkumi petrol, diesel, minyak pemanas dan minyak tanah. Minyak mentah merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui, dan berkemungkinan memudaratkan alam persekitaran serta ekosistem dunia, oleh itu pada tahun kebelakangan ini, banyak tindakan telah diambil dalam pencarian sumber tenaga alternatif – termasuk tenaga suria dan angin – yang lebih selamat dan tidak akan kehabisan. Sebagai hasilnya, ia adalah lebih sukar untuk menentukan berapa lama lagi minyak mentah boleh dianggap sebagai komoditi kritikal. Namun, buat masa sekarang, ia semestinya adalah komoditi kritikal, dan banyak negara merupakan pembekal utamanya, termasuk Amerika Syarikat, Rusia dan Arab Saudi.
Seperti kebanyakan komoditi, secara utamanya, harga Brent dan WTI adalah berdasarkan permintaan dan penawaran, dan amat terdedah kepada faktor luaran. Sebagai contoh, jika ahli-ahli OPEC (Organization of Petroleum Exporting Countries) memutuskan untuk mengehadkan pengeluaran minyak, penawaran global akan jatuh, maka harga Brent dan WTI akan meningkat. Sebaliknya, apabila negara-negara kaya minyak (OPEC dll.) mengeluarkan jumlah minyak yang berlebihan, penawaran melebihi permintaan, maka harganya akan jatuh.

Bagaimanakah pedagang CFD dan komoditi menggunakan minyak mentah Brent?

Sementara pedagang membeli kontrak spot pada minyak mentah Brent (di mana hak miliknya bertukar tangan seketika perdagangan, dan harganya menunjukkan kos minyak nentah tersebut pada waktu itu), biasanya pedagang akan membeli kontrak futures. Dengan kontrak futures, harga kontrak adalah harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak pembeli dan penjual di mana ia dipercayai adalah harganya pada sesuatu tempoh masa akan datang yang ditentukan terlebih dahulu. Pedagang CFD minyak secara asasnya, adalah membuat ramalan bagaimana harga minyak bergerak sebelum posisi ditutup.
Link mengenai Brent Crude Oil (Minyak mentah Brent)
Futures contract
OPEC Basket
Spot
WTI crude (CL)

- B -