77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Financial Conduct Authority (FCA)

Definition of Financial Conduct Authority (FCA)

Apa itu Financial Conduct Authority (FCA)?

Financial Conduct Authority (FCA) merupakan pihak berkuasa kelakuan kewangan di United Kingdom (UK) yang mengawal selia lebih 56,000 broker kewangan (termasuk Fortrade) dan pasaran-pasaran di UK. Ia mempunyai tiga matlamat utama:

  1. Melindungi pengguna perkhidmatan kewangan UK.
  2. Mengekalkan integriti sistem kewangan UK.
  3. Menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan perkhidmatan-perkhidmatan kewangan supaya memanfaatkan para pengguna.

Secara umumnya, broker dan pasaran yang dikawal selia adalah lebih telus berbanding dengan yang tidak dikawal selia, dan apabila munculnya aktiviti yang disyaki tidak adil atau haram, para pedagang boleh meminta bantuan daripada pihak kawalan selia berkuasa untuk menuntut keadilan. Ia adalah amat penting untuk diingati bahawa, FCA tidak berkuasa terhadap mana-mana broker yang berdagang di pasaran OTC.

Bagaimana menggunakan FCA?

Langkah pertamanya adalah pedagang harus menyemak sama ada broker yang pedagang ingin gunakan, adalah dikawal selia atau tidak, tanpa mengira di negara mana broker ini ditubuhkan dan beroperasi. Kebenaran kuasa FCA untuk Fortrade boleh dilihat di sini. Dalam situasi di mana pertikaian berlaku di antara broker dengan anda, jika anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya dengan sendiri, maka anda boleh meminta sokongan penimbangtaraan daripada FCA. Jika FCA mendapati bahawa broker tersebut telah melanggar undang-undang atau panduan dan standard FCA, maka pihak kawal selia yang berkuasa akan masuk campur dan mengenakan denda, atau menarik balik kebenaran FCA daripada broker tersebut sekiranya standard mereka tidak dipenuhi.
Link mengenai FCA
Foreign Exchange Market
OTC Market

- F -