77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Foreign Exchange – Pertukaran Asing

Definition of Foreign Exchange – Pertukaran Asing

Apa itu Foreign Exchange?

Foreign Exchange (pertukaran asing), juga dikenali sebagai forex, atau FX, dirujukkan kepada pertukaran – atau pembelian – sesebuah mata wang untuk satu sama lain. Kadar pertukaran selalunya berubah-ubah (turun naik), ada kalanya banyak, ada kalanya sedikit sahaja. Kadar pertukaran selalunya diwakili secara berpasangan, dikenali sebagai psasangan mata wang. Mata wang pertama dalam pasangan ini dikenali sebagai mata wang asas dan selalunya bersamaan dengan 1. Mata wang kedua dalam pasangan ini merupakan mata wang sebut harga (quote currency), ia bersamaan dengan 1 unit daripada mata wang asas. Sebagai contoh, jika EUR/USD didagang pada 1.1150, ia bermaksud bahawa 1 Euro adalah bersamaan dengan 1.1150 Dolar A.S. Jika kadar pertukaran meningkat, ia akan bermakna Euro telah meningkat lebih kuat berbanding dengan dolar A.S, kerana 1 Euro boleh membeli lebih banyak Dolar A.S berbanding dengan masa yang lalu. Jika kadar menurun, maka bermaksud bahawa Dolar A.S telah meningkat lebih kuat berbanding Euro. Tiga jenis pasangan mata wang didagang di pasaran Forex:

  • Pasangan mata wang Utama, Dolar A.S berbanding 7 mata wang utama yang lain – Euro, Yen Jepun, Pound British, Franc Swiss, Dolar Kanada, Dolar Australia, dan Dolar New Zealand.
  • Pasangan mata wang Minor/Cross (bersilang) , berasaskan Euro, Yen Jepun, atau Pound British berbanding mata wang major yang lain, kecuali Dolar A.S.
  • Pasangan Eksotik, salah satu daripada 7 mata wang utama (major) berbanding satu mata wang yang tidak berada di dalam senarai tersebut, biasanya berjumlah volume perdagangan lebih rendah.

Bagaimana menggunakan Foreign Exchange?

Pedagang Forex membeli dan menjual mata wang asing, membuat spekulasi terhadap pergerakan harga masa depan yang berjangka pendek atau panjang. Apabila pedagang membuat poisisi Long, maknanya dia membeli sebuat mata wang, dengan jangkaan bahawa harganya akan meningkat dan dia boleh menjual balik pada harga lebih tinggi untuk menjana keuntungan. Di samping itu, pedagang boleh menjual sesebuah mata wang, atau mengambil posisi Short, menjangkai bahawa harga mata wang tersebut akan menurun dan dia boleh membeli balik unit-unit tersebut pada masa yang akan datang, membayar jumlah yang lebih rendah daripada jumlah yang diterima untuk menjualkannya.

Pedagang juga boleh berdagang pada CFD mata wang, di mana mereka tidak memiliki mata wang tersebut sebenarnya, tetapi melabur pada pergerakan harga mata wang tersebut.
Link mengenai Foreign exchange

- F -