77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Margin Call – Panggilan Amaran Margin

Definition of Margin Call – Panggilan Amaran Margin

Apakah itu Margin Call?

Jika seseorang pedagang atau pelabur mempunyai sebuah akaun yang jumlah marginnya jatuh kurang daripada keperluan margin minima broker, maka broker tersebut boleh membuat panggilan margin (margin call) terhadap akaun tersebut, di mana pelabur akan perlu sama ada membuat deposit dana tambahan ke dalam akaunnya, atau menjual sebahagian pegangan saham yang dilabur olehnya dalam bentuk loan pada permulaan pelaburan. Selain daripada ini, broker mempunyai hak kuasa untuk menjual sebahagian pegangan saham pelabur tersebut, walaupun tanpa keizinannya, untuk menebus perbezaannya.

Sebagai contoh, jika seseorang pedagang ingin membeli 500 saham yang bernilai $50 per saham. Jika pedagang ini tidak mempunyai $25,000 yang wajib untuk membeli saham-saham tersebut, pelabur ini boleh menggunakan separuh ekuitinya, dan meminjam separuh lagi daripada broker. Kebanyakan broker mewajibkan margin penyelenggaraan (maintenance margin) sebanyak 25%, di mana nilai ekuiti – jumlah yang pedagang ini letak pada saham-saham tersebut, mesti bernilai sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah nilai saham-saham tersebut. Jika saham tersebut dibuktikan adalah pelaburan yang bijak, dan nilainya meningkat, pelabur ini boleh menjana keuntungan yang ‘cantik’, dan membayar balik loannya kepada broker. Namun begitu, bayangkan jika nilai saham tersebut jatuh ke $30 – pelaburan awal yang bernilai $25,000 itu kini hanya bernilai $15,000. Jumlah yang diberi loan oleh broker kekal sama, tetapi ekuiti yang dilabur oleh pedagang ini kini hanya bernilai $2,500, di mana ia kurang daripada margin penyelenggaraan yang berjumlah $3,750 (25% daripada nilai semasa $15,000).

Sekarang, broker boleh (dan berkemungkinan tinggi akan) membuat panggilan margin, mewajibkan pedagang untuk sama ada membuat deposit dana tambahan ke dalam akaun, atau menjual apa jua peratusan sahamnya yang diperlukan untuk membolehkan akaunnya berkembali ke dalam julat margin penyelenggaraan.

Bagaimana panggilan margin mempengaruhi pedagang forex?

Pedagang-pedagang Forex dan CFD biasanya melabur pada margin, atau leveraj, oleh itu membolehkan mereka untuk melihat hasil pulangan yang lebih tinggi pada pelaburan awal. Namun, apabila pelaburan mereka berbeza dengan jangkaan mereka, mereka perlu berwaspada dengan margin penyelenggaraan, dan potensi akibat dengan pegangan mereka.
Link mengenai Margin call
CFD
Equity
Leverage
Marginmy/

- M -