MetaTrader 4 (MT4)
Definition of MetaTrader 4 (MT4)
Apakah itu MetaTrader 4?
MetaTrader 4 (MT4) adalah platform perdagangan forex terkenal yang digunakan oleh ramai broker online terkemuka dengan teknologi, termasuk GCMAsia. MT4 boleh dimuat turun secara percuma dan membekalkan peralatan yang efektif untuk berdagang forex, niaga hadapan (futures) dan CFD secara online, kedua-duanya melalui PC dan juga tablet serta smartphone. Platform ini menawarkan signal perdagangan dan analitik pakar, di mana ia membolehkan para pengguna untuk membangunkan strategi perdagangan yang berkesan. Platform ini boleh diakses dari mana-mana sahaja dengan internet.
Bagaimana menggunakan MetaTrader 4?
Sekiranya MT4 telah dimuat turun dan disesuaikan dengan pilihan pedagang, perdagangan forex dengan MT4 menjadi mudah. Di bawah kolum “Market Watch”, pilih mata wang yang anda ingin dagang (harga Beli dan Jual telah ditanda secara jelas). Tingkap berasingan akan dibuka untuk membolehkan anda memilih jumlah yang anda ingin membeli atau menjual. Isikan maklumat transaksi yang anda ingin melakukan, dan klik butang Buy atau Sell. MT4 akan menjejak semua transaksi yang telah dilaksanakan untuk anda. Apabila membeli atau menjual, MT4 juga akan membolehkan anda untuk melaksanakan pesanan Stop Loss dan Take Profit. Di GCMAsia, MT4 boleh dimuat turun dari sini.
Link mengenai MetaTrader 4
Bid-Ask Spread
Broker
Buy
Currency Pair
Sell
Stop Loss
Take Profit (T/P)
Web Trader / Web Trading Platform