77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Short Squeeze

Definition of Short Squeeze

Apakah itu Short Squeeze?

Short squeeze berlaku apabila pedagang ramai yang telah membuat posisi Short (jual) memerah untuk membeli balik aset-aset berkenaan pada kadar lebih tinggi daripada kadar yang diharapkan sebelum ini, maka menyebabkan lonjakan yang lebih tajam dalam harga aset tersebut.
Secara asasnya, short squeeze berlaku apabila pedagang-pedagang menjangka kejatuhan harga sesebuah aset, lalu menjualkan aset tersebut pada kadar lebih tinggi dan menjangka untuk membeli balik pada kadar yang lebih rendah demi keuntungan yang “sihat”. Namun, jika pasaran didapati Bullish dan harga aset meneruskan peningkatan, sebahagian pedagang akan berasa cemas dan menutup posisi mereka, walaupun pada harga yang lebih tinggi, untuk mengehadkan kerugian mereka. Dengan membuat sedemikian, mereka menyebabkan permintaan aset tersebut melonjak lebih tinggi daripada asalnya, maka menjadikan harganya lebih tinggi.

Bagaimana short squeeze mempengaruhi pedagang?

Pada asasnya, Short Squeeze adalah sejenis situasi di mana pedagang boleh memotong kerugian, tetapi pada masa yang sama, pedagang tersebut sedang membantu untuk memastikan bahawa aset yang berkenaan tidak tersedia pada harga yang lebih rendah yang dia jangkakan untuk beberapa waktu akan datang. Bagaimana sekalipun, short squeeze adalah tidak ideal bagi para bedagang, tetapi ia membantu mereka untuk mengelakkan sesuatu yang lebih tidak menyenangkan.
Link mengenai Short Squeeze
Bullish
Buy

Close a position
Sell

- S -