77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Slippage

Definition of Slippage

Apakah itu Slippage?

Slippage bermaksud perubahan dalam harga sesebuah aset di antara masa pesanan dibuat oleh pedagang (sama ada Long atau Short) dengan brokernya, dan masa posisi tersebut dibuka. Slippage berlaku pada instrumen-instrumen kewangan yang harganya sangat tidak menentu (volatile), dan juga apabila pergerakan yang amat mendadak berlaku pada sesuatu aset yang biasanya tidak cair. Secara umum, slippage tidak digemari oleh para pedagang, tetapi ada kalanya digemari juga.

Bagaimanakah slippage mempengaruhi pedagang?

Bayangkan jika seseorang pedagang ingin membeli 100 saham pada stok yang dilihatnya dijual pada $35/saham. Pedagang ini membuat permintaan terhadap brokernya untuk membuka posisi dengan membayar $3,500. Namun, jika harga aset tersebut adalah amat tidak menentu, dan terdapatnya sejumlah besar pedagang lain yang sedang membeli saham tersebut pada masa yang sama, malah pada masa brokernya melaksanakan transaksi itu, harga telah meningkat ke $35.15/saham, maka pedagang ini perlu membayar $3,515 untuk pelaburan ini, tetapi telah beruntung $15, dagangan ini mungkin masih lagi sebuah dagangan yang baik. Jika harganya terus meningkat lagi, maka pedagang ini akan melihat keuntungan yang berterusan lagi dan boleh menutup posisi apabila tibanya masa yang dia percaya adalah masa terbaik untuk membuat sedemikian. Di sebaliknya, pedagang yang ingin membuat Short pada sesebuah aset yang dipercayai bahawa harganya akan jatuh, boleh meminta brokernya untuk melaksanakan SELL pada $35/saham, tetapi apabila pesanan dilaksanakan, harganya terjatuh ke $34.5.

Slippage negatif mungkin berlaku juga, di mana ia memanfaatkan pedagang. Seperti mana contoh yang diberi di atas, seseorang pedagang yang ingin membuka posisi Long pada $35 mungkin akan mendapati pesanannya dilaksanakan sementara harga menjatuh sedikit, atau melihat harga meningkat sementara pelaksanaan pesanan posisi Short.
Link mengenai short slippage

- S -