77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

WTI Crude Oil (CL) – Minyak Mentah

Definition of WTI Crude Oil (CL) – Minyak Mentah

Apakah itu WTI crude oil?

WTI (West Texas Intermediate) crude adalah minyak mentah yang digerudi dari telaga minyak di Amerika Syarikat. Ia merupakan salah satu minyak penanda aras utama di seluruh dunia, Brent crude merupakan lagi satu daripadanya. Crude oil didefinasikan sebagai petroleum semula jadi yang tidak ditapis. Ianya boleh ditapis dan dijadikan beribuan jenis produk, dikenali sebagai petrokimia. Pengunaan minyak mentah halus yang paling biasa didapati adalah petrol, diesel, minyak tanah dan minyak pemanasan. Oleh kerana minyak mentah merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui, dan juga boleh mengancam persekitaran dan ekosistem dunia, banyak usaha telah dilakukan untuk mencari sumber tenaga lain – termasuk tenaga suria dan angin – yang lebih selamat dan tidak akan kehabisan. Sebagai hasilnya, ia adalah sukar untuk menjangka berapa lama lagi minyak mentah boleh dilihat sebagai komoditi kritikal. Namun, buat maa sekarang, ia memang adalah komoditi kritikal, dan banyak negera-negara yang merupakan pembekal utama, termasuk Amerika Syarikat, Rusia dan Arab Saudi.

Seperti kebanyakan komoditi, harga minyak WTI dan Brent mengutamakan permintaan dan penawaran, dan sangat terdedah kepada faktor luaran. Sebagai contoh, jika ahli OPEC (Organization of Petroleum Exproting Countries) memutuskan untuk mengehadkan pengeluaran minyak, maka penawaran global akan berkurang, harga WTI dan Brent akan meningkat. Sebaliknya, apabila negara-negara pengeluar minyak yang besar (OPEC & lain-lain) mengeluarkan terlalu banyak minyak, penawaran melebihi permintaan, maka harganya akan jatuh.

Bagaimana pedagang CFD dan komoditi menggunakan minyak mentah WTI?

Sementara sesetengah pedagang membeli kontrak spot pada minyak mentah WTI (di mana pemilikan minyak bertukar pada tempoh pembelian, dan harga mencerminkan kos minyak mentah pada tempoh itu), ia jauh lebih biasa bagi pedagang untuk membeli kontrak futures. Dengan kontrak futures, harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak pembeli dan penjual akan menjadi harga minyak mentah WTI pada tarikh future yang ditentukan lebih awal. Pedagang CFD minyak mentah ibarat meramal pergerakan harga minyak sebelum posisi ditutup.
Link mengenai WTI crude oil
Brent crude (EB)
Futures Contract
Crude oil – Brent vs. WTI
OPEC Basket
Spot

- W -