77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Crude oil (minyak mentah)– Brent vs. WTI

Definition of Crude oil (minyak mentah)– Brent vs. WTI

Apakah perbezaan di antara Brent crude dan WTI crude?

rent crude dan WTI (West Texas Intermediate) crude merupakan dua penanda aras utama untuk harga minyak global. Apabila harga minyak per tong dipetik, secara umumnya ia merujuk kepada salah satu daripada dua minyak ini, harga Brent dan WTI cenderung berdekatan antara satu sama lain.
Perbezaan utama di antara dua minyak ini adalah:

  • Lokasi : Brent crude digerudi di salah satu daripada empat ladang minyak di Laut Utara, di antara England, Jerman dan Skandinavia. Manakala WTI crude digerudi daripada telaga-telaga minyak di Amerika Syarikat.
  • Pengangkutan: Oleh kerana Brent digerudi daripada laut dan boleh menggunakan pengangkutan air, lalu ia memerlukan kos yang lebih rendah berbanding dengan WTI yang memerlukan pengangkutan saluran paip.
  • Ketumpatan & kandungan sulfur: Brent merupakan ‘minyak ringan’ (diukur berdasarkan ketumpatan) dan ‘minyak manis’ (diukur berdasarkan kandungan sulfur). Manakala WTI adalah lebih ringan dan lebih manis (kandungan sulfur lebih rendah).
  • Penawaran: Anggaran 60% daripada penawaran minyak global datang daripada minyak Brent. Seperti kebanyakan komoditi lain, harga minyak Brent dan WTI adalah berdasarkan permintaan dan penawaran, dan ianya amat terdedah kepada faktor luaran. Sebagai contoh, jika ahli-ahli OPEC (Organization of Petroleum Exporting Countries) memutuskan untuk mengehadkan pengeluaran minyak, maka penawaran global akan jatuh, harga minyak Brent dan WTI akan meningkat. Sebaliknya, jika negara-negara kaya minyak (OPEC dll.) mengeluarkan jumlah minyak yang berlebihan, bermakna penawaran melebihi permintaan, maka harganya akan jatuh.

Bagaimanakah pedagang CFD dan komoditi menggunakan minyak mentah?

Kebanyakan perdagangan minyak mentah adalah dalam bentuk kontrak futures, di mana kedua-dua pihak pembeli dan penjual bersetuju pada paras harga yang mereka percayai akan mewakili harga minyak dalam sesuatu tempoh tertentu. Sesiapa yang berdagang CFD minyak boleh dikatakan membuat ramalan tentang hala tuju tren harga minyak sebelum posisi ditutup. Kontrak minyak Brent didagang pada pertukaran-pertukaran utama, seperti ICE (International Exchange), sementara kontrak WTI didagang pada New York Mercantile Exchange.
Link mengenai crude oil (minyak mentah)
Futures contract
OPEC Basket
Spot
WTI crude (CL)

- C -