66% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.66% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Candlestick Chart – Carta Lilin

Definition of Candlestick Chart – Carta Lilin

Apa itu candlestick chart?

Salah satu carta yang paling efektif untuk mengesan keadaan harga sesebuah instrumen kewangan, dan untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada keadaan harganya pada masa akan datang. Setiap ‘lilin’ adalah blok berbentuk segi empat tepat yang mewakili tempoh masa tertentu buat perdagangan aset tersebut. Pedagang harian (day trader) biasanya menggunakan carta-carta ini dalam perwakilan 1 – atau 5-minit, sementara pedagang jangka panjang biasanya akan mengukur dengan lilin yang mewakili tempoh harian, mingguan atau bulanan. Penganalisa dan pedagang boleh mengumpulkan kesemua data mentah yang diperlukan oleh mereka mengenai bagaimana harga sesebuah aset akan berubah dalam tempoh masa yang tertentu.

Jika lilin berwarna hijau atau putih, harga aset meningkat dalam tempoh masa tersebut, dengan bahagian bawah segi empat berwarna mewakili harga pembukaan, dan bahagian atas mewakili harga penutupan. Lilin berwarna merah atau hitam bermakna kejatuhan harga aset, dengan bahagian atasnya mewakili harga pembukaan dan bahagian bawahnya mewakili harga penutupan. Segi empat panjang menunjukkan pergerakan harga yang besar pada aset, sementara jika lilin itu pendek, maka menunjukkan para pedagang kurang aktif pada aset tersebut dalam tempoh masa tersebut. Pada bahagian atas dan bawah segi empat terdapat garisan-garisan lurus, dikenali sebagai wicks (sumbu lilin), atau shadows (bayang). Wick di atas menunjukkan paras tertinggi yang dicecah dalam tempoh dagangan, manakala Wick di bawah menunjukkan paras terendah yang dicecah. Kepanjangan setiap Wick, bergabung dengan saiz empat segi, membolehkan pedagang melihat keadaan dagangan dalam tempoh sesi tertentu.

Sebagai contoh, Wick atas yang lebih panjang menunjukkan bahawa para pembeli telah “mengawal” dagangan sepanjang sesi tertentu, menyebabkan kenaikan harga berlaku, sebelum diserahkan kepada para penjual yang mampu menyebabkan kejatuhan harga pada waktu penutupan.

Bagaimana pedagang forex dan CFD menggunakan carta lilin?

Pedagang dan penganalisa menggunakan carta lilin untuk mengesan pergerakan dan tren perdagangan dalam harga sesebuah stok, bergabung dengan peralatan teknikal yang lain-lain, cuba mengetahui bagaimana harganya akan bergerak pada sesi akan datang, dan untuk meramal jika dan apabila ia akan bertukar arah. Ramalan yang tepat membolehkan pedagang untuk menentukan sama ada ia adalah masa terbaik atau tidak untuk membeli atau menjual saham mereka untuk keuntungan maksimum, atau mengurangkan kerugian.
Link mengenai Candlestick chart

- C -
Action Required: Password Update
Action Required: Password Setup
To keep your account secure, please set a new password for email login. Going forward, you’ll log in with your email and password instead of your trading account number (TP).
Starting today, you’ll need to log in using your email and a password instead of your TP number. Set your new password now to regain access to your account.
Password Changed
Your password has been updated successfully.