77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Crude Oil – Minyak Mentah

Definition of Crude Oil – Minyak Mentah

Apakah itu crude oil?

Crude oil (minyak mentah) adalah salah satu komoditi terpenting yang didagang di pasaran terbuka. Ia merupakan petroleum belum ditapis, yang digunakan untuk mengeluarkan diesel, petrol, dan bahan api fosil yang lain-lain. Oleh kerana minyak mentah merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pada tahun kebelakangan ini, banyak tindakan telah diambil dalam pencarian sumber tenaga alternatif – termasuk tenaga suria dan angin – yang tidak akan mengalami masalah kehabisan bekalan. Sebagai hasilnya, ia adalah lebih sukar untuk mengesan berapa lama lagi minyak mentah boleh dianggap sebagai komoditi kritikal. Namun buat sekarang, ia semestinya adalah komoditi kritikal, dan banyak negara merupakan pembekal utamanya, termasuk Amerika Syarikat, Rusia dan Arab Saudi. Harga minyak mentah secara keseluruhannya, mewakili minyak WTI (West Texas Intermediate), di mana secara utamanya, ia digerudi di Amerika Syarikat, dan juga Brent Crude Eropah. Penanda aras ketiga utama adalah OPEC Basket.
Seperti kebanyakan komoditi, harga minyak mentah berasaskan permintaan dan penawaran, dan ia amat terdedah kepada faktor luaran. Ada kalanya, sebagai contoh, ahli-ahli OPEC (Organization of Petroleum Exporting Countries) telah memutuskan untuk mengehadkan pengeluaran minyak, menyebabkan kejatuhan penawaran global, dan harga minyak akan meningkat. Secara alternatif, apabila negara-negara kaya minyak (OPEC dll.) sedang mengeluarkan jumlah minyak yang berlebihan, penawaran melebihi permintaan, maka harganya akan jatuh.

Bagimanakah seseorang menggunakan minyak mentah?

Sementara pedagang membeli kontrak spot pada minyak mentah (di mana hak miliknya bertukar tangan pada waktu itu, dan harga mencerminkan kos minyak mentah pada waktu itu), ia adalah lebih biasa untuk pedagang membeli kontrak futures pada minyak. Dengan kontrak futures, harga dipersetujui oleh kedua-dua pihak pembeli dan penjual untuk tempoh masa akan datang yang ditentukan terlebih dahulu. Sesiapa yang berdagang CFD minyak adalah secara assanya, membuat ramalan pergerakan harga minyak sebelum posisi ditutup.
Link mengenai crude oil (minyak mentah)
Brent crude (EB)
Close a position
Futures contract
OPEC Basket
Spot
WTI crude (CL)

- C -