77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.77% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Compounding – Kompaun

Definition of Compounding – Kompaun

Apakah itu Kompaun?

Kompaun wujud apabila nilai sesebuah pelaburan meningkat secara eksponen dari masa ke masa. Pertumbuhannya berbentuk eksponen kerana kedua-dua pelaburan utama dan faedahnya menjana faedah secara berterusan. Sebagai contoh, jika seseorang telah melabur $20,000 pada sesebuah syarikat, dan dapat menjana 25% faedah daripada pelaburan tersebut pada tahun pertama, maka pada akhir tahun, nilai pelaburannya menjadi $25,000. Untuk tahun berikutan, $25,000 ini menjadi pelaburan utama dan kadar faedah adalah sama, justeru menjadikannya $31,250 untuk tahun berikut. Maksudnya, dengan kompaun, jumlah bersih yang dijana daripada faedah setiap tahun yang baru adalah lebih tinggi berbanding tahun yang lalu.

Bagaimana menggunakan kompaun?

Kompaun merupakan peralatan utama dalam pengurusan wang. Semakin lama anda membiarkan pelaburan anda kekal tanpa disentuh, semakin tinggi jumlah wang yang anda dapat menjana melalui pelaburan awal anda. Kelebihan yang terbaik penjanaan keuntungan eksponen berbanding dengan perolehan linear adalah jika keuntungan berbentuk linear, peningkatan bersih akan berkekal sama sahaja untuk setiap tempoh masa. Bayangkan, jika seseorang pelabur menjana $2,000 faedah setiap tahun, maka ini sahaja yang dia dapat menjana – tanpa mengira betapa tingginya jumlah yang terpapar dalam pelaburan pada tempoh masa itu. Di samping itu, kompaun juga boleh bantu memastikan bahawa, semakin tinggi nilai pelaburan pada masa itu, maka semakin tinggi peningkatan bersih nilainya pada masa akan datang. Sebagai hasilnya, para pelabur digalakkan untuk membiarkan kedua-dua dana pokok dan faedah diterima kekal dalam pelaburannya, dan melihat pertumbuhannya bertambah cepat, jauh lebih baik berbanding dengan hanya menyimpan dana pokok dalam pelaburan tersebut.
Link mengenai Compounding (Kompaun)
Account Balance
Interest
Interest Rate

- C -